remaja dan hiburan
RAMAI REMAJA INGIN JADI PENYANYI
Sejak kebelakangan ini, ramai remaja Melayu teringin giler nak jadi artis. Mana yang ada suara sikit –sikit masuk screen test pelbagai program hiburan reality seperti AF , Mentor, Malaysian Idol dan entah apa–apa lagi. Bukan saja remaja, ada pak cik umur lebih 40 an tahun pun masuk screen test di Terengganu. Mana-mana yang rasa tak ada suara berebut–rebut pula hantar sms undi penyanyi yang diminati. Kalau ditanya kepada remaja dan pelajar menengah tentang cita-cita mereka , menjadi penyanyi atau artis adalah pilihan yang sebaris dengan guru, doktor engineer dll bidang profesional teknikal.
Tumpuan
Topik artis mana yang menang , peserta mana yang akan terkeluar, artis mana yang nak kahwin dan bercerai merupakan tajuk utama yang dibincangkan oleh remaja hari ini . Sikap sebegini mejadikan remaja kita lemah dan tiada kekuatan jiwa, ilmu dan pegangan . Tidak ramai remaja yang mempunyai kesedaran terhadap perkara yang serius , bahkan perkara yang sangat rapat dengan remaja iaitu pelajaran pun tidak diberi perhatian yang besar.
Agama
Remaja sekarang semakin jauh dari agama kerana mereka terpana dengan dunia hiburan melulu yang langsung tidak membangunkan jiwa dan minda apatah lagi aqidah . Lihatlah di masjid dan surau , berapa ramai remaja yang hadir. Sudah tentu ini menjauhkan remaja dari ilmu Islam. Kenyataan penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, pada bulan Mei tahun lepas, bahawa 51,000 (34%) daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga tahun enam tidak tahu bilangan rakaat sembahyang fardu (ertinya mereka tidak tahu sembahyang). Kalau ditanya perkara-perkara asas yang lain dalam ibadat sembahyang, mungkin angka itu akan menjadi lebih besar. Sementara itu kajian yang dilakukan oleh UKM baru-baru ini mendapati 886 daripada 887 pelajar bermasaalah mengaku pernah melakukan hubungan sek. Ini memberi gambaran dan amaran kepada kita tentang corak generasi akan datang
Kemana hala tuju remaja kita masakini. Gejala yang merosakan remaja semakin parah. Masaalah murtad, jahil agama, dadah, rempit, gejala sosial , zina, black metal dan banyak lagi menjadi barah yang semakin merebak.
Ibubapa
Turut menggilakan lagi kegilaan remaja terhadap hiburan dan artis ialah sikap dan sokongan ibubapa sendiri. Ada ibubapa yang sampai hendak menyaman pihak pengajur program hiburan reality kerana merasakan tidak adil anaknya tersingkir daripada mara kepusingan seterusnya. Ada yang marah-marah dan ramai yang menangis apabila anak mereka tewas. Sudah tentu habis sekeluarga dan sekampung mereka memberi undi untuk memenangkan anak remaja mereka. Seorang ayah kepada finalis AF mengaku secara terbuka, sanggup berhutang ribuan ringgit untuk berkempen (undi sms) supaya anaknya menang.
Ada ibu bapa yang mengharapkan anaknya menumpukan kepada pelajaran dan tidak gemar anaknya terlibat dalam dunia hiburan melulu hanya mampu mendiamkan diri sahaja.
Media massa
Penyumbang utama kepada kegilaan remaja terhadap hiburan melulu ialah pihak media massa, samaada cetak atau elektronik. Rancangan hiburan dalam dan luar negara mendapat liputan meluas dan mempunyai kolom tersendiri di dada akhbar. Berita artis dan seleberiti dipersembahkan dengan begitu menarik sekali . Pelbagai jenis majalah hiburan boleh didapati hampir di setiap bandar dan kampung. Remaja disogokkan dengan gambaran hidup artis penuh kecerian, glamour dan serba mewah. Ini semua mencuri tumpuan remaja dalam kehidupan mereka. Bagaimana mungkin remaja boleh menumpukan kepada perkara yang lebik bermakna dan bermanfaat untuk berjaya dalam kehidupan.
Media TV dengan pelbagai saluran , semua nya menobatkan rancangan hiburan sebagai rancangan mesti tonton. Syarikat –syarikat telekomunikasi, Maxis , Celcom dan sebagainya begitu ghairah sekali menaja rancangan hiburan reality sekaligus mengaut untung besar. Remaja Melayu Islamlah yang menjadi sasaran pelanggan mereka, samaada peserta maupun penonton .Media TV , swasta dan kerajaan serta syarikat telekomunikasi tidak peduli langsung apa kesan kepada remaja , apa yang penting kepada mereka ialah keuntungan.
Para ulama, ustaz, pensyarah, guru pendakwah dan ibubapa yang mempunyai kesedaran berhempas pulas mendidik remaja agar menjadi seorang insan yang soleh, mempunyai jati diri, wibawa dan seimbang . Tetapi pengaruh hiburan TV sangat besar kepada remaja untuk ditongkah oleh para pendidik.
Masyarakat
Masyarakat pula seperti terpaksa menerima bahawa hiburan musik melulu adalah elemen baru dalam kehidupan setelah diasak hebat oleh media massa. Artis disanjung dan dimuliakan . Mereka sanggup membayar harga ribuan ringgit untuk menjemput artis ke tempat mereka. Ada artis yang dibayar lebih daripada RM 10,000 hanya untuk satu pertunjukkan. Seluruh masyarakat Felda Johor bahkan Felda seluruh negara turut berbangga kerana seorang anak peneroka menjadi juara AF yang lalu. Mereka menyabutnya seperti seorang wira berbanding dengan seorang remaja Felda yang pulang dengan segulung ijazah tidak dipedulikan. Itulah mentaliti masyarakat hari ini.
Pemimpin
Pemimpin negara turut terlibat dalam menggalakkan remaja dan masyarakat terus tenggelam khayal dalam hiburan melulu. Perdana Menteri sendiri turut hadir dalam anugerah filem Bollywood GIFA pada tahun lepas di Genting Highland. Program itu juga dikatakan dilobi dan dinaungi oleh isteri seorang menteri kabinet . Seorang raja turut mencemar duli memberi pujian dan hadiah apabila seorang rakyat negerinya menjadi juara AF.
Dan lebih memalukan ialah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kawasan Marang membahagikan kad prepaid bernilai RM 80,000.00 kepada remaja Marang bagi mengundi finalist AF dari Marang supaya menang. Setelah beliau menjadi juara terus dilantik menjadi duta belia kerajaan negeri Terengganu. Itulah pemikiran pemimpin yang menganggap dunia remaja hanyalah hiburan.
Menteri Pelancongan pernah mencadangkan supaya kelab malam dilanjutkan waktu operasi hingga 4,00 pagi.
Kalau begini mentaliti pemimpin maka rakyat dan remaja apatah lagi. Kata hukama, “ Rakyat di atas agama (cara hidup ) raja-raja (pemimpin )mereka”
Mau kemana remaja kita ?
No comments:
Post a Comment