Sunday, May 04, 2008

Sukan PASTI Kawasan Dungun

Sukan PASTI Kawasan Dungun telah diadakan pada 3 Mei 2008 di perkarangan Masjid Sura.Lama. Sebanyak 8 acara sukaneka pelajar lelaki dan pelajar perempuan dipertandingankan. DUN Paka telah memenangi acara Rakit Darat, Lari Dalam Guni, dan Isi Air Dalam Botol bagi pelajar lelaki . Manakala DUN Sura telah memenangi acara Kasut Gergasi, Belon Misteri dan Lari Berganti-Ganti. Acara Upih F1 telah dimenangi oleh Bukit Besi dan Rantau Abang telah memenangi acara Baling bola.

Bagi acara pelajar perempuan pula, DUN Sura telah memenangi 5 daripada 8 acara; iaitu Bawa Bola Dalam Sudu, Kasut Gergasi, Upih F1, Isi Air Dalam Botol dan Lari Berganti-Ganti. Dun Paka Telah memenangi acara Belon Misteri, Baling Bola dan Lari Dalam Guni

Acara sukan teras iaitu bola sepak dan bola jaring, kedua-duanya telah dijuarai oleh DUN Paka , diikuti oleh DUN Sura sebagai naib johan , tempat ketiga DUN Bukit Besi dan tempat keempat DUN Rantau Abang.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh DUN Sura dengan 540 mata dan diikuti oleh DUN Paka 480 mata, DUN B. Besi 430 mata dan DUN Rantau Abang 330 mata.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ust Azman Shapawi Abd Rani , Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.





1 comment:

irdhi_hayati said...

gambar x de cikgu?