Sunday, January 27, 2008

Penduduk Gaza Serbu Mesir

Gaza merupakan umpama penjara terbesar di dunia. Semua sempadan masuk – keluar ditutup dari dunia luar dan di kawal oleh Israel . Akhir nya penduduk Palestine tidak dapat menahan kekecewaan mereka. Pada malam 23 Jan 2008 dua letupan meruntuhkan benteng tinggi koncrit Yahudi di Rafah yang memenjarakan mereka dari sempadan Mesir Ribuan penduduk Palestine melintasan sempadan Rafah dan memasuki Mesir bagi membeli segala keperluan mereka termasuk kambing dan ternakan lain.. Bukan itu sahaja bahkan mereka merasakan seolah-olah baru terlepas dari penjara yang panjang masanya. Kerajaan Hamas mengawal selia bagi mempastikan perjalan keluar masuk Gaza-Mesir berjalan lancar.

Peniaga Mesir di Rafah menyaksikan satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, penduduk Palestine mengerumuni semua kedai –kedai termasuk stesen minyak bagi membeli keperluan. Setelah sekian lama sekatan barangan urus niaga terhenti termasuk bantuan kemanusiaan dari semua pihak tidak dibenarkan masuk, hari ini adalah hari kebebasan mereka. Kerajaaan Mesir pada mula cuba menahan kemasukan rakyat Palestin tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat penderitaan rakyat Palestine di Gaza yang perlu dibantu.
Mesir cuba sekali lagi menutup kembali laluan pada hari kedua, tetapi Kerajaan Hamas telah menggunakan bulldozer untuk memcahkan tembok conktret bagi membuka lebih bayak laulan ke Mesir di Rafah. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah menambahkan sokongan politik rakyat Palestine kepada Hamas. Tidak dapat dipastikan berapa lama keadaan ini akan berterusan. Semuanya masih menjadi teka-teki.lihat video


Beberapa hari sebelum benteng di Rafah diletupkan ,
penduduk Palestine telah mengadakan tunjuk perasaan dihadapan pintu keluar di Rafah

No comments: