Tuesday, March 27, 2007

Joohnoo

SURAT ANAK ALTANTUYA SHAARIIBUU KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Ini adalah surat yang ditulis oleh Joohnoo anak sulung Altantuya, berusia sembilan tahun. Surat itu telah diterjemahkan oleh satu pertubuhan NGO di Ulambatoo, Mongolia. Surat itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Orang panggil saya “Joohnoo”. Semasa saya kecil, badan saya memang amat kecil sehinggakan ibu memanggil saya dengan nama “Joohnoo”. Ibu saya pun berbadan kecil juga, tetapi dia memang pintar dan bergeliga. Memang dia lebih dari seorang wanita biasa.
Kepada abang dan kakak, kepada Polis Malaysia dan Kepada Baginda.. Kepada mereka yang pernah melihat ibu saya, bagaimanakah mereka tergamak membunuh ibu saya yang berbadan kecil itu? Apakah mereka tidak terfikirkan benda lain semasa mereka membunuh ibu saya? Apakah anda sekalian tidak mempunyai seorang ibu, kakak ataupun adik perempuan?
Saya bersekolah, sambil menjaga adik yang sakit dan menunggu kepulangan ibu. Adik saya yang kecil dan sakit tetapi boleh bercakap. Dia kerap bertanya bila ibu akan pulang? Dia pergi terlalu jauh dari kita, bila dia akan pulang? Siapakah nanti yang akan saya dakap dan cium pada Tahun Baru? Kepada siapakah nanti saya boleh memberikan hadiah bunga? Setiap kali rakan sedarjah bercakap mengenai ibu-ibu mereka, saya dapat rasakan air mata menitis di pipi. Walaupun saya kecil saya juga mempunyai perasaan.

Datuk saya pulang dari negara anda, dia berkata ibu telah mati kerana keracunan makanan. Tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepadanya daripada media dan surat khabar. Saya selalu mencium gambar ibu dan mengasihinya dalam jiwa raga. Saya sedih melihatkan nenek yang sering menangis, membaca Kitab Sutra Budha dan menyalakan lilin di hadapan gambar ibu saya. Kadangkala, ada wanita lain yang wajahnya menyerupai ibu saya semasa saya berjalan-jalan.
Siapakah gerangan orang Malaysia yang telah membunuh ibu saya dan menjadikan saya bersama adik saya menjadi yatim piatu selama-lamanya. Kami perlukan lebih banyak wang sekarang ini untuk keperluan perubatan adik saya!Saya berharap akan ada rakyat, hakim dan pemimpin Malaysia yang baik hati. Saya berharap mereka akan bantu saya dan adik saya yang sakit. Tolonglah siarkan surat terbuka saya dalam akhbar anda.

Daripada :Anak sulung Altantuya, “Joohnoo” dan adiknya , Mungunshagai.

NOTA ;

  • Mungunshagai menghadapi masalah tidak dapat berjalan sejak dilahirkan. Dia hanya mampu mengensot dengan menggunakan tangannya .
  • Joohnoo dalam bahasa Mongolia bermaksud kecil.
  • Altantuya bukannya seorang model sebagaimana selalu disiarkan dalam akhbar dan laman internet pada peringkat awal kes ini. Gambar wanita yang mempunyai wajah mirip Altantuya itu ialah seorang penyanyi dan model Korea bernama Unee

No comments: