Saturday, August 21, 2010

Ramadhan di Pakistan


TAROO JABBA, Pakistan. August 11 – Pada bulan Ramadhan tahun ini, Nazia dan suaminya Sheraz, seorang tukang masak , hampa dalam mencari keperluan untuk bulan Ramadhan . Mereka hilang rumah dan kedai makan mereka dalam banjir besar yang melanda Pakistan awal Ogos menjelang Ramadhan. Banjir terbesar sejak 80 tahun , dan menenggelamkan 1/5 bumi Pakistan disebelah barat laut.

Sekarang keluarga ini tiada makanan untuk berbuka puasa. Kawan-kawan dan jirannya dahulu di wilayah Khyber Pakthunkhawa yang sentiasa tolong menolong telah hilang entah kemana. Banjir ini bukan sahaja memusnahkan masyarakat kampungnya bahkan cara hidup mereka.

"Kami tidak kaya," kata Sheraz, sambil berehat di sebelah isterinya Nazia dibawah teduhan pokok tepi jalan di Taroo Jabba, pekan kecil di pinggir Peshawar. "Tapi kami ada rumah sendiri – rumah dibuat dari tanah."

"Saya tidak dapat bayangkan yang satu hari kami terpaksa tinggal ditepi jalan."

"Ramadan adalah bulan semangat untuk berkongsi," Nazia menerangkan dalam kesedihan. "Dahulu jiran-jiran kami akan bertukar-tukar makanan sekalipun kami memasak sedikit makan yang paling ringkas untuk berbuka puasa. Tetapi sekarang mereka semua telah tiada . Mereka tinggal di khemah atau dengan saudara-mara di tempat yang jauh entah di mana"

Nazia masih trauma dengan kejadian banjir dan kehilangan rumah: "Saya terkejut di tengah malam kerana pekikan orang ramai," dia menceritakan. "Saya mencapai anak-anak saya dan tinggalkan rumah. Adalah sangat sukar berjalan di tengah malam yang gelap dan mengharungi air separas dada. Dalam arus yang deras itu terasa ada orang menolak saya dengan kuat untuk melawan arus. Saya seperti hilang upaya dan terasa hampir hanyut bersama anak –anak saya" Alhamdulillah, suaminya membantu dan memebawanya ketempat yang lebih tinggi.

Di seluruh Pakistan, jutaan ( lebih 10 juta ) mangsa banjir yang terselamat menghadapi masaalah ketiadaan makanan dan air bersih untuk minum. Mereka berpuasa tetapi hampir tidak mampu untuk berbuka- tiada makanan. Mereka bersembahyang dan sujud di atas lumpur separas buku lali. Ditambah lagi sebahagian mereka mengalami tekanan ketiadaan tempat tinggal dan makanan untuk keluarga. Demikian menurut lapuran seorang sukarelawan perubatan.

Sebahagian mereka bernasib baik. Abdul Karim 35, sebagai contoh, ayah kepada empat orang anak tinggal di kem mangsa banjir mendapat bekalan makanan untuk berbuka puasa setiap hari. Ramadan iftar mengandungi tea, beras, gula, garam, kurma, rempah, juice dan tepung susu , gandum untuk roti dan pakora. Ini adalah sebahagian dari 20,000 yang diagihkan oleh UNHCR dan didermakan oleh Arab Saudi kepada tiga kem – Jalozai, Togh Sarai, dan Kem Benazir Complex dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa .

BANJIR PAKISTAN MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

No comments: