Tuesday, December 18, 2007

Pelik Tapi Benar ; Pinggan Mangkuk Tidak Halal

Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua.
Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay’. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.

Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit. Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif.

Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal. Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memengang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu.

Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
Next time kena berhati2 kalau makan kat hotel or resort yg nampak pinggan dia mcm class jer tu….????
p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan "Bone China", sila lihat definasinya;

Bone China; The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at hightemperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highestquality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England


e-mail dari juhaida husin diambil dari article mymasjid.com

4 comments:

NUR IZZATI ZULKIFLY said...
This comment has been removed by the author.
NUR IZZATI ZULKIFLY said...

Assalamualaikum, sy memang sedang berusaha mencari jawapan tntang status fine china bone sebab byk dinnerware mcm royal doulton, royal albert semuanya diperbuat oleh fine china bone.

ada pendapat yang mengatakan fine china bone is permissible utk kegunaan muslim, sebab tulang bab tu dh dproses melalui proses chemical dan telah berubah sifat and it is no longer najis, n that makes it halal to be used. but i still have doubt on that.

setakat ni mana2 sumber yg mngatakan fine bone china adalah halal, apabila diorg provide reason why it is halal, compared to those yg kata fine bone china ni adalah haram, kerana die tu buat dr babi.

sy setuju dgn awak, biarlah pakai pinggan murah asalkan berkat:

Ibn Kassim said...

Pinggan mangkuk bone china, termasuk Royal Albert dan Royal Dalton etc dibuat daripada campuran tulang LEMBU kerana tulang babi dan kambing tidak sesuai. Keburukan bone china ini ia kemungkinan boleh retak dan pecah sendiri apabila disimpan terlalu lama. Tidak semua yang pecah, sebijik dua sahaja, ikut nasiblah. Saya sendiri banyak menyimpan Royal Albert dan Athena buatan Paragon sudah 27 tahun sebagai hiasan dan 3 biji dah pecah dalam almari, dapat tahu bila nak membersihkannya. Kawan saya juga bone chinanya ada yang pecah. "The production of bone china is similar to porcelain, except more care is needed because of its lower plasticity and a narrower vitrification range. The traditional formulation for bone china is about 25% kaolin, 25% Cornish stone and 50% bone ash.[11] The bone ash that is used in bone china is made from cattle bones that have a lower iron content. These bones are crushed before being degelatinised and then calcined at up to 1250 °C to produce bone ash.[12] The ash is milled to a fine particle size.[13] "

Ibn Kassim said...

Royal Albert dan Royal Daulton telah membuka kilang yang terbesar di Indonesia. Begitu juga pembuat tembikar bone china dari Jepun yang mengekspot barangan mereka buatan Indonesia.