Thursday, July 16, 2009

Apasal La Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang.
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang.
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang.
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang.
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Ingat masih muda remaja, lambat padam ?
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang .
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang.
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Main bola aku sanggup sampai petang.
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque.
Tengok tv & internet berjam-jam.
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang …

Apasal la aku malas sembahyang.
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam.
Negara pun dah merdeka, terbilang.
Berkawan malam dan siang.
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Aku kena ingat, umur makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang.
Pagi kita sihat, petang boleh kejang.
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa neraka aku tak terbayang.
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!
Apasal la aku malas sembahyang

Kembara Jalanan
edited by tunas

2 comments:

omaQ said...

askum... salam pekenalan.. blog awak menarik.. saya brminat penuh dengan fikrah.. boleh saya ambik mana mana info taruk dalam web saya?

www.omaQ.org

kalau ada benda nak dikongsi mail saya miloki@gmail.com

tunas said...

Salam, omaq.
boleh diambil dan terima kasih kerana tolong sebarkan.