Monday, June 18, 2007

Tudung Penutup Diri, Malu Pelindung Hati

Tidak seperti sekitar 12 tahun yang lalu (penulis berusia 12 tahun ketika itu), kebanyakan (baca majoriti) wanita bertudung begitu terjaga penampilan dirinya. Tidak kira samada dari segi pergaulan, tingkah laku mahupun akhlak. Biasanya wanita bertudung dikaitankan dengan baik pekerti, tauladan yang mulia, namun sayang sekali imej wanita bertudung kini sudah pun tercemar. Bukan sahaja tudung tidak dikaitkan dengan dakwah, malah tudung dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan negatif seperti pergaulan bebas, merokok mahupun berzina. Jika hendak dikatakan sebagai fitnah, realitinya sudah jelas terpampang di depan mata.

Sering terjadi wanita yang bertudung, tetapi belum menutup aurat… (dengan t-shirt sendat, jeans ketat). Bukan hendak mengada-ngadakan cerita, tetapi aksi mereka ini sudah dirakamkan dan disebarkan dalam media cetak dan elektronik. Hinggakan akibat perbuatan itu, ada orang mencemuh, “Kalau macam tu, lebih baik tidak memakai tudung. Tidak hipokrit!”
Dua Yang Berbeza. Jika hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga. Sepatutnya, tudung mampu menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen dalaman seperti iman, keyakinan dan seumpamanya dijaga. Walau bagaimanapun, harus diingat, menjaga elemen dalaman bukan alasan untuk membuka tudung. Kononnya menjaga hati. Aurat tetap wajib ditutup.Pakai tudung dan tutup aurat adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang menutup aurat, sudah tentu bertudung, tetapi yang bertudung belum tentu menutup aurat. Ramai yang bertudung tetapi belum menutup aurat. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak. Tapi, jika sekadar memakai tudung sahaja – niat, falsafah dan tujuannya lain. Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya mengikut trend atau menutup menutup kekurangan muka dan rambut.
Firman Allah Taala..." Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikin itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal. Mudah-mudahan dengan itu, mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun..." al-Ahzab 59.
Salahkah bertudung hendak cantik? Bukankah Islam itu indah? Memang tidak salah, tetapi itu bukanlah tujuan utama menutup aurat. Tujuan utama menutup aurat adalah kerana perintah Allah. Dibuat atas dasar iman. Kemudian dibuat dengan menepati kaedah syariat. Mana yang patut ditutup, mesti ditutup. Labuh dan singkatnya semua mengikut piawaian syariat. Dengan itu, barulah terbangun akhlak pada wanita yang menutup aurat. Dan ketika itu, barulah ia selamat dan menyelamatkan.Dia tidak akan diganggu ataupun mengganggu.

Sumber : Titian Perjalanan

5 comments:

him yim said...

Salam.....

him yim said...

sy ingin mncari bby yg bakal lahir yg da lahir lg ok...peknen pun ok...
sy akn jge smpai hbs pantang serta sagu ht..wasap 0132502423

him yim said...

Sy ingin mncr bby yg bru lahir yg da lahir pun ok...peknen pun xpe
sy akn jge smpai hbs pntang serta sagu hati...wasap sy 0132502523 puan lynna....

Fiey said...

As salam.. sy mencari bby yg bru lahir o bakal lahir x kisah jantina n taraf. Brg2 bby dh d sediakn.. ubt berpantang sy akn belikn.. sy cikgu n suami keje sbg MA d hospital.. yg serius watsapp sy 0143996083..

Yuyun LK said...

sy sedang hamil , status anak tidak sah taraf (blm berkahwin) kandungan hampir 6 bulan , sy tinggal di klang , berumur 28 tahun . sy  tak mahu bayi yang bakal lahir ni atas sebab2 tertentu . blh hubungi sy anjerayyan@gmail.com