Monday, June 15, 2009

Pesta Sukan PASTI Kawasan Dungun

Perkarangan Masjid Sura Lama sekali lagi dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan tahunan PASTI Kawasan Dungun antaranya bolasepak, bolajaring dan sukaneka pada 23 Mei 2009.

Latihan selama 2 bulan, akhirnya membuahkan hasil apabila PASTI Dun Sura dinobatkan Juara Bolasepak dan Bolajaring Sukan PASTI Kawasan Dungun pada 23 Mei baru-baru ini.
Dun Sura ditentang hebat oleh Dun Bukit Besi dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan kemenangan 2 - 1.

Lebih manis lagi ianya sebagai hadiah istimewa buat Ketua Jurulatih Bolasepak PASTI Dun Sura, Tg Wahiazizie @ Wahi yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama.

PASTI Dun Sura Vs PASTI DUN Rantau Abang


PASTI DUN Sura & PASTI DUN Bukit Besi bergambar sebelum perlawanan akhir



Perlawanan akhir

Pasukan bola sepak PASTI DUN Sura bersama jurulatih Tg. Wahiazizie, beberapa minit sebelum majlis walimatul urus.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.