Tuesday, November 21, 2006

BANJIR
Banjir adalah satu fenomena alam ketentuan Allah yang sudah berlaku lebih awal daripada tamadun manusia . Kadangkala banjir merupakan azab Allah sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh a.s.
Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Bencana banjir yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat / ribut tropika dan banjir monsun.
Kerusakan
Kekerapan banjir meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu mengalirkan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan. Kawasan hutan tadahan hujan turut diancam oleh pembangunan yang tidak terancang menambah burukkan keadaan banjir.
Ditambah lagi dengan sikap masyarakat yang suka membuang sampah didalam longkang menyebabkan aliran air akan tersumbat.
"Telah nyatalah kerusakan di darat dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya dirasakan kepada meraka sebahagian daripada apa yang mereka kerjakan mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah) ." - Al Quran

Saturday, November 18, 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU

Majlis perkawinan guru PASTI, Nur Azma bt. Mohamad Nazar dengan Muhamad Umar b. Abd. Razak telah berlangsung meriah pada 18 Nov. 2006. Nur Azma mengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) qaryah Gong Pasir adalah lulusan Al Azhar Mesir. Beliau juga merupakan AJk Nisa Kawasan Dungun. Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh ayah beliau, En Muhamad Nazar Teh di rumah kediamannya F12 Kuarters JBAD, Jalan Balai Besar Dungun Terengganu. Manakala Pengantin lelaki Muhamad Umar Abd Razak adalah seorang ahli perniagaan dari Wilayah Persekutuan. Beliau adalah AJK Amal Wilayah.





Bersama guru-guru PASTI Kawasan Dungun


Lambat lagi ke masak ?

Makan, makan...


Lepas makan, jangan lupa basuh pinggan




PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) : PRA SEKOLAH PILIHAN

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Kalimah Tauhid
Pendidikan sejak di awal usia adalah penting, bagi memantapkan keimanan .Terdapat sesetengah ahli / penyokong jemaah Islam yang mengambil sikap mudah , tidak peduli di mana anaknya belajar , dengan siapa ia belajar kerana merasakan anaknya masih kecil. Nanti apabila besar akan diasuh dengan pendidikan Islam. Bukankah kita diajar mengazankan apabila seorang bayi dilahirkan ,supaya kalimah pertama yang didengar ialah kalimah tauhid. Apakah maknanya ini semua, kalau bukan pentingnya mendidik seawal usia.

Barangkali kita lupa , Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa anak seumpama kain putih maka ibubapanyalah yang mencorakkan samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maka sepatutnya PASTI menjadi pilihan mandatori terhadap pendidikan pra sekolah anak-anak kita.

Para ulama Islam telah menggariskan tiga unsur penting dalam pendidikan. PASTI melengkapi tiga unsur penting ini – manhaj, murabbi & waqi’

Manhaj .- PASTI menetapkan Islam sebagai manhaj pendidikanya. Untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh maka tiada pilihan lain selain daripada kurikulium Islam yang syumul. Tadika yang tidak mengambil manhaj Islam sebagai teras pendidikan tidak mampu membentuk anak yang beriman dan soleh kerana dasarnya bukan Islam. Mana mungkin sistem pendididkan yang lain daripada Islam akan membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertaqwa.

Murabbi.- Hanya para pendiddik yang beriman dan beramal soleh akan melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh. PASTI mempunyai guru –guru yang sememangnya sentiasa di bentuk melalui tarbiyyah jamaah seperti usrah , tamrin dan majlis-majlis ilmu bagi memantapkan ilmu, iman dan amal murabbi sendiri.. Di tangan merekalah, ( guru yang memahami islam yang syumul , aqidah yang benar ) anak -anak kita diasuh . Guru yang tidak memahami Islam tidak dapat menjadikan anak- anak kita sebagai orang yang bertaqwa. Maka di atas alasan apakah kita menghantar anak-anak kita kepada mereka yang jahil hakikat tasawur Islam bahkan menentang perjuangan Islam.

Profesionalisma
Kesungguhan dan keikhlasan guru PASTI dalam mendidik menjadi satu aset yang besar kepada jemaah. Kecintaan mereka kepada perjuangan Islam sepatutnya sudah cukup bagi kita untuk menghantar anak-anak ke PASTI. Sungguh menghairankan , kita bersungguh –sungguh berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membiarkan anak-anak kita dibentuk oleh orang lain , bahkan diajar oleh guru-guru yang menentang hukum Allah dan Rasul. Di mana rasional kita .?
PASTI sentiasa mengadakan kursus –kursus profesionalisma perguruan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Cabaran pendidikan yang sentiasa berubah dan mencabar, didepani oleh PASTI dengan sewajarnya.

Iltizam
Masyarakat hari ini menghadapi cabaran kebendaan yang hebat. Setiap hari media massa menonjolkan gaya hidup yang lavish ( mewah ). Pemikiran umat Islam sentiasa diasak dengan kemajuan pembangunan kebendaan .Lantaran itu mungkin ada sebahagian daripada kita lebih mementingkan RM 300.00 setahun daripada pendiddikan Islam anak-anak kita. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan masjid dan surau yang selama ini hatinya tertambat , kerana diugut tidak akan diberi wang ihsan . Ada pula yang sanggup menjadi jahil sepanjang tahun dengan meninggalkan majlis-majlis ilmu yang selama ini ia menjadi murid setia. Kalaulah ini berlaku, di manakah nilai iman kita . Apa yang akan kita jawab dan persembahkan di hadapan Allah di akhirat nanti.?
Kita mesti menyatakan iltizam kepada jamaah melalui tindakan . Setiap program yang disusun oleh jemaah semestinya didukung dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa kecintaan kepada kepada jamaah dan institusi milik jemaah ( masjid, surau, markaz , kelas pengajian, PASTI dll ) mestilah sentiasa disuburkan supaya terus segar. Kita perlu menanam keyakinan bahawa jamaah adalah milik kita. - Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Dungun ( PASTI )

Thursday, November 16, 2006

Sejarah PASTI Malaysia

Cetusan idea untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.

Seminar PASTI
Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Logo
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Monday, November 13, 2006

PERHATIAN KEPADA UMAT ISLAM

Assalamualaikum.
Peringatan untuk semua, umat Islam kini diancam bahaya dari kafirlaknatullah. Wallahualam.TO ALL MY MUSLIM FRIENDS .... EVERY ONE MUST READ AND UNDERSTAND WHAT'S GOING ON IN THIS WORLD?KEPADA SEUDARA MUSLIM.. SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..

This book was introduced into the London book market for 5 days before it was withdrawn due to fear of harassment and discrimination againstHindus in the arab world. The source of this information comes from the U.A.EBuku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E

Sharjah broadcasting Channel presented by Ra'ad Aman and the program name, "Foreign writings".Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama "Penulisan Luar".Book Title : "All Hindus Wake up"Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"Subheading : "The protocols for Hindu leaders"Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"The Author : Dr.R. SinghPengarang : Dr. R. SinghThese are 13 of the protocols mentioned :Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative attitude towards muslims.
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.

3. Hindu temples must be built in all places possible and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place.3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against islam.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.

7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital defects in the foetus.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. like what we say azan)
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them.
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.

11. Turn others against them.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.

13. Wear a black string around your wrist.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.

May you please send this to as many Muslims as you can, it is your duty as a muslim.TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM.

DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Medical Practice Division20th-21st Floor, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh , 51200 K. LumpurTel: 40457725 Fax: 40457740


Ahmadhadeed menulis
Saya ada terbaca article lain yang menjurus kepada Rancangan Hindu menguasai Nusantara. Sungguh merisaukan
- Kuasai NST untuk menghentam Islam dan institusi islam
- kuasai satellite broadcasting dan wujudkan saluran bagi mengagungkan budaya India dan Bolyywood
- menguasai institusi kerajaan untuk melatih guru tamil dan institusi tamil
- mengimport gangster dari india sebagai penjaga berhala
- mewujudkan ganster di bandar majoriti Hindu saperti Sungai petani , Brickfield dan Johor- Mewujudkan 'Hindu Town ' di KL
- Menjadi penasihat Kerajaan tetapi menghancurkan mereka dari belakang
- Mewujudkan banyak parti politik supaya setiap parti dapat demand
- Menguggut dengan ugutan mati pegawai penguatkuasa kerajaan yang mengancam berhala hindu.
- Mengiatkan kerja archaelogi di lembah bujang dan tempat lain bagi menguatkan hujjah sejarah orang Melayu asalnya Hinduism.
- Mengadakan Hindu Diaspora di Malaysia , Indonesia dan Singapure.

Sunday, November 12, 2006

IHTIFAL PASTI AL HUSNA GONG PASIR

TARIKH : 17 NOV. 2006
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PASTI QARYAH GONG PASIR

Perasmian oleh : Ybhg. Ust. Azman Shapawi Abd. Rani

note: Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru di PASTI Qaryah Gong Pasir , sila berhubung Sdr. Setiausaha 013 9313233