MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH KUNCI KEJAYAAN
Apabila meneliti keputusan peperiksaan SPM 2006 minggu lalu di akhbar-akhbar, ada satu perkara yang menarik dipaparkan. Keputusan cemerlang pelajar SPM kali ini diwarnakan dengan sifat baik pelajar-pelajar itu sendiri, seperti banyak mehafaz Al Quran, patuh kepada ibu bapa, rajin belajar dan lain-lain sifat terpuji di sisi Allah. Ini memberi satu gambaran baik, bagaimana kepatuhan kepada Allah dan beramal dengan ajaran Islam melahirkan kejayaan dalam kehidupan. Sekali gus memberi tamparan kepada orang –orang yang tidak suka kejayaan pelajar dikaitkan dengan unsur-unsur agama.
“Setiap hari saya mengulang kaji pelajaran dan masa selebihnya menghafaz al-Quran.“Ibu bapa dan guru sering menasihatkan saya menghafaz al-Quran kerana memudahkan ingatan terhadap pelajaran,” kata pelajar Sekolah Agama Mahaad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang diumumkan pelajar terbaik negeri ini bagi sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dia memperoleh 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia . Keputusannya lebih baik daripada Yeo Jie Ying (16 A1) dari SMK Bukit Mertajam Pulau Pinang yang dinobatkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai pelajar terbaik Malaysia.
Siti Fatimah Mokhtar meraikan kejayaan bersama ayah dan ibu
Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Maher, Kelantan , Siti Aisyah Hussin, 17, pula berkata setiap hari, dia pulang lewat ke rumah kerana mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan dan tindakan itu ternyata berbaloi. Katanya, doa ibu bapa antara faktor yang membawa kejayaannya memperoleh 14 1A dalam peperiksaan SPM.
Bagi Syed Danial Syed Ahmad 17, pelajar terbaik Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) pula , sentiasa berdoa, mengamalkan solat sunat serta berqiamullail bersama rakan menjadi formula pencetus kejayaan. Amalan itu membantu Syed Danial sentiasa tenang sepanjang peperiksaan itu berlangsung. Dia memperoleh 12 1A
Banyak berdoa, jaga sembahyang, beri tumpuan dalam kelas dan mempunyai motivasi diri antara ramuan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Molek Melaka , Nur Idanis Abu Saamah, 17, mendapat 10 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
Bagi beberapa orang pelajar Sekolah Agama Maahad Johor yang memperoleh keputusan 10 1A dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2006 pula, membaca al-Quran sebelum mengulang kaji pelajaran menjadi amalan .Membaca ayat suci al-Quran itu memberi kesegaran jiwa dan fikiran kepada pelajar terbabit sehingga membolehkan mereka melakukan ulang kaji dalam keadaan tenang.
Nurulhanis Ibrahim, 19, yang memperoleh keputusan Mumtaz Syafi 10 1A percaya amalan memulakan sesi ulang kaji dengan membaca ayat suci al-Quran membantu memberikan ketenangan kepadanya.“Bagi menerima ilmu dengan berkesan kita memerlukan ketenangan jiwa dan fikiran dan semua itu boleh diperoleh dengan membaca ayat suci al-Quran.
Seorang lagi pelajar yang mendapat 10 1A, Mohd Nabhan Md Noor, 19, yakin kejayaan diperolehnya banyak dipengaruhi kesungguhan mengatasi kegagalan ketika peperiksaan percubaan dan amalan membaca al-Quran untuk mendapatkan keberkatan. Dia mengamalkan membaca surah al-Fatihah setiap kali memulakan ulang kaji sama ada secara bersendirian atau berkumpulan.“Usaha yang bersungguh-sungguh saja tidak menjamin kejayaan kita sekiranya tiada keberkatan. Oleh itu, lebih baik sebelum memulakan majlis ilmu kita memohon keberkatan iaitu dengan membaca ayat suci,” katanya.
Seorang lagi pelajar 10 1A, Siti Heirunfaawy Abdul Hamid, berkata kegagalan “Ketika peperiksaan percubaan saya memperoleh keputusan yang tidak baik sehingga menggoyahkan keyakinan saya untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Tetapi selepas beberapa kali melakukan solat sunat tahajud, saya berazam untuk berusaha lebih giat lagi dan akhirnya Tuhan membalas kegigihan saya dengan kejayaan ini,” kata anak buruh am dari Parit Raja, Batu Pahat .
Siti Nuraidah Mamat, 18, Pelajar Sekolah Menengah Bukit Tunggal Kuala Terengganu yang memperoleh 10 A, petuanya ialah belajar sehingga enam jam sehari selain tidak pernah menyakiti hati ibu bapa dan keluarga adalah resipi kejayaan anak tukang kayu, “Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada guru, pihak sekolah dan jasa kedua-dua ibu bapa yang banyak mengorbankan masa dan wang
Di Besut, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq , Nadia Rohani Malik Panter-Brick, 16, memperoleh 14 1A merupakan antara pelajar cemerlang di Terengganu.
Gambaran di atas sudah tentu berbeza dengan akhlaq remaja yang digambarkan dalam post yang lalu . Memang bilangan pelajar yang cemerlang adalah sedikit berbanding dengan remaja yang lalai dan gagal. Tidak sampai peratus di kalangan remaja yang cemerlang akademik dan kehidupannya. Lalu apa yang patut dilakukan untuk menyelamatkan remaja yang hanyut dalam segala macam fatamorgana kehidupan yang melalaikan. Renung-renungkanlah.