Hadis Palsu Dalam Buku Teks PASTI
Berikut adalah pandangan Al Muqry sebagaimana yang ditulis dalam blognya
http://al-muqry.blogspot.com/2009/10/hadis-palsu-dalam-buku-teks-pasti.html
(BAB CINTAKAN TANAHAIR)
Disebut dalam buku teks pasti PELAJARAN AL-QURAN tahap 2 (6 tahun), Ms 37 :
(" Hadis ketiga CINTAKAN TANAHAIR
حب الوطن من الإيمان
Maksudnya " Cintailah tanahair itu sebagian daripada Iman" )
Begitulah apa yang disebut di dalam buku tersebut. Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan malahan dhaif pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan kedalam silibus anak-anak kita.
Syeikh Al-Muhaddith Ismail Al-Ajluny (wafat tahun 1162 h) di dalam "Kasyful Khafa' " (Jilid 1 MS 345) menukilkan kata-kata ulama hadis berkaitan dengannya:
1) Imam As Shoghoni (salah seorang ulama yg mengarang khusus tentang hadis palsu) menghukmnya PALSU,
2) Imam As-Sakhawi di dalam kitabnya "Al-Maqasid (Al-Hasanah) menyatakan: Aku tidak berjumpa dengannya, tetapi maksudnya betul
3) Imam (Mulla Ali) Al-Qary menolak dakwaan As –Sakhawi tentang "maksudnya betul" bahawa tidak ada 'talazum' (kaitan yang kuat) di antara cintakan tanahair dan Iman, kerana ada ayat yang menyatakan bahawa Allah mencela orang-orang munafiq kerana tidak keluar berjihad disebabkan KASIHNYA KEPADA TANAHAIR.
Hadis ini juga disebut di dalam kitab "Tahzirul Muslimin Minal Ahadith Al-Maudhuah 'Ala Sayyidil Mursalin" (Peringatan kepada muslimin daripada hadis-hadis dipalsukan kepada Penghulu Rasul) karangan Syeikh Muhammad bin Al-Basyir Zhofir Al-Azhary (meninggal 1329 h) (MS 133, Hadis No: 116)
Kesimpulan:
1. Hadis ini memang jelas KEPALSUANNYA, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya.
2. Hadis PALSU tidak boleh (HARAM) diriwayatkan atau diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya.
Cadangan:
Pihak yang bertanggungjawab menyusun silibus PASTI perlu membuat penelitian semula dan penambahbaikan di dalam buku-buku teks, supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang (ana yakin ramai pakar-pakar ada di dalamnya)
Ust Khairul Azmi Al-Muqry
3 comments:
KOYAN said...
setuju sangat tuh syekh..saya ada gak buat kajian dalam buku kanak2 tentang israiliyat.. mmg didapati banyak fakta yang menyeleweng dengan al-quran....
al muari said...
elok kalau ustaz dapat panjangkan/usulkan hal ini kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kerana PASTI adalah di bawah tanggungjawab DPPP.
Perihal hadis PALSU adalah sangat serius dan kita sebagai orang yang mendokong perjuangan Islam tidak mahu anak2 dididik dengan hadis yang tiada sabit drpd Rasulullah SAW.
Ayiem said...
Perkara sebegini sepatutnya disemak dengan teliti oleh PASTI Pusat..
Sebelum buku-buku tersebut diluluskan untuk edaran kepada PASTI Negeri dan Kawasan-kawasan sepatutnya PASTI Pusat memastikan dengan sehabis teliti supaya perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku...
No comments:
Post a Comment