Saturday, October 14, 2006

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Seramai 57,194 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh negara akan menduduki peperiksaan akhir tahun bermula 16 Oktober 2006. Peperiksaan ini akan berlangsung selama 4 hari dan berakhir pada 19 Oktober 2006. Sebanyak lapan subjek akan dijawab oleh pelajar-pelajar 6 tahun, manakala pelajar 5 tahun akan menjawab tujuh kertas soalan. Subjek-subjek tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Sains Sosial, Jawi, Keperibadian Muslim dan Al Quran.
Semua format soalan disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan PASTI Pusat. PASTI mengamalkan kurikulum, buku teks dan peperiksaan secara berpusat bagi mengujudkan penyelarasan, keseragaman dan standard penilaian yang setara.
PASTI akan bercuti Hari Raya Aidilfitri bermula 20 / 21 Okt. 2006 hingga 27 / 28 Okt. 2006. Kelas akan bermula pada 29 / 30 Okt. 2006 bagi menghabiskan sesi pengajian penggal kedua 2006. PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2007 SEDANG DIBUKA SEKARANG.
Pelajar-pelajar PASTI Gong Pasir sedang tekun menjawab soalan

1 comment:

hatiku said...

periksa betul-betul. selamat berjaya