Friday, January 18, 2008

Sharlinie - Apa yang Mampu Kita Bantu

Assalamualaikum Warahmatullahi wabaraktuhSejak tersebar berita kehilangan adik Sharlinie di media massa saya dapati pelbagai pihak yang turun padang membantu seperti mengedarkan risalah dan poster

lakaran wajah suspek dan juga foto adik Sharlinie. Tak kurang juga yang merayu penculik tersebut menyerahkan semula adik Sharlinie. suasana yang agak getir disaat ini menyebabkan kita semua juga tidak dapat duduk senang, rasa terpanggil untuk turut membantu. tetapi apa yang kita patut bantu, risalah & poster hampir dimana2 telah diedarkan oleh orang ramai. sehinggakan kita juga sudah serasi untuk mengingati rupa wajah yang dipaparkan pada poster2.

Apa yang mampu kita bantu?saya ada sedikit kemampuan untuk berkongsi cadangan dan tips , walaupun tak sebaik yang diperlukan pihak berkuasa tapi mungkin cara ini sedikit membuka ruang kepada kita semua untuk membantu dan mendapatkan apa saja maklumat yang boleh membantu mengesan kehilangan adik Sharlinie.Kita perlu berkorban sebanyak mungkin.Saya maksudkan disini ialah, kita perlu berkorban. berubah sedikit dari kehidupan biasa kita.bagaimana?- kalau dulu kita berjalan tunduk kebawah, sekarang kenalah selalu memerhatikan kelibat wajah-wajah disekitar kita.- Kalau dulu kita memiliki cctv yang disemak setiap minggu, sekarang kenalah selalu semak.- Kalau dulu kita memandu laju, sekarang cuba-cubalah perlahan mengenalpasti pemandu lain disekitar (Motor)Saya mahu anda berfikir seperti saya. meramalkan maklumat-maklumat yang mungkin membantu kita mengesan sesuatu berguna dalam kes ini.Dalam panduan dan cadangan dibawah ini kita akan andaikan penculik ini dalam dua kemungkinan samada orang tempatan atau warga asing.Berikut persediaan anda jika ingin membantu.Contohnya:A- Pantau persekitaranKita tidak tahu dimana penculik ini berada, kemana halatuju dia,1- Rakaman CCTVBukan semua rumah memiliki kemudahan cctv, juga masih ada premis yang belum memasang, walaupun disyorkan pihak berkuasa tapi memandangkan kos yang agak tinggi, CCTV kurang digunakan terutama dirumah-rumahKalau anda memiliki Komputer yang di lengkapi Webcam. Mungkin boleh dijadikan CCTV .

1- Pastikan komputer dalam keadaan baik dan mampu berfungsi selama berjam-jam

2- Webcam berfungsi dengan baik. Sebelum itu anda perlu mendapatkan dikedai yang menjual barangan komputer, dapatkan sambungan USB sepanjang 5 meter , ini bertujuan agar webcam yang ingin digunakan dapat diletakkan dilokasi yang sesuai dengan sambungan wayar yang panjang. Kalau computer sudah berada ditepi tingkap mungkin tidak menjadi masalah, kecuali jika anda perlukan visual yang lebih jelas elok diletakkan dilokasi yang lebih dekat dengan halaman rumah dan hampir dengan jalan.(jangan terdedah sampai dikebas orang pula)

3- Program capture atau merekod pergerakan dihadapan webcam boleh diperolehi di http://www.zonetrigger.com/ZoneTriggerInstaller.exe anda cuba lah sendiri menggunakan perisian ini, walaupun kena bayar, buat sementara nih guna jer lah dulu, yang penting dapat merekod samada video atau gambar mengikut spesifekasi yang anda tentukan. Boleh merekod sepanjang masa ataupun ketika terdapat pergerakan (motion)

4- Periksa selalu hasil rekod yang telah disimpan dalam folder \My Documents\WebcamZoneTrigger dikomputer anda.

5- Gambar- anda boleh upload ke Album online yang memberi kemudahan anda upload secara kelompok .seperti PICASA WEB ALBUM - http://picasa.google.com/ atau yang lain-lain , paling penting ialah setiap gambar dinamakan dengan awalan " P-Sharlinie " ini memudahkan carian semula.

6- Video- anda boleh upload mengggunakan http://www.youtube.com/ kerana kebanyakan video telah menggunakan kemudahan website ini. Tetapi sebelum itu, video yang direkekodkan menggunakan perisian tadi adalah dalam format *.WAV jadi anda memerlukan converter yang akan menukarkan fail tersebut menjadi 3GP – jika yang belum mahir, boleh lah menggunakan perisian ini untuk menukar dari WAV – 3GP walaupun jumlah video anda terlalu besar dan banyak, http://www.erightsoft.net/SUPER.html

7- Anda boleh menggunakan Perisian tersedia didalam computer anda seperti Windows Movie Maker bagi tujuan mengubahsuai , meminda atau memotong mana2 bahagian yang tidak diperlukan supaya bahagian penting sahaja diambil. Save kepada WMV kemudian convert menjadi 3GP seterusnya upload ke http://www.youtube.com/ . paling penting ialah setiap video dinamakan dengan awalan " V-Sharlinie " ini memudahkan carian semula.

8- Semua kandungan gambar dan video ini akan dapat dilihat oleh orang lain ataupun pihak berkuasa dengan menggunakan kata carian" P-Sharlinie " & " V-Sharlinie " . semoga dengan cara ini membantu sudut tertentu dimuka bumi Malaysia ini mengesan wajah lelaki yang paling dikehendaki ini.

Wajah

Bagi kawasan perumahan mungkin anda mudah mengenalpasti samada orang tempatan atau orang luar. Apatah lagi sekiranya warga asing, jika tiada tapak projek atau tempat mereka bekerja berhampiran sudah pasti kehadiran mereka perlu diteliti kemana arah tuju. Anda perlu bijak menilai perilaku mereka sebelum membuat andaian.

1- Mungkin pakaian nya tidak kemas.2- Mungkin perwatakan nya telah diubahsuai seperti botak atau memakai topi dan cermin mata3- Mungkin matanya agak liar.4- Mungkin…..mungkin….anda sendiri lebih bijak mengagak……3- PemanduJika anda memandu dan kebetulan terlihat kenderaan seperti motor berhampiran anda, perlahankan kenderaan sambil meninjau wajah pemandu, mungkin ada riak wajah selamba, hairan, pelik, ketakutan yang boleh dimanfaatkan.

2 - Lihat kalau2 benda yang dibawa bersama seperti bag atau bungkusan2- Lihat kalau2 cara pemanduan yang mencurigakan4- SampahSaya andaikan kalau bahan buangan seperti baju mangsa boleh dilemparkan dikawasan buangan sampah atau dimana2 jika anda mengenali pekerja-pekerja yang berkaitan. Minta mereka selalu mengambil perhatian.menurut laporan akhbar mangsa memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.B- Tumpuan & Keperluan HarianPenculik juga perlu mendapatkan keperluan harian. Sudah tentu lokasi berikut perlu diberi perhatian. Anda perlu sampaikan maklumat kepada mereka yang berkaitan agar sentiasa memberi perhatian kepada setiap pelanggan yang tidak dikenali.1- Makanan

3 - Mungkin penculik mendapatkan makanan dari gerai2, samada dimakan disituh sebahagian lagi dibungkus dibawa pulang. Mungkin kita akan mendengar dialog “ bungkus 1 …jangan pedas” .2- pekerja yang memiliki telefon berkamera , kalau tidak keberatan cubalah menangkap sekeping dua gambar pelanggan yang dianggap mencurigakan dan kenderaan mereka. Pastikan pelanggan tidak perasan.

4- Kedai Runcit
Mungkin penculik berkunjung selalu untuk mendapatkan bekalan rokok atau pisau cukur dan sebagainya. Pemilik kedai runcit yang mampu memasang cctv elok juga selalu memantau semula rakaman dan memastikan ianya jelas untuk ditonton semula.2- Penculik mungkin akan membeli barangan snek sperti biskut, minuman, rokok dalam kuantiti yg banyak

5 - Petrol

Mungkin atendan di stesen petrol perlu lebih peka dengan pelanggan mereka. Memandangkan terlalu ramai yang akan mengisi petrol distesen minyak.selalulah menjeling rupa wajah mereka, jangan mengganggu focus kamera cctv kearah pelanggan, pastikan mereka berada ditempat yang betul .2- sesekali perhatikan kandungan barangan yang dibawa bersama seperti bag atau bungkusan atau peralatan tertentu dan tinjau rupa paras mereka.

6 - Tempat tinggal

Jika anda melihat sesorang dikawasan anda yang tidak membuka pintu rumah dan tingkap pada masa ini cuba siasat.2- Melihat sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan terpencil setiap masa3- Ternampak /terdengar sesuatu yang mencurigakan dari biasa di kawasan kediaman anda.

C- Tumpuan Lain (Kemungkinan)Selain tumpuan yang disebutkan diatas mungkin sesekali penculik akan berada dilokasi berikut:

1- Suratkhabar1- Kalaulah penculik adalah warga asing, mungkin penculik kurang memberi perhatian kepada bahan berita sekadar melihat gambar. Atau membeli pelbagai naskhah akhbar tanpa mengira bahasa, yang penting ada gambar.(Andaian sahaja)
2- Mungkin pihak media boleh cuba paparkan amaran atau rayuan dalam bahasa lain dimuka depan akhbar seperti bahasa Vietnam, Myanmar dan lain secara ringkas… manalah tahu yang membeli nya adalah orang yang tidak pernah membeli akhbar selama ini.secara tak langsung boleh membantu berita2 ini disalurkan terus dari mulut kemulut melalui rakan2 mereka.

3 - Laluan rumah mangsa
Saya Cuma andaikan mungkin penculik sesekali akan menyusuri laluan rumah mangsa tempat dimana penculikan berlaku, bagi meninjau keadaan terkini.2- Jiran2 berdekatan yang memahami pemasangan kamera seperti yang saya sebutkan, harap ambil tindakan.3- Stesen bas

Pada masa sekarang sudah banyak tumpuan disetiap stesen bas bagi memantau penculik ini kalau2 cuba melarikan diri.2- Kerani kaunter yang mahir dengan pemasangan kamera, sila ambil perhatian.

4- Pakaian
Saya terfikir juga kalau penculik memerlukan pakaian baru untuk mangsa. Adakah penculik akan dapatkan dikedai2?2- Atau kebas baju di ampaian kawasan perumahan. Kalau ada maklumat mungkin boleh dimaklumkan kepada pihak berkuasa.3- Kita andaikan kalau penculik mengunjungi kedai yang menjual pakaian kanak-kanak, membeli bag, mencari sesuatu dari kedai2 ini tanpa cerewet memilih warna atau saiz. Dan berlalu dengan cepat.4- Mungkin juga penculik mencari pakaian di pasar2 malam.5- Ubat

Kalau lah penculik memerlukan bekalan ubat untuk mangsa yang dikatakan mengidap penyakit, mungkin farmasi adalah tempatnya. Cctv juga sangat penting di premis farmasi.

6- Pajak Gadai

Saya tidak tahu samada adik Sharlinie memiliki perhiasan barangan kemas ditangan dan leher. Kalau2 penculik ambil kesempatan menjual .

Ini lah panduan yang mampu sayan berikan, saya berharap anda juga dapat membantu kongsi maklumat melalui Blog ini. Disamping bahan gambar dan video ataupun mana2 link yang mempunyai kaitan dengan tips ini, boleh dipaparkan disini untuk dikongsi dengan orang lain.Mungkin pihak berkuasa akan menjadikan bahan rakaman anda sebagai rujukan… jika anda ingin membantu..bantulah seboleh boleh nya.

dipetik dari: http://abgfir.blogspot.com/

No comments: