Tuesday, March 20, 2007

Keluarga PASTI

KELUARGA PASTI

Mohd Suffian Mohd Nor, seorang peniaga dari Gombak adalah di antara yang turut hadir di Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik sempena Seminar Pengurusan PASTI 2007 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu BRI. Beliau datang bersama isterinya Deza Hasyim serta empat orang anak-anaknya bagi meraikan seorang anaknya, Mohd Rahmuni Shazani yang mendapat anugerah pelajar terbaik Selangor.
Mohd Rahmuni adalah bekas pelajar PASTI Ehsan, Gombak . Dia mula belajar di PASTI sejak umur 5 tahun dan menamatkannya pada usia 6 tahun. Beliau sekarang belajar di tahun satu Sek. Ren. Keb. Sri Gombak 2. Mohd Rahmuni bercita-cita menjadi Ustaz

Semua anak-anak Mohd Suffian adalah pelajar PASTI Ehsan. Eqlima Ernie Suliza adalah anak sulungnya yang sedang belajar di tahun 4 Sek. Ren. Keb. Sri Gombak. Eqlima menjadi pelajar terbaik di sekolahnya selama tiga tahun berturut-turut, iaitu di tahun satu, dua dan tiga. Manakala Mohd Rahmuni Shahmi pula adalah pelajar terbaik tahun satu 2006. Shahmi sekarang belajar di tahun 2 Sek. Ren. Keb. Sri Gombak 2.
Mohd Sufian tetap memilih PASTI sebagai sekolah pertama anaknya yang sekarang berusia lima tahun iaitu Mohd Rahmuni Shahin.

Tiada sebab lain bagi Mohd Suffian memilih PASTI melainkan kerana dasar pendidikan Islam yang menjadi prinsip PASTI. Beliau menetapkan azamnya akan terus bersama dengan PASTI jika Allah masih mengurniakan anak-anak.
Di samping menghantar anak-anaknya ke PASTI, beliau juga bergerak aktif bersama –sama dengan jemaah Islam yang berjuang untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Mereka sekarang menetap di Taman Pinggiran Batu Caves Selangor. Semoga Allah memberkati keluarga Mohd Suffian.

No comments: