Saturday, April 28, 2007

Kelab Komputer

Jemaah Pengurus PASTI qaryah Kuala Dungun (DUN Sura) telah mengadakan majlis penyerahan bahan bantu mengajar berupa set TV dan computer kepada empat buah PASTI di bawah pengurusannya iaitu PASTI As Syakirin, PASTI Al Mawaddah, PASTI Al Fatonah dan PASTI Al Munawwarah. Majlis tersebut telah diadakan pada 6 April 2007 di PASTI Al Fatonah qaryah Bukit Chatak 2. Pihak PASTI Kuala Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individi dan pihak yang telah memberikan sumbangan tersebut. PASTI akan sentiasa menambah baikan lagi kemudahan IT supaya dapat memberi pendedahan awal asas teknologi maklumat kepada pelajar-pelajar PASTI. Lebih 100 orang ibu bapa turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ybhg Ust. Wan Hassan Mohd Ramli , YDP PAS Kawasan Dungun. Serentak dengan itu juga, Pengerusi Jemaah Pengurus PASTI Kuala Dungun, Saudara Ahmad Yani telah melancarkan Kelab Komputer PASTI.



Sunday, April 22, 2007

Ibu bapa Mithali

Naluri Ingin dan Kasihkan Anak-Anak.

Kasih sayang yang mendalam terhadap anak-anak adalah naluri dan fitrah manusiawi. Naluri dan fitrah ini sebenarnya sangat murni. Anak-anak adalah cahaya rumahtangga, kehadirannya adalah penyejuk mata dan memilikinya bak permata berharga. Ia adalah anugerah Allah paling istimewa kepada pasangan suami isteri. Cuma seperti naluri dan fitrah yang lain, jika tidak disinari pancaran cahaya al Quran dan terdidik dengan ajaran Islam, pasti ia akan pudar dan tercemar kerana syaitan akan mengambil kesempatan menyelewengkan fitrah yang murni. Akhirnya, Ibubapa yang sepatutnya menumpahkan kasih sayang dan menjamin kesejahteraan anak-anak, tiba-tiba menjadi punca kepada malapetaka dan bencana kepada masa depan mereka.

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه . رواه البخاري ومسلم
Bermaksud : Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah saw : Setiap bayi yang lahir, kelahirannya adalah mengikut fitrah ( naluri yang suci murni iaitu Islam ). Tiba-tiba Kedua ibubapanya mengubahnya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.[1]

وعن عياض بن حماد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال الله عز وجل إني خلقت عبادي حنفاء فجاءتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم . رواه مسلم .
Bermaksud : Dari ‘Iyyaadh ibn Hammad r.a pula, sabda Rasulullah saw : Allah berfirman : Sesungguhnya aku telah mencipta hamba-hambaku suci bersih ( muslim ) tiba-tiba datanglah syaitan-syaitan [2] lalu menyesatkan mereka dari agama mereka.

Bapa mithali.

Al Quran memaparkan kepada kita kisah tauladan manusia pilihannya bagaimana mereka menghargai nikmat mendapat anak sebagai anugerah Allah. Para nabi-nabi a.s adalah bapa-bapa mithali sebagaimana mereka juga suami-suami mithali. Firman Allah swt :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً . سورة الرعد : 38
Menjadi sunah nabi-nabi berkahwin dan membina kehidupan keluarga Islam. Sabda Rasulullah saw :
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم " أربع من سنن المرسلين: التعطر والنكاح والسواك والحناء " رواه أحمد
Bermaksud : “ Empat perkara menjadi sunnah ( cara hidup ) para rasul ; memakai bauan wangi, berkahwin, menggosok gigi dan memakai inai “

Al Quran mencerita kisah Nabi Ibrahim as hanya menjadi bapa ketika tuanya. Nabi Ibrahim a.s berhijrah meninggalkan ibubapa dan kaum keluarganya, kampung halaman dan negeri asalnya kerana kekufuran mereka setelah lama berda’wah mengajak mereka ke jalan Allah. Baginda a.s kesunyian kerana tidak mempunyai anak dan bimbang pula tiada pewaris kepada perjuangannya. Lalu memohon dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh yang boleh mewarisi agama dan perjuangannya. Allah mengurniakan kepada baginda ketika tuanya Ishak dan Ismail a.s.al Quran menceritakan ;
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ ( 99 ) رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ( 100 ) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ( 101 ) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ( 102 ) سورة الصافات
Demikianlah Allah mengurniakan kepada baginda anak yang benar-benar mewarisi agama, keyakinan dan perjuangannya dengan penuh taat kepada perintah Allah hingga sanggup menjadi korban sembelihan kerana menunaikan perintah Allah.

Lebih dari itu, Nabi Ibrahim memohon supaya semua zuriat keturunannya menjadi pemimpin orang beriman.
وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ( 124 ) البقرة .
Ketika meninggalkan isteri dan anaknya di wadi kontang ( Mekah ), baginda berdoa semoga zuriat baginda dipelihara Allah agar mereka berbakti kepada Allah dan dimurahkan rezki.

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ ( 37 ) رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللّهِ مِن شَيْءٍ فَي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء ( 38 ) الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء (39 ) رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء ( 40 ) سورة إبراهيم

Demikian juga Nabi Zakaria a.s yang mahukan anak untuk menghidupkan suasana Islam dan ketaatan di dalam keluarganya, yang hidup melakukan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan khusyu’nya. Allah swt mengurniakan kepadanya Yahya, seorang sangat taat berbakti.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (90) سورة الأنبياء

Ibu Mithali.

Ibu tempat bergantungnya kasih sayang anak dan manusia yang paling rapat dengan si anak. Justeru, kefahaman dan kesedaran ibu terhadap peranan dan tanggungjawabnya dalam melahirkan generasi islam amatlah penting.[3]
Penyair Ahmad Syauqi menyebut ;
اَلأُمُّ مَدْرَسَةٌ إِنْ أَعْدَدْتَهَا * أَعْدَدْتَ شَعْبًا طَيِّبَ الأَعْرَاقِ
“Ibu sebenarnya institusi persekolahan tersendiri, jika engkau berjaya mempersiapkanya, pasti engkau berjaya mempersiapkan suatu bangsa yang tinggi budi pekertinya .”

Perhatikan al Quran al Karim memaparkan bagaimana cita-cita dan kehendak seorang ibu yang solehah.
إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (35) فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنثَى وَاللّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأُنثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وِإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (36 ) سورة آل عمران .
Lihatlah bagaimana Isteri Imran ingin melihat anak di dalam kandungannya lahir sebagai seorang yang bebas berkhidmat kepada agama Allah. Alangkah dukacitanya dia apabila melahirkan anak perempuan kerana sangkaannya anak perempuan tidak sebebas anak lelaki dapat berkhidmat kepada agama. Sebaliknya, Allah memaqbulkan harapannya dengan menjadikan anak perempuannya, Maryam memberi sumbangan yang paling berharga apabila melahirkan Isa a.s dengan izin Allah.

Seorang Ibu solehah adalah seperti Asma’ binti Abu Bakar yang meniupkan semangat juang dan jihad kepada anaknya, Abdullah bin al Zubair yang menentang kerajaan zalim dan fasiq ketika itu sehingga dia terbunuh. Asma’ berkata : Matilah sebagai seorang yang mulia, atau hiduplah sebagai seorang yang perkasa. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yang pasti.

Seorang ibu solehah adalah seperti Khunsaa’ yang mempunyai tiga anak lelaki, satu demi satu gugur syahid di medan jihad. Semasa anak pertama dan keduanya syahid dia ketawa. Namun apabila anak ketiganya syahid dia menangis. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab : Aku menangis bukan kerana sedih dengan kematian mereka, sebaliknya kerana tiada lagi anak untuk ku hantar ke medan jihad.

[1] Yahudi , Nasrani dan majusi sebenarnya mewakili semua cara hidup yang menyeleweng dari Islam sebenar. Yahudi mereka yang mendapat pentunjuk kitab Allah tetapi kerana ego dan sombong lalu mereka mengingkarinya. Nasrani mereka yang mendapat petunjuk tetapi melampau dalam mengamalkannya kerana jahil. Majusi pula mereka yang tidak mendapat petunjuk dan menyembah kebendaan.
[2] Syaitan dua jenis ; Jin dan manusia. Justeru itu, ibubapa, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan kerajaan yang menjadi persekitaran yang mempengaruhi kehidupan manusia itu, semuanya boleh menjadi syaitan jika melakukan kerja menyesat dan melalaikan manusia dari agama Allah.
[3] Dirujuk Muslimat Pembangun Umat : Tuan Guru Hj Harun Taib m.s 46

Article kiriman Shakir Hassan

Saturday, April 21, 2007

Makanan Rasulullah saw. (2)

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya – atau pun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)
Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air. (Kanzul Ummal 4:38)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)
Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Tuesday, April 17, 2007

Makanan Rasulullah saw.

Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda saw. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab , sop dimakan bersama roti juga disukai. Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi saw. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda saw. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda saw. Nabi saw. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.
Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya . Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi saw. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda saw. menyukai orang -orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi saw menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya.

Nabi saw. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak .
Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca , kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda saw hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi saw. duduk bersila atau bertimpuh, dia tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah saw. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda saw juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi saw menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu.

Jika terdapat tetamu ia akan menyungguhi supaya makan hingga kenyang. Nabi saw. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi saw. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai , Nabi saw akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi saw berdoa keberkatan untuk tuan rumah..

Jika Baginda saw. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir.
Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.
Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”. Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )

Sunday, April 15, 2007

Nabi saw. dan kanak-kanak

Baginda saw. amat gemar kepada kanak-kanak yang dipanggil sebagai bunga-bunga di dalam kebun Allah. Mereka adalah pemimpin ummah pada masa akan datang.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan suatu ketika Rasulullah saw. mencium cucu Baginda saw, Hassan dan ketika itu ada duduk bersama Baginda saw. Al-Afra bin Habis At-Tamimi. Al-Afra lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak tapi aku tak pernah mencium seorang pun daripada mereka. Maka Rasulullah saw. pun bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak tidak akan disayangi dan dirahmati Allah.”
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.”Baginda saw. pernah pergi ketempat anaknya Ibrahim menyusu di rumah seorang tukang besi walaupun jauh. Ia membelai dan mencium anaknya dengan kasih sayang. Apabila Ibrahim meninggal Baginda saw. mengalirkan air mata.

Rasulullah saw. amat menyayangi cucu-cucu beliau. Pernah suatu hari, cucu beliau Saidina Hussin berada di masjid ketika Baginda saw. sedang sujud. Saidina Hussin memanjat belakang Nabi saw. Baginda saw sengaja memanjangkan sujud sehingga para sahabat menyangka bahawa ia adalah satu perintah baru dari Allah swt. untuk memanjangkan sujud . Selepas Rasulullah saw . selesai mengerjakan solat, mereka bertanyakan beliau tentang sujud yang lama itu. Rasulullah saw menjawab, Cucuku telah memanjat belakang ku , maka aku mahu memuaskan hatinya. Aku hanya bangun dari sujud apabila ia telah puas hati.

Jika seorang bayi dibawa kepadanya ia meletakkan di atas ribanya. Jika ditemui kanak-kanak di jalan dia akan mendukung kanak-kanak itu.
Apabila Nabi saw diberi buah-buahan pada musimnya untuk pertama kali, akan diberikan buah itu kepada kanak-kanak.

Sekali – sekala Baginda saw. mempunyai masa dan kesempatan bermain dengan kanak-kanak. Pernah Rasulullah saw. berjumpa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain , lalu beliau meminta mereka berdiri sebaris mengadap beliau. Selepas itu Nabi saw. duduk di satu tempat yang agak jauh dari kanak-kanak itu. Kemudian Baginda saw. meminta mereka berlari mendapatkan beliau, siapa yang sampai dahulu akan mendapat hadiah. Maka kanak-kanak itu berlari dengan sekuat-kuatnya menuju beliau , sehingga ada yang sampai melanggar paha, perut Baginda saw . Selepas itu Nabi saw. memeluk mereka semua dengan penuh kasih saying.

Dalam satu hadis Nabi saw. bersabda: “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya”. (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah saw. pernah menziarahi seorang kanak-kanak Yahudi yang sakit dan kemudiannya budak Yahudi itu memeluk Islam .

Baginda saw. sangat prihatin dalam mendidik ummah termasuk kanak-kanak

Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah bangun bersolat malam. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda saw. ,beliau memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda.” (Riwayat al-Bukhari)
“Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan, kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”
Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya"
Rasulullah s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya. Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.
Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .

Rasulullah saw. selalu memberikan salam dahulu kepada kanak-kanak . Ini mendidik mereka dan menanamkan dalam diri mereka agar bersegera memberi salam.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah satu ketika Rasulullah saw mengutus beliau untuk melalukan satu tugas . Dalam perjalanan beliau berjumpa beberapa budak lelaki . Maka beliau duduk bersama budak –budak tersebut.. Apabila Rasulullah saw mendekati mereka, Rasulullah saw. dengan segera memberi salam kepada mereka . Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada Anas bin Malik. Sehingga akhir hayat beliau selalu bersegera memberi salam.

Saturday, April 14, 2007

Teknologi Senjata Rasulullah saw.

Teknologi Senjata dan Peperangan Rasulullah saw.

Nabi Muhammad saw. adalah seorang Rasul yang memimipin negara (Madinah). Maka sudah tentu ia menghadapi ancaman musuh dari negeri dan negara yang bencikan agama Tauhid. Peperangan adalah satu perkara yang dibenci oleh semua manusia apatah lagi oleh seorang Nabi, tetapi ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan disepanjang zaman selagi ada manusia dan syaitan.

Rasulullah saw. sangat mengambil berat terhadap persediaan ketenteraan umat Islam pada setiap masa. Persediaan ini merangkumi kekuatan aqidah, kekuatan peralatan senjata serta kekuatan ilmu (kemahiran) melalui latihan. Sesuai dengan perintah Allah :
“Dan bersiap sedialah sekuasa kamu daripada segala kekuatan dari pasukan berkuda yang bersedia bagi menakutkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh –musuh lain yang kamu tidak ketahui sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasan bagi kamu, dan kamu tidak akan dizalimi.” - Al Anfal 60

Kekuatan aqidah
Sebelum terjun ke medan peperangan, Rasulullah saw. telah mendidik para sahabat dengan aqidah yang kukuh. Keimanan yang sungguh kepada Allah sehingga menjadikan sahabat - sahabat sanggup menanggung apa sahaja perintah dan berkorban samaada menang atau syahid. Rasulullah saw. juga memerintahkan sahabat supaya ikhlas berjuang kerana Allah. Baginda sering kali berpesan apabila menghantar pasukan yang berangkat , “ Berperanglah dengan nama Allah dan di jalan Allah” ( HR Ahmad, Muslim dan lain-lain – daripada sebuah hadis yang panjang )
Di samping itu Rasulullah saw. juga memotivasi para sahabat, antara katanya “ Ketahuilah kamu sekalian, bahawa syurga itu di bawah kilatan mata pedang." ( HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud )

Kekuatan teknologi
Kekuatan teknologi peperangan merujuk kepada semua kelengkapan ketenteraan; senjata , pengangkutan , komunikasi kemahiran strategi dan sebagainya.

Langkah-langkah Rasulullah saw. dalam meningkatkan teknologi ketenteraan

Teknologi Asing
Peralatan tentera yang lebih canggih pada masa itu dimiliki oleh Rom dan Parsi ( kuasa besar ). Rasulullah saw telah menghantar utusan dua orang sahabat , Urwah bin Masud dan Ghailan bin Salamah ke Jarashy , Damshik ( di bawah kuasa Rom ) bagi mempelajari cara membuat Manjanik dan Dabbabah ( kereta perisai )

Belanjawan perang
Rasulullah saw. juga memperuntukkan belanjawan khusus untuk kelengkapan perang. Imam Tarmizi menyatakan dari Omar Al Khattab bahwa harta-harta Bani Nadhir ( Yahudi ) yang dirampas ( harta fai ) telah diserah kepada Rasulullah saw. Lalu Nabi saw mengambil sebahagian daripadanya dan selebihnya untuk membeli kuda dan senjata sebagai persediaan perang fisabilillah. Ibnu Ishak menceritakan dalam perang bani Quraizah, bahawa Rasulullah saw telah mengutuskan Saad bin Zaid Al Ansari membawa tawanan perang Bani Quraizah ke Najd, lalu ia membeli dengan orang tawanan itu kuda dan senjata untuk Baginda saw.
Rasulullah saw. menggalakkan para sahabat memberi infaq fisabilillah untuk membiayai persiapan peperangan. Diriwayatkan bahwa dalam peperangan Tabuk , Saidina Othman menginfaqkan 900 ekor unta, 100 ekor kuda dan 1000 dinar. Saidina Abu Bakar menyerahkan seluruh hartanya 4000 dirham . Saidina Umar membelanjakan separuh daripada hartanya. Disamping itu ramai lagi sahabat-sahabat menginfaqkan harta mereka termasuk muslimat yang datang kepada Rasulullah saw. menginfaqkan harta perhiasan mereka berupa gelang , rantai dan sebagainya.

Pengangkutan tentera
Rasululllah saw. sangat menggalakkan sahabat memaksimakan penggunaan binatang kenderaan dalam medan jihad. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Barang siapa berperang pada jalan Allah dengan menunggang unta , maka dipastikan ia masuk syurga. ( Nailul authar ) . Dalam satu hadis yang lain Rasululah saw. bersabda, “ Mengikat kuda sehari untuk berperang pada jalan Allah , lebih baik daripada dunia dan isinya” ( Nailul Authar )
Rasulullah saw. sentiasa meningkatkan pengunaan kuda dalam angkatan tentera . Bermula dari 2 ekor kuda dalam peperangan Badar , 50 ekor kuda dalam perang Uhud hinggalah 10,000 ekor kuda dalam perang Tabuk.

* Kuda pada masa itu adalah binatang yang mahal dan hanya mampu dimiliki oleh orang kaya sahaja.

Latihan Ketenteraan

Latihan Disipilin
Rasulullah saw. adalah pemimpin tentera yang pertama dalam sejarah bangsa Arab melatih anggotanya dengan disiplin dan peraturan. Solat lima waktu dan berjemaah serta puasa menjadikan sahabat-sahabat sebagai anggota yang berdisiplin, mudah disusun atur, sedia mendengar perintah serta tabah menghadapi kesengsaraan perang. Baginda saw adalah pemimpin ketenteraan pertama yang menyusun saf ketika memulakan peperangan. Pasukan tentera tidak dibenarkan menyerang sehinggalah diarahkan oleh Rasulullah saw. Semasa perang berkecamuk Rasulullah saw sentiasa memberi arahan serangan kepada pasukan-pasukan tertentu.

Latihan Fizikal dan senjata
Rasulullah saw sentiasa menekan latihan kekuatan dan kemahiran bersenjata. Baginda saw. pernah mengatakan ,” Seorang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah. “ Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. pernah berkhutbah , “ Bersiaplah untuk menghadapi mereka dengan sekuat tenaga yang kamu boleh. Kekuatan adalah memanah, kekuatan adalah memanah, kekuatan adalah memanah. “ (HR Imam Ahmad ).
Pada satu peristiwa yang lain ketika melihat pertandingan memanah, baginda saw. bersabda “Panahlah wahai anak –anak Ismail kerana datuk mu adalah pemanah. “ ( HR Imam Bukhari dan Ahmad)
Diriwayatkan bahawa Baginda saw pernah berkata, “ Jika seseorang kamu pandai memanah kemudian ia meninggalkannya , dia bukan dari golongan kami”. ( HR Imam Ahmad)

Latihan kepimpinan , Strategi dan Taktik
Rasulullah saw. bukan sahaja memimpin sendiri operasi ketenteran bahkan beliau saw. menyediakan latihan dan persiapan kepada sahabat –sahabat mengenai kemahiran memimpin peperangan .
Bermula dengan Rasululah saw. sendiri menunjukkan contoh kepimpinan mengawasi strategi peperangan, dan perang saikologi. Baginda saw. melatih mereka bagaimana menyusn pasukan tempur dan bagaimana membuat keputusan dengan bermesyuarat . Rasululah saw juga mengajar sahabat mengenai operasi sulit ketenteraan, membuat serangan mengejut bagi mengelakkan perlawanan sengit serta megurangkan jumlah kematian
Selain melatih, Rasulullah saw. juga memberi tugasan praktikal. Sahabat-sahabat diarah memimpin sendiri sariyah –sariyah kecil dan besar. Proses ini membina keyakinan diri kepada sahabat-sahabat .

* Sariyah adalah peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah saw.

Kesungguhan Rasulullah saw. dalam mempertingkatkan kekuatan
Pertama kali menghadapi tentera Kafir Quraish di Badar, tentera Islam sangat lemah, iaitu seramai 313 orang dan 2 ekor kuda serta senjata tidak lengkap. Dalam perangan Uhud Rasulullah saw. telah meningkat kekuatan dengan 700 tentera , 100 orang daripadanya memakai baju besi dan 50 tentera berkuda serta sepasukan pemanah yang kuat. Kekuatan tentera ditingkatkan lagi hingga 3000 orang dalam perang Ahzab, sepasukan pemanah yang lebih kuat serta peralatan senjata yang lebih lengkap.
Semuanya ini dilakukan oleh Rasulullah saw. kerana memahami kepentingan kekuatan tenteran dalam persiapan perperangan.

Ketika Ghazwah Fathul Makkah, Rasululah saw. Menyusun 10,000 tentera serta lengkap bersenjata. Selepas itu mara ke Hunain dengan 12000 tentera hasil tambahan orang-orang Makkah yang baru memeluk Islam.
Perang Tabuk yang menuntut persiapan awal dan besar kerana jauh dan menghadapi tentera kuasa besar Rum. Rasulullash saw. mengerahkan 30,000 anggota dengan 10,000 pasukan berkuda serta bersenjata lengkap.

Walaupun Rasulullah saw sentiasa mempertingkatkan kekuatan tetapi kekuatan tentera musuh sentiasa lebih besar terutama ketika berhadapan dengan Rum dan tentera Quraish kecuali dalam Fath Makkah. Ini adalah kerana kekuatan Islam adalah baru muncul pada masa itu. Namun begitu dalam banyak perperangan Rasulullah saw mencapai kejayaan kerana kekuatan keimanan serta kepandaian menggunakan senjata dan strategi yang baik.

Thursday, April 12, 2007

Pergaulan Nabi saw.

Rasulullah saw. memberi salam kepada sesiapa sahaja yang ditemui diperjalanan. Selalunya ia mendahului memberi salam. Apabila Baginda saw. mengirim utusan kepada seseorang ia mengiringinya dengan ucapan salam. Begitu juga apabila ia menerima perutusan, ia akan mengucapkan salam kepada kedua –dua pengirim dan utusan.
Apabila ia melintasi kumpulan kanak-kanak , ia mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Begitu juga apabila ia melintasi kumpulan wanita.
Nabi saw. mengucapkan salam kepada setiap orang di dalam rumah ketika hendak meninggalkan mereka begitu juga ketika masuk. Baginda bersalam dengan sahabat-sahabat dan memeluk mereka bahkan kadang-kadang mencium dahi mereka. Apabila berjabat tangan ia tidak akan menarik tangannya sehingga orang lain melepaskannya terlebih dahulu.
Di dalam majlis, Rasulullah saw memilih tempat duduk di penjuru. Ia tidak akan melangkah orang lain untuk pergi ke hadapan.
Nabi saw. pernah bersabda, “Aku duduk seperti mana seorang hamba patut duduk”. Baginda saw. tidak membenarkan orang lain bangun untuk menghormatinya. Apabila seseorang datang menziarahinya, beliau menghamparkan sehelai kain untuk diduduki tetamu itu dan tidak meninggalkannya bersendiriian. Beliau melayani setiap tetamu yang datang dengan sopan walaupun orang itu berperangai buruk.
Pada sesetengah waktu Rasulullah saw. bersembang dengan sahabat-sahabat menceritakan kisah –kisah lama sebelum Islam dan Baginda saw. ikut ketawa apabila ada perkara-perkara lucu diceritakan. Apabila Rasulullah saw. mendapati wajah pendengarnya tidak berminat dengan tajuk perbicaraannya ia akan mengubah ke topic yang lain. Rasulullah saw. memberi perhatian kepada orang yang bercakap dengannya walaupun kadang-kadang tajuk perbualan itu tidak digemarinya. Kemudian ia memberi nasihat secara umum kepada orang itu.
Apabila Nabi saw. menziarahi seseorang , ia akan memberi salam dan meminta izin . Sekiranya waktu malam ia akan memberi salam secara yang dapat didengar oleh orang yang jaga dan tidak mengannggu orang yang tidur. Sekira beliau tidak menerima jawapan ia kembali tanpa merasa hampa.
Rasulullah saw sangat mengambil berat menziarahi orang sakit. Nabi saw. duduk disisinya , bertanya khabar tentang kesihatannya, melatakkan tangannya di atas dahi pesakit. Baginda saw. akan menenangkan pesakit dengan kata-kata “ InsyaAllah kamu akan sembuh segera. " Kadang-kadang Rasulullah saw berdoa untuk pesakit yang diziarahinya. Nabi saw. juga menziarahi pesakit yang bukan Islam. Pernah Nabi saw. menziarahi seorang kanak-kanak Yahudi yang sakit. Kemudiannya budak Yahudi itu memeluk islam. Jikalau orang yang sakit itu hendak makan sesuatu, Rasulullah saw. akan mengirim makanan tersebut.
Terlalu banyak sifat terpuji Rasulullah saw. untuk digambarkan. Apa yang penting, pada diri Rasulullah saw itu ada contoh tauladan yang sangat baik untuk diikuti.

Wednesday, April 11, 2007

Gambaran Nabi saw.

Satu gambaran yang menarik mengenai Rasulullah saw. sebagaimana dijelaskan oleh seorang perempuan tua. Rasulullah saw. pernah singgah di rumahnya semasa dalam perjalanan hijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kehadiran Rasulullah saw. menyebabkan kambingnya mengeluarkan susu yang banyak. Walaupun Rasulullah saw. dan sahabat dapat minum hingga kenyang tetapi masih banyak lagi baki yang tinggal. Apabila suaminya pulang dan merasa hairan , wanita tua itu menceritakan tentang rupa Nabi saw.


“ Rupa parasnya kacak, mukanya bercahaya, tingkah lakunya menyenangkan. Perutnyanya tidak memboyot, rambutnya kemas rapi, segak dan tampan. Matanya hitam dan besar, rambutnya panjang dan tebal.
Suaranya jelas dan lehernya jinjang, matanya hitam bercahaya dan kelabu asli disudut matanya, bulu matanya lembut dan tipis, rambutnya hitam dan ikal.
Diam , khusyuk dan ramah mesra, Cantik dan menawan dari jauh dan amat manis dan segak dari dekat. Manis ketika berkata-kata serta jelas kalimat-kalimatnya, tidak lebih dan tidak kurang dari yang perlu, percakapannya tetap.
Ukuran badannya sederhana tidak rendah dan tidak terlalu tinggi , bagai setangkai ranting yang segar disunting dari sebatang pohon yang cantik, indah dipandang dan segak bentuknya.
Sahabat-sahabatnya sangat setia dan selalu mengelilingnya, mendengar kata-katanya dengan diam dan patuh segera akan perintahnya. Mereka taat, suka kepadanya, tidak banyak cakap dan tidak pula menyembunyikannya.”

Tuesday, April 10, 2007

Sifat Nabi saw.

Sifat fizikal Nabi saw.

Muka
1. Wajahnya bersinar seperti bulan – Hind bin Abi Hala
2. Wajahnya bulat seperti bulan – Bara’ bin Azib
3. Wajahnya tidak begitu bulat tetapi cenderung kepada bulat – Saidina Ali
4. Dahinya luas, raut keningnya tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan antara kedua keningnya dan semakin jelas ketika marah – Hind bin Abi Hala

Warna kulit
1. Tidak putih seperti kapur atau coklat, tetapi campuran antara coklat dan putih, warna putih lebih banyak – Anas
2. Putih kemerah-merahan – Saidina Ali
3. Putih tetapi sihat – Abu Tufail
4. Putih dan bercahaya – Hind bin Abi Hala

Mata
1. Hitam dan bulu matanya panjang –Saidina Ali
2. Hitam dan layu. Tabiat memandang dari sudut matanya seolah-olah malu – Hind bin Abi Hala
3. Garis–garis merah di bahagian putih mata , luas kelopaknya, kelabu asli di bahagian sudut. – Jabir bin Samra.

Hidung
Agak tinggi, bercahaya penuh misteri. Kelihatan luas pertama kali memandang – Hind bin Abi Hala

Mulut
1. Luas – Jabir bin Samra
2. Sederhana luas – Hind bin Abi Hala

Gigi
1. Kecil dan bercahaya, indah tersusun , renggang di bahagian hadapan – Saidina Abas)
2. Apabila berkata-kata cahaya akan memancar dari giginya – Anas

Janggut
Penuh dan tebal – Hind bin Abi Hala

Leher
Kecil dan panjang, terbentuk sangat cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak dan sangat indah – Hind bin Abi Hala

Kepala
Besar tetapi elok bentuknya. – Hind bin Abi Hala

Rambut
1. Tidak terlalu lurus dan tidak kerinting seperti biri-biri – Qatadah
2. Sedikit ikal – Anas
3. Tebal, kadang-kadang menyentuh pangkal telinga , kadang-kadang mencecah bahu. – Bara’ bin Azib
4. Terbelah ditengah-tengahnya – Hind bin Abi Hala

5. Tubuhnya tidak mempunyai banyak rambut. Satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat – Saidina Ali dan Hind bin Abi hala
6. Terdapat sedikit di atas bahu, lengan dan bahagian dada – Hind bin Abi Hala

Bentuk Tubuh
1. Sempurna binaan badannya, tulang-tulang yang menyambung anggotanya besar dan kukuh – Hind bin Abi Hala
2. Badannya tidak gemuk – Saidina Ali
3. Tidak tinggi dan tidak rendah, berukuran sederhana – Anas
4. Cenderung kepada tinggi, di tengah –tengah orang ramai ia kelihatan lebih tinggi daripada orang lain.- Bara’ bin Azib
5. Perutnya tidak buncit – Ummi Mabad
6. Sekali pun Baginda saw. miskin dan lapar tetapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang lain yang cukup makan . Al – Mawahib
7. Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih berani dan gagah daripada Rasulullah saw. – Ibn Umar

Bahu dan dada
1. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. – Hind bin Abi Hala
2. Dadanya bidang. - Bara’ bin Azib
3. Luas bidang antara kedua bahu nya lebih dari biasa – Hind bin Abi Hala
4. Seimbang dia antara kedua-duanya – Saidina Ali

Lengan dan tangan
1. Pergelangan tangannya besar, lebar tapak tangannya, jari-jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. - Hind bin Abi Hala
2. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera, yang tipis maupun yang tebal lebih lembut daripada tangan Rasulullah saw. – Anas

Perut betis dan Kaki
1. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik – Jabir bin Samra
2. Kakinya berisi, di tapak kakinya terdapat sedikit lekuk dan kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air . – Jabir bin Samra
3. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. – Jabir bin Samra

Qudwah Hasanah

Siapa yang boleh mengambil pedoman dari kehidupan Rasulullah saw ?
(petikan perutusan Dr Yusuf al Qharadawi sempena maulidul rasul 2007)

Kehidupan Muhammad saw adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa. Seorang yang masih bujang boleh mengambil pedoman dari hidup Rasulullah saw kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.

Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama daengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.

Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah saw ketika baginda saw melayan dua cucunya, al Hasan dan al Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah saw sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya?Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?

Seorang penguasa, pemerintah,raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda saw telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini. Sebenarnya samada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.

Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai cirri-ciri umum, kekal dan lengkap.

Sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/index.asp?cu_no=2&temp_type=44

Article kiriman Syakir Hassan syasyasya69@yahoo.com.my

Monday, April 09, 2007

Wajah Nabi saw.

Sebagai seorang Nabi yang menjadi pembimbing manusia dan membawa satu risalah agung, Baginda saw. dikurniakan rupa paras yang menarik dan berkarisma. Penampilannya sederhana tetapi menarik dan penuh wibawa. Rupa paras dan perawakan seseorang mengambarkan akal budi dan akhlaqnya. Kita tidak memiliki gambar wajah Rasulullah saw. Lantaran Baginda saw. sendiri melarang rupa parasnya dilukis kerana ditakuti akan dipuja dan disembah sebagaimana yang telah berlaku pada umat –umat yang terdahulu. Andainya ini berlaku maka musnahlah inti ajaran Islam yang diwahyukan. Apa yang dapat digambarkan mengenai susuk tubuh peribadi agung ini hanya gambaran riwayat para sahabat .
Abdullah bin Salam (seorang pendita Yahudi yang memeluk Islam ) mengatakan, “ Sebaik sahaja aku melihat Rasulullah saw. , aku sedar bahawa wajah ini bukan wajah seorang penipu.”
Seorang sahabat lain Abu Ramsa Taimi berkata, “ Aku pergi kepada Rasulullah saw. bersama anak lelakiku dan orang ramai menunjukkan Baginda saw. kepada ku. Bila sahaja aku memandangnya lantas aku yakin ia sebenarnya seorang rasul.”
Sebuah kafilah pedagang telah datang ke Madinah dan berkhemah di luar kota. Secara kebetulan Rasulullah saw. lalu di situ dan membeli seekor unta, dan Baginda saw. berjanji akan mengirim bayaran dari rumahnya. Pemilik unta itu kemudiannya bimbang kerana mempercayai seorang yang tidak dikenalinya. Tetapi ibunya berkata, “Jangan bimbang , aku telah melihat wajah seorang lelaki yang bersinar seperti purnama. Orang yang memiliki wajah seperti itu tidak akan menipu. Jika ia tidak membayarnya aku sendiri akan menjelaskannya. “ Kemudiannya Rasulullah saw. menghantar kurma yang bernilai lebih daripada harga unta.
Telah berkata ibu Qarsafa dan ibu saudara Qarsafa , “ Aku belum pernah melihat seorang lelaki yag lebih kacak dari Rasulullah saw. Aku melihat cahaya memancar dari lidah nya. “
Abu Hurairah pernah menyebut, ” Rasulullah saw. umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki yang lebih tampan daripada Rasulullah saw.”
Rab’ee anak perempuan Mu’aawaz telah berkata, “Andainya kamu melihat Rasulullah saw. ,kamu merasakan seolah-olah melihat matahari terbit.”
Saidina Ali ra. mengatakan, “Kali pertama memandangnya , kamu akan terpesona.”
Saidina Jabir Samra mengatakan, “ Aku pernah melihat wajah Rasulullah saw. di bawah sinaran bulan dan aku membandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari wajah Rasulullah saw. jauh lebih cantik dari bulan”.
Kaab bin Malik mengatakan , “Apabila Rasulullah saw. merasa gembira wajahnya akan bercahaya seperti purnama. Dari situ kami mengetahui Rasulluah saw. merasa gembira “.

Sunday, April 08, 2007

Cinta Nabi saw.

Cinta tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata. Tetapi menurut Ibn Qayyim, cinta dapat dirumuskan dengan memperhatikan turunan kata cinta, mahabbah, dalam bahasa Arab. Mahabbah berasal dari kata hubb. Ada lima makna untuk akar kata hubb. Pertama, al-shafâ wa al-bayâdh, putih bersih. Kedua, al-`uluww wa al-zhuhûr, tinggi dan tampak (bahagian tertinggi). Ketiga, al-luzûm wa al-tsubût, terus menerus dan menetap. Keempat, lubb, inti atau saripati sesuatu. Biji benih disebut habbah kerana itulah benih asal, Kelima, al-hifzh wal-imsâk, menjaga dan menahan..
Marilah kita ukur kecintaan kita kepada Rasulullah saw dengan lima hal di atas. Pertama, cinta ditandai dengan ketulusan, kejujuran, dan kesetiaan. Anda tidak akan mengkhianati orang yang Anda cintai. Jika anda mencintai Rasulullah saw, anda akan tetap setia kepadanya. Anda tidak akan mencampurkan kecintaan anda kepadanya dengan motif- motif duniawi. Anda akan memberikan seluruh komitmen anda.
Perang Badar
Rasulullah saw pernah menguji kecintaan sahabat sebelum perang Badar. Kepada para sahabat dihadapkan dua pilihan: Menyerang kafilah dagang yang dipimpin Abu Sufyan atau menyerang pasukan Quraisy. Kebanyakan sahabat menghendaki kafilah dagang kerana menyerang mereka lebih mudah dan lebih menguntungkan. Nabi saw menghendaki musuh yang akan menyerang Madinah dan berada pada jarak perjalanan tiga hari dari Madinah. Tuhan berfirman,
Dan ingatlah ketika Allah menjanjikan kepadamu dari kedua kelompok, yang satu untuk kamu, tetapi kamu menginginkan yang tidak mempunyai senjata untuk kamu. Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan kalimat-Nya dan menghancurkan pusat kekuatan orang-orang kafir.” (Al-Anfal: 7)

Rasulullah saw bersabda: “Tuhan menjanjikan kepada kalian dua pilihan -menyerang kafilah dagang atau menyerang pasukan Quraisy”. Abubakar berdiri, “Ya Rasulallah, itu pasukan Quraisy dengan bala tentaranya. Mereka tidak beriman setelah kafir dan tidak akan merendah setelah perkasa.” Beliau menyuruh Abu Bakar duduk, seraya berkata, “Kemukakan pendapatmu kepadaku.” Umar berdiri dan mengucapkan pendapat sama seperti pendapat Abu Bakar. Rasulullah saw pun menyuruhnya duduk kembali.
Kemudian Miqdad berdiri, “Ya Rasul Allah, memang itulah Quraisy dan bala tentaranya. Kami sudah beriman kepadamu, sudah membenarkanmu, dan kami bersaksi bahawa yang engkau bawa itu adalah kebenaran dari sisi Allah. Demi Allah, jika engkau memerintahkan kami agar kami menerjang pohon yang keras dan duri yang tajam, kami akan bergabung bersamamu. Kami tidak akan berkata seperti Bani Israil kepada Musa - Pergilah kamu bersama Tuhanmu, beperanglah kalian berdua, kami akan duduk di sini saja. Tetapi kami akan berkata: Pergilah engkau bersama Tuhanmu, berperanglah dan kami akan berperang bersamamu.”
Wajah Nabi saw bersinar gembira. Beliau mendoakan Miqdad. Beliau juga meminta pendapat Anshar, kelompok mayoritas yang hadir di situ.

Berdirilah Sa’ad bin Mu’adz: “Demi ayah dan ibuku, ya Rasul Allah, sungguh kami sudah beriman kepadamu, membenarkanmu, dan menyaksikan bahawa apa yang engkau bawa itu adalah kebenaran dari Allah. Perintahkan kepada kami apa yang engkau kehendaki… Demi Allah, sekiranya engkau perintahkan kami untuk terjun ke dalam lautan, kami akan terjun ke dalamnya bersamamu. Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepadamu yang menenteramkan hatimu. Berangkatlah bersama kami dalam keberkahan dari Allah.”

Berangkatlah Rasulullah saw bersama sahabatnya meninggalkan kota Madinah untuk menyongsong musuh yang bersenjata lengkap. Pada waktu itulah turun ayat,
“Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu dengan kebenaran, walaupun sebahagian dari kaum mukminin membencinya.” (Al-Anfal: 5)
Sikap Miqdad dan Mu’adz menunjukkan cinta setia mereka kepada Rasulullah saw. Mereka segera menangkap kehendak kekasihnya - Rasulullah saw- dan mereka mengesampingkan tujuan-tujuan duniawi demi membahagiakan Nabi saw yang dicintainya. Di dalamnya juga ada tanda kedua dari cinta, yakni pengutamaan kehendak Rasulullah saw di atas kehendak dan keinginan mereka.
Cinta
Abdullah bin Hisyam bercerita, “Kami sedang bersama Nabi saw. Ia memegang tangan Umar bin Khaththab. Umar berkata: Ya Rasul Allah, engkau lebih aku cintai dari apa pun kecuali dari diriku sendiri. Nabi saw berkata: Tidak. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, belum sempurna iman kamu sebelum aku lebih kamu cintai dari dirimu sendiri. Umar berkata lagi: Sekarang memang begitu demi Allah. Sungguh engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri. Nabi saw bersabda: Sekaranglah, hai Umar.”
Ali bin Abi Thalib ditanya: Bagaimana kecintaan kalian kepada Rasulullah saw? Ia menjawab: Demi Allah, ia lebih kami cintai dari harta kami, anak-anak kami, orangtua kami dan bahkan lebih kami cintai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Kebenaran ucapan Ali itu dibuktikan dalam peristiwa Uhud.
Keluarga
Kepada seorang sahabat perempuan Anshar diperlihatkan anggota keluarganya yang syahid di situ—ayahnya, saudaranya, dan suaminya. Ia bertanya: “Bagaimana keadaan Rasulullah saw?” Orang-orang menjawab: “Ia baik-baik saja, seperti yang engkau sukai.” Ia berkata lagi: “Tunjukkan beliau kepadaku supaya aku pandangi beliau.” Ketika ia melihatnya, ia berkata: “Sesudah berjumpa denganmu, ya Rasul Allah, semua musibah kecil saja!”
Atau ketika Zaid bin Al-Datsanah ditangkap oleh kaum musyrikin. Sambil tidak henti-hentinya menerima penganiayaan dan siksaan, ia diseret dari Masjidil Haram ke padang pasir untuk dibunuh. Abu Sofyan berkata kepadanya: “Hai Zaid, mahukah Muhammad kami ambil dan kami pukul kuduknya, sedangkan engkau berada di tengah keluargamu?”
Zaid melonjak, seakan-akan seluruh kekuatannya pulih kembali. Ia membentak: “Tidak, demi Allah. Aku tidak suka duduk bersama keluargaku sementara sebuah duri menusuk Muhammad.” Kata Abu Sufyan: “Aku belum pernah melihat manusia mencintai seseorang seperti sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad.” Kecintaan kepada Rasulullah saw seperti ditampakkan oleh Zaid adalah tanda puncak keimanan. Nabi saw bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya dan semua manusia.” Beliau hanya menegaskan apa yang difirmankan Tuhan:
“Katakanlah, jika orang tua orang tua kalian, anak-anak kalian, saudara-saudara kalian, isteri-isteri kalian, kaum kerabat kalian dan kekayaan yang kalian usahakan, perdagangan yang kalian takutkan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kalian senangi lebih kalian cintai dari Allah dan rasul-Nya dan dari jihad di jalan- Nya, tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik" (Al-Tawbah: 24)
Syurga
Jika pencinta telah mendahulukan Rasulullah saw berbanding siapa pun dan apa pun, hatinya akan selalu terpaut kepadanya. Secara jasmaniah ia ingin selalu berdekatan dengan Nabi saw, memandang wajahnya, dan menikmati kehadirannya. Secara ruhaniah, hatinya tidak dapat melepaskan diri dari kenangan kepadanya. Inilah tanda cinta yang ketiga- tidak mahu berpisah atau jauh dari kekasih, al-luzûm wa al- tsubût.
Di Madinah pernah tinggal seorang pedagang minyak. Setiap pagi, sebelum berangkat ke warungnya, ia singgah dulu di halaman rumah Nabi saw. Ia menunggu sampai junjungannya muncul. Dengan penuh cinta ia memandang wajah Nabi saw yang mulia. Pada suatu hari, ia datang. Seperti biasa ia memuaskan hatinya dengan memandang wajah Rasulullah saw. Setelah itu, ia pergi ke tempat kerjanya. Tidak lama kemudian ia balik lagi. Ia mohon izin untuk memandang beliau sekali lagi. Setelah puas, ia berangkat ke pasar. Selama seminggu setelah itu, Rasulullah saw tidak pernah melihatnya lagi. Ketika beliau menanyakan perihal dia kepada para sahabatnya, beliau mendapatkan jawaban bahawa ia sudah meninggal seminggu sebelumnya. Rupanya itulah pertemuan terakhir antara dia dengan Nabi saw. Untuk orang itu, Rasulullah saw bersabda, “Kerana kecintaannya kepadaku, Allah mengampuni dosa-dosanya.”
Seorang laki-laki Anshar datang menemui Nabi saw. Ia mengadu, “Ya Rasul Allah, aku tidak tahan berpisah darimu. Jika aku masuk ke rumahku, lalu aku ingat dikau, aku tinggalkan harta dan keluargaku. Aku lepaskan kerinduanku dengan memandangmu. Lalu, aku ingat pada hari kiamat. Pada hari itu, engkau dimasukkan ke syurga dan ditempatkan di tempat yang paling tinggi. Bagaimana aku, ya Nabi Allah?” Beliau tidak menjawab. Tidak lama setelah itu, turun ayat:
“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: nabi-nabi, para shidiqin, orang-orang yang syahid dan orang- orang saleh, dan alangkah baiknya berteman dengan mereka." (Al-Nisa: 69)
Begitu ayat ini turun, Nabi saw memanggil lelaki itu, membacakan kepadanya ayat itu dan memberikan kabar gembira kepadanya. Ia dijanjikan bahawa ia akan digabungkan dengan Rasulullah saw. Di sana, ia tidak akan berpisah lagi dari Nabi saw.

petikan ummahonline

Thursday, April 05, 2007

Rabiul Awal

PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM BULAN RABIUL AWAL

  1. Muhammad bin Abdullah saw. dilahirkan pada tahun Gajah oleh ibunya Aminah binti Wahab di kota Makkah. Ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal sewaktu ia dalam kandungan.

  2. Nabi Muhammad saw. dibangkitkan menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Baginda saw. menerima wahyu pertama di gua Hira melalui malaikat Jibrail.

  3. Peperangan yang berlaku dalam bulan RabiulAwal semasa hayat Baginda saw.
  • Peperangan Safwan - Perang Badar pertama

  • Peperangan Bawat

  • Peperangan Zi Amar - memerangi Bani Ghatfan

  • Peperangan Bani An Nadhir

  • Peperangan Dhaumatul Jandal

  • Peperangan Bani Layhan

4. Khalid al Walid membuka Iraq. Bermula pemerintahan Islam di bumi Iraq pada masa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddiq.
5. Pembukaan Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al Ayubi setelah menewaskan tentera Salib pada tahun 583 H

6. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanayol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalus telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H

Wednesday, April 04, 2007

Putra - putri Nabi saw.

Putra-putra Nabi saw.

Abdullah bin Muhammad saw.
Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.

Ibrahim bin Muhammad saw. (wafat 10 H)
Putra Nabi saw. dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi saw. menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil meneteskan air mata. Beliau saw. berkata “mata boleh meneteskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.
Qasim bin Muhammad saw.
Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.
Putri –putri Nabi saw.
Fatimah binti Muhammad saw. (wafat 11 H)
Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Dia menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahra ini lahirlah zuriat Rasul saw. sampai sekarang.

Ruqayyah binti Muhammad saw. (wafat 2 H)
Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1) dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Ruqayyah memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Habasyah ketika umurnya masih muda lagi. Kemudian setelah 4 tahun di Habsyah mereka berhijrah ke Madinah lebih dahulu daripada Nabi s.a.w. dan menetap di Madinah. Pada masa perperangan Badar berlaku Ruqayyah sakit tenat dan Usman tinggal di Madinah merawat isterinya. Berita kemenangan tentera Badar sampai di Madinah ketika orang ramai sedang pulang dari pengkebumian Ruqayyah.

Ummi Kultsum binti Muhammad saw. (wafat 9 H/639 M)
Putri Rasulullah saw. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang artinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Setelah kakaknya, Ruqayyah meninggal , isteri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Usman digelar ZulNuraian ( pemilik dua cahaya ) kerana berkahwin dengan dua orang puteri Nabi s.a.w . Ummi Kultsum ikut berhijrah ke Madinah.

Zainab binti Muhammad saw. (wafat 8 H.)
Putri sulung Rasulullah saw. yang dilahirkan ketika umur Nabi saw. 30 tahun . Zainab berkahwin degan Abul Ash bin Rabi’ ( sepupunya ). Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sehingga dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.

Tuesday, April 03, 2007

Hukum Maulid

Para ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan Maulidur Rasul. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di bawah ini dilampirkan hujah kedua-dua belah pihak, setakat mana yang mampu dikumpulkan.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (baik) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu dengan Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157
Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulid, Isra’ & Mi’raj dan lain-lain. Nabi s.a.w pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Wallahu a'lam.
Mohon comment jika ada kesilapan dan kekurangan penjelasan di atas

Sunday, April 01, 2007

Nasab

Keturunan Nabi s.a.w sebelah ayahnya ; Abdullah bin Abdul Muttalib( Shaiba) bin Hasyim( Amr / Banu Hashim ) bin Abdul Manaf( Al Mughira ) bin Qusaiy( Zaid ) bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr (Al Quraish) bin Kinana bin Khuzayma bin Mudrika bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Muad bin Adnan .......bin Ismail bin Ibrahim a.s.
Keturunan Nabi s.a.w sebelah ibunya ; Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab ..... bin Ismail bin Ibrahim a.s.

Keturunan Nabi s.a.w dari pihak ayah dan ibunya bertemu pada keturunan Kilab

Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul yang menjadi ikutan seluruh umat Islam. Dia membawa tauladan dan pengajaran yang diwahyukan kepadanya, tidak dapat dibandingkan apalagi disamakan dengan peribadi dan falsafah manusia lain. Rasulullah s.a.w membawa ajaran Ilahi bagi membimbing hidup manusia lahir dan batin bagi menyelamatkan mereka dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w juga adalah pembawa rahmat bagi seluruh alam, manusia, haiwan, tumbuhan dan seluruh jagat. Umat Islam tidak perlu menimba contoh tauladan dari mana-mana tokoh atau ahli falsafah Yunani dan Rom, kerana pada diri Rasulullah s.a.w telah lengkap segala macam kebaikan dan kepimpinan.