Tuesday, April 08, 2008

Boikot Belanda - Tahniah Sabasun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam aku ke Sabasun lagi. Cari sedikit barang dapur. Terkejut aku bila lihat semua barang yang dipercayai keluaran Belanda diboikot dengan sungguh-sungguh!! Hampir semua barang keluaran Belanda tidak dikeluarkan untuk dipamerkan. Rak kelihatan kosong tanpa barang dan hanya kelihatan muka Shahrir Samad dengan sedikit kenyataan dari pihak Sabasun atas boikot yang dilakukan.

Hajat di hati nak ambik gambar, tapi rasanya memang etika mereka tak benarkan penggunaan kamera dalam kedai mereka. Kan tak pasal-pasal kena marah. So, tak jadi nak tunjuk sini. Ingatkan dekat website Sabasun ada la gambar mereka boikot tu, rupa-rupanya poster boikot je yang dipamerkan.Apapun, tahniah Sabasun!! Selamat ulangtahun ke 13!! Aku akan terus menyokong kalian.

Sumber ; http://amdang81.blogspot.com/

Catatan lain; Hana Humaira

Petang semalam, usai sahaja waktu pejabat saya dan seorang lagi kawan ke SABASUN membeli sedikit alatan pejabat yang diperlukan. Sampai sahaja disana, saya melihat banyak kaunter yang kosong. Tertanya-tanya juga didalam hati, SABASUN ni dah nak gulung tikar ke? (minta dijauhkan!).

Rupa-rupanya pihak SABASUN telah memboikot sebilangan besar barangan keluaran BELANDA (macam yang diberitahu oleh AMDANG81). Alhamdulillah, dalam negeriku Darul Iman ini, SABASUN muncul juara pemboikotan barang-barang yang dikeluarkan negara-negara penghina ISLAM tanpa keluh-resah mengingatkan kerugian yang bakal ditanggung.

Dalam hal ni, memang saya puji pihak pengurusan SABASUN habis-habisan (insyaALLAH puji atas sikap komited terhadap ISLAM, takde niat lain pun..).Sehingga kini, video tayangan mengenai PALESTIN dan pemboikotan barangan ISRAEL masih dan kian rancak dijalankan.Biarpun rakyat Terengganu yang ramai yang menuju ke beberapa pasaraya lain yang lebih banyak barangan dan kononnya menawarkan harga murah. SABASUN tak kisah, malah masih setia dengan konsep yang dibawa.

Jenguk-jenguk barangan dapur, disebelah saya sepasang suami isteri sedang membelek-belek barang. Isteri berpurdah manakala si suami pula mengendong anak mereka.Hmm, ciri-ciri keluarga yang ideal, insyaALLAH, detk hati saya. Harapan saya agar wanita berpurdah itu sikapnya tidaklah seperti sikap wanita berpurdah yang memarahi kawan Kiki tempoh hari. InsyaALLAH, wanita ini bakal mendidik anaknya menjadi pejuang ISLAM abad ke-21.

Sumber ; http://www.tranungkite.net/

Sehingga kini satu-satunya kedai / pasaraya yang diketahui memboikot barangan Belanda ialah SABASUN ( terletak di sebelah Pej. JPJ Kuala Terengganu )

No comments: