Tuesday, October 15, 2013

Pendaftaran PASTI Sessi 2014

Pendaftaran sudah bermula sekarang


Jom daftar di PASTI-PASTI Qaryah terdekat..

Thursday, October 10, 2013

Ijtima Tarbawi Pemuda Kebangsaan 2013

TARBIYAH MEMBINA SYAKHSIYAH

Ijtima Tarbawi Pemuda 3.0 akan diadakan pada 4-6 Oktober 2013 di Pagoh Johor.



Wahai pemuda, tingkatkan tarbiyah kamu...

Monday, September 30, 2013

R4BIA - Detik bemulanya perjuangan di Mesir

Apa itu R4BIA ?

Di Mesir medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah.



Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.



 Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang medan berhimpun penyokong Presiden Mursi di Rabaah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.






Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras perampasan kuasa yang dilakukan tentera junta Mesir.





R4BIA, simbol empat jari ini lahir di Rabia al-Adawiya Square, yang saat ini menjadi titik fokus rakyat Mesir bejuang menentang kudeta tentera yang terjadi di Mesir pada Julai 2013, yang mengakibatkan penggulingan Presiden Dr Muhammad Mursi sebagai presiden terpilih rakyat.



Maklumat terkini tentang perjuangan di Mesir ini boleh diperolehi dari facebook rasmi https://www.facebook.com/prihatinmesir

Jom kita teruskan munajat & sokong Perjuangan Islam. :)

Friday, August 30, 2013

ALAM Ria PASTI Dungun 2013

25 Ogos 2013 - Pinang Merah, Paka

Hari ini PASTI Kawasan Dungun telah mengadakan program ALAM Ria PASTI Dungun. Program kali ini dilaksanakan di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka.

Pertandingan yang dijalankan adalah Azan, Bercerita, Kutbah, Nasyid dan Kalam Jamaie. Adik-adik yang menang dalam ALAM Ria ini akan bertanding pula di ALAM PASTI Terenggan yang akan diadakan di QUDQI, Manir pada 31 Ogos 2013 nanti.




SELAMAT BERTANDING & PASTI BOLEH

Sambutan Aidil Fitri PASTI Kawasan Dungun 1434H

23 Ogos 2013 / 16 Syawal 1434H - PASTI Tanah Lot

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H... Ucapan kepada semua warga PASTI Kawasan Dungun.

Sambutan Aidil Fitri PASTI Dungun ini disambut bersama YB Sura dan YB Rantau Abang. Pelbagai juadah yang dibawa oleh guru-guru qaryah dikongsi bersama, memeriahkan lagi sambutan ini.


Gambar : Selamat Aidil Fitri kepada Guru dan warga PASTI

Gambar: Jamuan bersama YB Sura dan YB Rantau Abang. Menu utama nasi arab.. dengan banyak juadah lain yang dibawa oleh PASTI Qaryah.. colorful

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Wednesday, July 31, 2013

Tadarus Guru & Sumbangan AidilFitri 1434H

26 Julai 2013 / 17 Ramadan 1434H - PASTI Tanah Lot, Sura

Bulan Ramadan yang mulia ini PASTI Kawasan Dungun tidak melepaskan peluang melaksanakan program Tadarus Al-Quran & Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri.

Program yang bermula dari pagi oleh MGP Kawasan Dungun, guru-guru bertadarus dan khatam Al-Quran. Manakala selepas dari itu program diteruskan dengan Sumbangan Aidil Fitri kepada guru-guru dalam sekitar jam 11pagi.

Program ini disempurnakan dengan kehadiran YB Adun Sura, Cikgu Wan Hapandi yang berkesempatan memberi taujihad dan menghulurkan sumbangan Aidil Fitri kepada guru-guru PASTI Kawasan Dungun.

Gambar: Taujihad daripada YB Sura, Cikgu W Hapandi

Gambar: Kehadiran guru-guru PASTI Dungun

Gambar: Cikgu Wan Hapandi memberi sumbangan Aidil Fitri kepada guru PASTI

Salam Ramadan & marilah kita penuhkan bulan yang mulia ini dengan ibadah



Monday, July 15, 2013

Seminar Pengurusan Negeri 2013

5 Julai 2013 - Sek Rendah Islam Darul Bayan, Paka

Pada hari ini telah diadakan Seminar Pengurusan Negeri Terengganu 2013 bagi zon Kemaman & Dungun. Pada kali ini, PASTI Kawasan Dungun menjadi tuan rumah dan bertempat di SRI Darul Bayan, Paka.

Seminar ini membentangkan Manual Pengurusan PASTI Malaysia, Tumpuan Hala Tuju PASTI 2013 dan Pra Tahfiz PASTI.

Gambar : Pembentangan Pra Tahfiz PASTI

Gambar : Peserta-peserta yang terditi daripada pengurus-pengurus Qaryah

Selamat berseminar.. :)




Friday, June 28, 2013

Sambutan Hari Guru Kawasan Dungun 2013

15 Jun 2013 - Restoran Tanjung, Dungun

Hari ini PASTI Kawasan Dungun menyambut hari guru peringkat Kawasan di Restoran Tanjung Dungun. Sambutan ini diceriakan lagi dengan kehadiran YB Sura, Cikgu Effandi.

Juga anugerah diberikan kepada Guru Cemerlang & Tokoh Guru PASTI Dungun 2013:

1. Guru Cemerlang - Cikgu Azizah (PASTI Gong Pasir)
2. Guru Tokoh 2013 - Cikgu Nora (PASTI Pulau Serai)

Gambar : Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan

Gambar: Kehadiran YB Sura, Cikgu Wan Fendi menceriakan lagi guru-guru


SAJAK HARI GURU PASTI DUNGUN
(dideklamasikan oleh Pengerusi PASTI Dungun, En Khairul Ismail)

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru sebuah sekolah
Terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
Penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
Tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
Sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

Yang mengangkat harga diri dan maruah
Dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
Dengan kelkhlasan hati dan pasrah
Dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
Yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
Berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
Dia seorang guru pembentuk generasi baru
Dia seorang guru pembina insan sepadu
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
Yang terus hidup sepanjang waktu
Diimbau berbunyi dilihat bertemu

SELAMAT HARI GURU


Monday, June 10, 2013

Al-Fatihah - Kembalinya Murabitun PASTI Dungun ke Rahmatullah

2 Jun 2013 - Kg Molek, Sura

Al Fatihah... Pada hari aktivis PAS yang kita cintai, Cikgu Zulkifly B Abdullah ini telah kembali ke Rahmatullah. Beliau adalah Murabitun dalam Jamaah yang sentiasa aktif walaupun ketika beliau dalam keadaan uzur.

Cikgu Zul yang sudah lama berada dalam PASTI Kawasan Dungun telah memegang jawatan Setiausaha sejak awal penubuhan PASTI Dungun lagi. Jawatan terakhir yang dipegang beliau pada tahun 2013 ini adalah sebagai Naib Pengerusi dan sumbangan beliau kepada PASTI Kawasan Dungun memang tidak dapat dihitung.. Terlalu banyak sumbangan beliau.. Terlalu banyak bakti beliau.. Ya Allah, Engkau tempatlah beliau di kalangan hambaMu yang soleh.. di kalangan para MujahidMu Ya Rabb.

Al Fatihah....

Tenangnya wajah seorang Murabitun...

Solat Jenazah di Surau Kubur, Kg Molek

Ya Allah, Engkau kurniakanlah beliau Husnul Khatimah.. Amin Ya Rabb









Sunday, May 26, 2013

Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu 2013 - Dungun Tuan Rumah

25 Mei 2013 - Paka. 

Pada tahun ini PASTI Kawasan Dungun telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Guru Negeri Terengganu 2013.

Program gilang-gemilang ini telah disempurnakan pada 25 Mei 2013, bertempat di Hotel Mayang Sari Beach Resort, Dungun.

Sebelum program hari guru, PASTI Dungun menjemput semua guru ke Jamuan Hari Guru bertempat Dewan Kafa, Masjid Lama Sura, Paka.

Gambar : Persiapan Jamuan Hari Guru di Dewan Kafa, Masjid Sura

Gambar : Persiapan dan Sambutan Hari Guru. Sambutan kali ini dibuat berkonsepkan Ceria, Santai & suasana nusantara "Bali"

Gambar: Pengarah Program bersama YB Dun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun. TQ Cikgu & Selamat Hari Guru.

GURU PASTI
ISTIQAMAH MENITI PERJUANGAN




Saturday, April 20, 2013

PASTI Dungun Mengucapkan Selamat Berjuang Kepada Para Pejuang Islam

19 Apr 2013 - Selamat berjuang PASTI Dungun ucapkan kepada semua calon khususnya kepada Ustaz Sulaiman, calon N20 Dun Pengkalan Berangan.

SOKONG ISLAM KITA SELAMAT

 
Ayuh Kita Persiapkan Tarbiyyah.. Pakat-Pakat Sokong Islam...

SOKONG ISLAM KITA SELAMAT
 


Saturday, March 16, 2013

Guru PASTI Dungun Menyantuni Pengundi PRU13 Dun Sura

Mac 2013 - Dun Sura

Pada bulan Mac 2013 ini, aktiviti guru-guru PASTI bukan sahaja tertumpu di bidang pendidikan, bahkan juga menjadi agen dakwah bagi masyarakat setempat terutamanya ketika menjelang PRU13.

Aktiviti bersama Dewan Muslilmat dan Ameerah Dun Sura ini dikenali sebagai Program Cup Cake. Menyantuni masyarakat Dun Sura dan program ziarah rumah ke rumah.

Hebat guru PASTI, hujang panas tak menghalang mereka untuk berjalan dari rumah ke rumah dan memberi penerangan tentang Islam.

Gambar: Penerangan sebelum aktiviti

Gambar : Guru-guru PASTI bersama Muslimat menyantuni masyarakat Dun Sura

Siru ala barakatillah.. Pakat-pakat sokong Islam. :)



Wednesday, February 06, 2013

Kursus Nurul Quran

2 Feb 2013 - Pada tanggal 2 Februari 2013 baru-baru ini, MGP Kawasan Dungun telah menghadiri satu Kursus Nurul Quran yang berlangsung di Dun Sura. Kursus ini dilaksanakan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi PASTI di seluruh kawasan Dungun. 

Penceramah menerangkan isi ceramahnya

Guru-guru yang turut serta dalam kursus ini

Penceramah menyampaikan kursus daripada pengalaman beliau

Guru-guru sedang khusyuk mendengar kursus malah ada yang mencatat

Terukir kegembiraan guru-guru di dalam kursus ini


Moga usaha ini berterusan dan dapat disertai oleh semua warga PASTI. InsyaAllah...



Wednesday, January 30, 2013

Kursus Motivasi Pendidikan PASTI Dungun 2013

26 Jan 2013 - Sebagaimana tahun lepas, hari ini PASTI Dungun mengadakan program Motivasi Guru semua Qaryah bagi persediaan tahun baru sesi 2013.

Motivasi kali ini disampaikan oleh guru besar Sri Darul Bayan, Cikgu Pa.

Siru 'ala barakatillah.


Teruskan perjuangan Guru-guru PASTI.

Sambutan Maulidul Rasul PASTI Dungun 2013


24 Jan 2013 - Pada hari ini PASTI-PASTI Qaryah Dungun menyambut Maulidul Rasul 1434H.

Rasul ibarat bulan purnama
Cahaya penuhi alam buana
Menerangi hidup manusia
Untuk kebahagiaan mereka
Menuju negeri yang abadi

Sahabat ibarat bintang di langit
Untuk menambah cahaya purnama
Agar bertambah cantik purnama
Untuk menambah cahaya di dunia
Untuk faedah hidup manusia

Para tabiin ibarat obor
Untuk menambah serinya alam

:) Jom kita sokong ulama yang mengikut jalan Nabi SAW

Gambar: PASTI Felda Kerteh 3 yang baru ditubuhkan - LOVE Rasul