Sunday, April 01, 2007

Nasab

Keturunan Nabi s.a.w sebelah ayahnya ; Abdullah bin Abdul Muttalib( Shaiba) bin Hasyim( Amr / Banu Hashim ) bin Abdul Manaf( Al Mughira ) bin Qusaiy( Zaid ) bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr (Al Quraish) bin Kinana bin Khuzayma bin Mudrika bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Muad bin Adnan .......bin Ismail bin Ibrahim a.s.
Keturunan Nabi s.a.w sebelah ibunya ; Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab ..... bin Ismail bin Ibrahim a.s.

Keturunan Nabi s.a.w dari pihak ayah dan ibunya bertemu pada keturunan Kilab

Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul yang menjadi ikutan seluruh umat Islam. Dia membawa tauladan dan pengajaran yang diwahyukan kepadanya, tidak dapat dibandingkan apalagi disamakan dengan peribadi dan falsafah manusia lain. Rasulullah s.a.w membawa ajaran Ilahi bagi membimbing hidup manusia lahir dan batin bagi menyelamatkan mereka dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w juga adalah pembawa rahmat bagi seluruh alam, manusia, haiwan, tumbuhan dan seluruh jagat. Umat Islam tidak perlu menimba contoh tauladan dari mana-mana tokoh atau ahli falsafah Yunani dan Rom, kerana pada diri Rasulullah s.a.w telah lengkap segala macam kebaikan dan kepimpinan.

No comments: