Monday, January 07, 2008

Percuma Tapi Bayar

Semasa Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Yuran Persekolah dalam belanjawan 2008 pada bulan September 2007, semua pihak menyambut baik dan mendapat mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan Rakyat. Sudah tentu yang paling tersenyum lebar ialah Menteri Pelajaran Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dia (Hisyammuddin) dengan bangganya memberitahu bahawa pendidikan di Malaysia adalah percuma, semasa berucap di Persidangan Agung ke 34 Pertubuhan Pendidikan Sainstifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 30 Oktober 2007.

Apa yang sebenarnya dihapuskan
Yuran Sekolah Rendah - RM 4.50
Yuran Sekolah Menengah - RM 9.00

Kerajaan mula mengenakan Pakej Bayaran Tambahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2008

Pakej A - RM 38.50 bagi Sek. Ren. dan RM 55.50 bagi Sek. Men.
Pakej B - RM 30.50 bagi Sek. Ren dan RM 44.50 bagi Sek. Men.
Pakej C - RM 23.50 bagi Sek. Ren dan RM 33.50 bagi Sek. Men


* Bayaran Tambahan di atas tidak termasuk yuran PIBG dan lain-lain bayaran yang dikenakan oleh sekolah masing-masing.

Apabila Sekolah sesi 2008 dibuka , ibu bapa kecoh dengan bayaran kemasukkan kesekolah terlalul mahal sehingga mencecah ratusan ringgit seorang. Bayangkan jika jika seorang bapa mempunyai lima orang anak bersekolah, beerti ia perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 500.00 pada 2 Jan 2008 untuk sekolah sahaja. Bagi yang berpendapatan RM 2000 dan keatas dan seperti kawan-kawan Dato Hishammuddin tidak menjadi masaalah.
Tetapi bagaimana dengan golongan kebanyakkan marhaen, gaji buroh di Malaysia adalah antara RM 25 hingga RM 50 sehari, dan ada yang kurang daripada itu (tidak termasuk hari cuti). Mungkin Menteri Pelajaran kurang menyelami rasa hidup golongan berpendapatan rendah kerana di sekelilingnya adalah pegawai-pegawai tinggi dan kuncu UMNO yang sentiasa mendapat habuan projek, sehingga ia melenting bahawa ibubapa tidak mahu menyumbang sedikit wang pun untuk sekolah.
Rakyat Maaysia telah menyumbang terlalu banyak untuk kemajuan negara. Mereka membayar cukai pendapatan dan juga cukai barangan keperluan harian. Semua Cukai -cukai yang dibayar oleh kilang-kilang besar adalah ditanggung oleh rakyat dengan membeli pada harga kos pengeluaran dan keuntungan termasuk cukai kerajaan.

Malaysia sentiasa mendabik dada sebagai negara maju. Dinegara maju seperti UK rakyatnya bukan sahaja mendapat pendidikan percuma, bahkan ibubapa diberi elaun bulanan apbila anaknya mula bersekolah bagi mebiayai perbelanjaan persekolahan.

Renungkan
Rakyat Malaysia sebenarnya cukup sedar dan bertimbang rasa kepada kerajaan khususnya dalam meringankan beban kerajaan. Apabila kenaikan harga petrol dan diesel rakyat bersedia menerima penerangan kerajaan kerana harga minyak dunia naik. ( Tapi yang peliknya bila harga minyak dunia turun, harga petrol dan diesil kita tak juga turun. Ketika Malaysia naikkan harga minyak dua kali, Jepun sebuah negara bukan pengeluar minyak tidakpun menaikkan harga ). Apabila tol naik, kita bayar. begitu juga apabila TNB umumkan keuntungan sekian juta dan kemudian naikan lagi tariff elektrik, kita bayar. Berapa lama lagi harus rakyat Malaysia diperbodohkan secara terang-terangan. Jadilahlah rakyat yang cerdik dengan membuat pilihan yang cerdik dalam PRU 12
Anda Mampu Mengubahnya

No comments: