INNER MONGOLIA
Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam
Pusat asuhan kanak-kanak Islam Miao Miao di Xian adalah antara pusat asuhan yang terkenal di Xian dan dibiayai dengan dana sendiri. Mata pelajaran bahasa Arab adalah di antara yang diajar disini.
Pada September 1997 satu pusat asuhan untuk anak-anak yatim dan miskin telah ditubuhkan. Satu keluarga Islam di Xian telah bersetuju medidik mereka di rumahnya sendiri
Pada Disember 1999. Pusat kanak-kanak Islam telah ditubuhkan di Hothot bandar utama Inner Mongolia. Tujuan ditubuhkan pusat asuhan ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak belajar dengan betul dan menanam asas-asas prinsip Islam. Yuran pusat asuhan ini USD15. , bagi keluarga yang tidak mampu dikecualikan.
Pada September 2000, satu pusat pendidikan telah ditubuhkan di kawasan pergunungan pendalaman Xian, wilayah Shaanxi. Terdapat satu perkampungan kecil petani Islam yang tinggal di gua-gua dan rumah yang diperbuat daripada lumpur. Kebanyakan mereka adalah tidak berpendidikan dan buta huruf termasuk anak-anak mereka. Bandar yang paling hampir dengan kampong mereka ialah Baoji , (300 km dari kampong mereka). Hanya segelintir daripada anak-anak mereka dihantar kesekolah rendah daerah. Pusat pendidikan ini bukan sahaja mengajar kanak-kanak bahkan juga orang dewasa.
Guru-guru
Selama dua tahun , seorang guru Ms Betty Tsui telah dibayar untuk mengajar Bahasa Inggeris dua kali semin ggu di sebuah Madrasah di Inner Mongolia. Selepas satu tahun mengajar dan bergaul dengan pelajar di madrasah dia tersentuh hati dengan pengajaran Islam melalui pergaulan dan pengamatan. Dan akhirnya dia memeluk Islam.
Dia menyatakan sebelum Islam dia adalah seorang sangat mementingkan diri sendiri , tapi sekarang Islam mengajarnya dan membuka minda lebih luas melihat kehidupan. “Sekarang saya menjadi orang yang suka membantu dan tidak lagi mementingkan diri sendiri. Saya gembira menemui agama Islam yang indah ini”.
Sumber : Silaturahim Tour
No comments:
Post a Comment