Thursday, April 05, 2007

Rabiul Awal

PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM BULAN RABIUL AWAL

  1. Muhammad bin Abdullah saw. dilahirkan pada tahun Gajah oleh ibunya Aminah binti Wahab di kota Makkah. Ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal sewaktu ia dalam kandungan.

  2. Nabi Muhammad saw. dibangkitkan menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Baginda saw. menerima wahyu pertama di gua Hira melalui malaikat Jibrail.

  3. Peperangan yang berlaku dalam bulan RabiulAwal semasa hayat Baginda saw.
  • Peperangan Safwan - Perang Badar pertama

  • Peperangan Bawat

  • Peperangan Zi Amar - memerangi Bani Ghatfan

  • Peperangan Bani An Nadhir

  • Peperangan Dhaumatul Jandal

  • Peperangan Bani Layhan

4. Khalid al Walid membuka Iraq. Bermula pemerintahan Islam di bumi Iraq pada masa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddiq.
5. Pembukaan Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al Ayubi setelah menewaskan tentera Salib pada tahun 583 H

6. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanayol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalus telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H

No comments: