Friday, March 30, 2007

Maulid


Telah diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum Subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah S.A.W. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari qiamat?" Jawab Rasulullah S.A.W.: "Orang yang bakhil" Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil?" Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku"
• Bersempena dengan ketibaan hari kelahiran baginda ini, saya mengingatkan semua dan juga diri saya sendiri, marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W,semoga kita semua memperoleh syafaat baginda di Akhirat kelak,insyaAllah

No comments: