Thursday, June 28, 2007

Pesta Sukan Kebangsaan

Pesta Sukan Pasti Kebangsaan Jumaat ini
KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) – Seramai 378 anak-anak berumur empat hingga enam tahun daripada 14 negeri akan beraksi dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring di Padang Perdana Jumaat dan Sabtu ini.
Mereka merupakan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) akan beraksi dalam sukan terbabit, yang turut melibatkan penyertaan dari Sabah dan Sarawak. Sukan tersebut kali ketiga diadakan.
Setiausaha Jabatan Pasti Kelantan, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, Pasti negeri ini diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran pesta tahun ini.
“Matlamat penganjurannya bagi merapatkan ukhuwwah sesama warga Pasti selain memberi pendidikan dan pendedahan kepada pelajar bersukan menurut Islam terutama aspek berpakaian menutup aurat,” kata di sini.
Menurutnya hanya Pasti yang mempelopori pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring kepada pelajar prasekolah berumur enam tahun dan ke bawah, peringkat kebangsaan.
Perasmian pembukaan pesta sukan Pasti akan disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood pada 29 Jun, jam 3 petang di Padang Perdana.
Manakala majlis penutup serta penyampaian hadiah akan dilakukan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sallahuddin Ayub, keesokan harinya.
Kali pertama sukan Pasti dianjurkan pada 2005 di Kedah, kali kedua tahun lalu di Johor. Bagi acara tahun lepas Pasti Melaka menjuarai bola sepak dan Kelantan di tempat kedua.
Mohamad Nuri juga berkata pada 29 Jun juga akan berlangsung sambutan Hari Guru Pasti Malaysia 2007 bertempat di Dewan Kenanga, Hotel Raudhah, Kota Bharu.
Program itu akan dirasmi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah.
“Sambutan Hari Guru Pasti diadakan sebagai menghargai jasa warga pendidik kelas Pasti di seluruh negara dan menyuntik motivasi kepada mereka,” ujarnya.
Tema Hari Guru Pasti kali ini iaitu ‘Guru Pendidik Sepanjang Zaman’. Beliau juga berharap orang ramai bersama memeriahkan acara sukan Pasti tersebut. - mj

7 comments:

Reen said...
This comment has been removed by the author.
aniza said...

salamzz

kami suami isteri ingin mancari baby perempuan yang sihat untuk dijadikan anak angkat...sesiapa yang ada maklumat sila hubungi saya 013 3554935.tk

Anonymous said...

salam...saya seorang gadis berusia 26 tahun, bekerja di bank. Saya ingin kan seorang anak angkat memandangkan saya amat kepingin untuk mempunyai anak. Jodoh masih belum tiada, malah saya juga sering dikecewakan, tetapi saya juga wanita biasa yang inginkan sebuah kehidupan sempurna. Mungkin bukan takdir saya untuk hidup berpasangan namun saya ingin mencari seorang pewaris. Saya mencari bayi perempuan @ lelaki yang sihat tubuh badan yang ingin diserahkan kepada saya untuk menjaganya dan memberikan pendidikan terbaik buatnya. Sekiranya ada sesiapa yang mahu memberikannya pada saya, harap sudi hubungi nadia di talian 013-7497433 atau 019-7647236. Juga boleh hubungi saya melalui email geniusgirl001@yahoo.com. terima kasih.

AAUDB said...

Salam, kepada anda yang perlukan perlindungan dan ibu bapa angkat kepada bayi yang anda tidak mahu jaga sendiri, sila emailkan pada saya aaudb@yahoo.com

Insyallah, saya akan bantu apa yang termampu bagi memastikan bayi yang tidak meminta lahir kedunia itu terbela nasibnya.

Mawar said...

Salam.
saya ingin mencari baby lelaki untuk dijadikan anak angkat. jika tiada, baby perempuan pun saya terima dengan rasa kesyukuran. hubungi saya 017-4900657. terima kasih.

Unknown said...

ASSALAM SAYA DAH BERKAHWIN SELAMA 15 TAHUN TAPI TAK ADA ANAK, SILA HUBUNGI SAYA 016 4315984, O10 5082678, JIKA SESIAPA SANGGUP BAGI SAYAKAN ANAK SEBAGAI ANAK ANGKAT, SAYA SEORANG GURU, TERIMA KASIH

azli ali said...

As Salam.. Saya azli, seorang guru, lokasi Perak. Kami suami isteri ingin mencari anak angkat jantina perempuan berumur 1-5 tahun. Boleh wass app saya, 011-52841565 atau sms 019-5037452