Thursday, November 15, 2012

Iftar PASTI Jerangau & Sumbangan Fakir Miskin

12 Ogos 2012 - PASTI Jerangau, Bukit Besi

Iftar PASTI Jerangau pada tahun ini dilaksanakan di PASTI baru Jerangau. Tazkirah diberikan oleh Ustaz Nordin Osman daripada Lajnah Taribyah PAS Kawasan Dungun.

Sumbangan kepada anak-anak setempat yang fakir dan miskin juga diberikan oleh pengurusan PASTI Cawangan bersama sumbangan daripada PASTI Kawasan.

Teruskan usaha murni ini. Takbir ! Takbir !

 Ustaz Nordin Osman memberi takzirah
 Jawatankuasa PASTI Cawangan bersama masyarakat setempat Qaryah Felda Jerangau
Sumbangan kepada anak-anak tunas Islam

Iftar PASTI Dun Sura & Sumbangan Anak Yatim

6 Ogos 2012 - Surau Ustaz Omar Syukri, Sura

Program Iftar (buka puasa) Ramadan 1433H yang dianjurkan oleh PASTI Dun Sura ini menggabungkan PASTI Qaryah Bukit Chatak 1, Bukit Chatak 2, Alor Tembesu & Tanah Lot.

Ucapan diberikan dan sumbangan disempurnakan kepada anak yatim dan miskin oleh Cikgu Wan Pandi selaku Pengarah MTD Dun Sura. 

Sebelum iftar, ceramah ringkas diberikan oleh wakil daripada Palestin. Ustaz Ketua Pemuda Dungun, Syeh Hanafi selaku penterjemahnya. Solat sunat Tarawikh juga diimamkan oleh wakil daripada Palestin... sungguh syahdu bacaannya dan menginsafkan.

Semoga Allah SWT memberkati kalian semua. Siru 'ala barakatillah. 

 Iftar Dun Sura di Surau Ustaz Omar Syukri, jemputan mengambil tempat
Jemputan khas daripada Palestin bersama Ustaz Syeh Hanafi, Ketua Pemuda Dungun


Tadarus Al Quran & Sumbangan Aidil Fitri Guru Pasti Dungun


6 Ogos 2012 - PASTI Che Lijah, Rantau Abang

Pada hari ini, Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Dungun telah melaksanakan program tahunan Tadarus Al-Quran bersama semua guru-guru qaryah di Kawasan Dungun. Guru-guru bersama-sama bertadarus dan mengkhatamkan Al-Quran pada hari yang mulia di bulan Ramadan yang mulia ini.

Selepas bertadarus, taujihad diberikan oleh Ketua MGP, Kak Yong dan seterusnya oleh  Pengerusi PASTI Kawasan Dungun.

Pihak PASTI Kawasan juga berkesempatan menyempurnakan program ini dengan sumbangan Aidil Fitri kepada guru-guru PASTI Kawasan.

JazakAllah wa syukran.  :)

Taujihad oleh Ketua MGP Kawasan Dungun
 
Taujihad oleh Pengerusi PASTI Kawasan Dungun
Guru-guru yang hadir
Sumbangan Aidil Fitri kepada guru-guru
Guru-guru PASTI ceria menerima sumbangan.. Alhamduilillah 

Thursday, November 01, 2012

Iftar Pasti Dun Paka & Sumbangan Anak Yatim


AJK PASTI cawangan Pinang Merah turut hadir
 

 Tahlil sambil menunggu waktu buka puasa

4 Ogos 2012 - Surau Bukit Merah

Ahlan wa Sahlan wa Ramadan Kareem. PASTI Cawangan Bukit Merah sebgai tuan rumah bagi Majlis Iftar (buka puasa) PASTI Dun Paka pada tahun 1433H ini.

Tazkirah diberikan oleh Timb Pesuruhjaya PAS Negeri Terenganu, Ust Saiful Bahri serta sumbangan kepada anak yatim & pelajar miskin.

Majlis ini disempurnakan dengan kerjasama AJK Surau Bukit Merah (Surau Ayah Su), guru-guru PASTI Dun Paka dan AJK PASTI Bukit Merah.

Tahniah semua dan insyaAllah kita buat lagi tahun depan.

Gotong Royong 3K PASTI Kawasan Dungun

Pemuda sedang mengalihkan alat permainan untuk dibaiki


Para pelukis mural profesional dari cawangan Che Lijah

Alhamdulillah... mural hampir siap dah..

28 Julai 2012 - PASTI Che Lijah, Rantau Abang

3K - Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan, itulah antara kriteria yang perlu bagi setiap premis PASTI. Jawatankuasa PASTI Kawasan, Pemuda Dun dan Jawatankuasa PASTI Cawangan Che Lijah pada hari ini bergotong royong mengindahkan lagi PASTI ini luaran dan dalaman.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengecat, mereka cipta ABM (dalaman oleh guru-guru cawangan dan Majlis Guru PASTI) serta melukis mural.

Alhamdulillah, setelah siap, PASTI Cawangan Che Lijah memang lebih ceria.

Terima kasih wa siru 'ala barakatillah.





Ziarah & Ramah Mesra Bersama PASTI Caw Bkt Merah


Pengerusi PASTI Kawasan (kiri) bersama pengurus PASTI Cawangan Bukit Merah, Tn Hj Rayah (kanan)

23 Julai 2012 - PASTI Cawangan Bukit Merah Paka

Dalam sessi lawatan dan ziarah Pengurusan PASTI Kawasan Dungun tahun 2012, hari ini bertempat di PASTI Cawangan Bukit Merah, Paka. 

Pengerusi PASTI Kawasan meluangkan masa ini beramah mesra dengan jawatankuasa pengurusan serta guru-guru PASTI Cawangan. InsyaAllah, dengan ziarah dan keperihatinan yang istiqamah ini, PASTI cawangan-cawangan di Dungun akan lebih cemerlang.

Teruskan usaha jihad ini.



Sambutan Hari Guru Pasti Kaw Dungun 2012

 Cikgu-cikgu PASTI mendengar amanat daripada Pengerusi PASTI


Masa untuk makan.. Alhamdulillah memang selera

23 Jun 2012 - Restoran Tanjung, Dungun


Sempena hari guru, pada hari ini PASTI Kawasan Dungun telah menganjurkan jamuan untuk guru-guru dan pembantu PASTI Kawasan Dungun.

Jamuan ini bertempat di Restoran Tanjung Dungun iaitu di restoran salah seorang guru PASTI Rantau Abang. Pengerusi PASTI Kawasan telah menyampaikan sebuah sajak khas untuk guru-guru bertajuk "Guru Ibarat Lilin".

Selamat Hari Guru dan sebenarnya setiap hari adalah Hari Guru. 

Syukran wa Jazakumullah cikgu PASTI. :)

Sumbangan bagi mangsa rumah terbakar pelajar PASTI Pulau Serai


 Rumah pelajar PASTI yang musnah dalam kebakaran



 Pak Che Hassan (kiri) menceritakan detik-detik cemas ketika kebakaran

 
23 Mei 2012 - Pulau Serai, Rantau Abang


Pengerusi PASTI Kawasan Dungun bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun telah meluangkan masa menziarahi rumah pelajar PASTI Pulau Serai yang terbakar.

Tuan rumah, Pakcik Che Hassan memberitahu punca kebakaran mungkin berpunca daripada pendawaian rumah yang agak lama dan litar pintas. 

Sumbangan diberikan kepada tuan rumah melalui dana kebajikan PASTI dan Pemuda PAS.

Kami mengucapkan takziah dan bersabarlah dengan ujian ini.

Monday, October 29, 2012

Perasmian Bangunan PASTI baru, Felda Jerangau, Dungun

11 Mei 2012 - PASTI Jerangau, Bukit Besi, Dungun

Kenduri kesyukuran dan perasmian bangunan PASTI baru, Felda Jerangau, Bukit Besi. Dirasmikan oleh Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang.





 

PESTA SUKAN PASTI Kawasan Dungun

Perbarisan kontijen PASTI setiap Dun

 Kontinjen PASTI dalam saf masing-masing bersedia untuk bertanding



 28 April 2012 - Padang Bola Taman Melati, Sura Tengah, Pada hari ini berlangsungnya program Pesta Sukan PASTI Kawasan Dungun 2012. Pesta Sukan tahunan ini menyaksikan pertandingan bola sepak & bola jaring di mana empat dun (Paka, Sura, Bukit Besi dan Rantau Abang) akan berentap untuk johan serta piala pusingan YDP.

Di samping sukan yang dipertandingkan, sukaneka juga dilaksanakan bagi meraikan anak-anak serta ibubapa yang hadir. Ada kelainan dalam Pesta Sukan 2012 kali ini, iaitu julung-julung kali PASTI Kawasan Dungun melaksanakan raptai perbarisan sebelum sukan berlangsung.

Teruskan riadah bil sunnah. Maju Sukan Untuk Generasi Islam !


Motivasi & Hari Bersama Ibubapa PASTI Bt 7

Ibu bapa kusyuk mendengar motivasi yang disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Dungun

 Interaksi yang ceria di antara ibu bapa dan guru guru


  6 April 2012 - PASTI Batu 7, Paka melaksanakan program motivasi dan hari terbuka bersama ibu bapa PASTI.

Motivasi disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, En Khairul Ismail menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang soleh.

Program diteruskan dengan hari terbuka guru-guru bersama ibu-bapa telah menjalin eratkan ukhuwah di antara warga PASTI dan masyarakat. 

PASTI Kawasan Dungun amat menghargai sokongan berterusan ibu bapa & semoga program seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun. Jazakumullahukhairan.

Muktamar MGP Kawasan Dungun


 Guru-guru PASTI Kawasan Dungun bersidang

Ucapan pembukaan oleh Ketua MGP Kawasan Dungun sessi lepas, Cikgu Kak Yong

  Perasmian dan taujihad oleh Ustaz Nazri, DPPKD




24 Mac 2012, Pada hari ini Majlis Guru-guru PASTI (MGP) Kawasan Dungun bersidang dalam muktamar MGP 2012 yang diadakan di PASTI Kuala Paka. 


Muktamar MGP kali ini menyaksikan pemilihan baru bagi ketua dan saf kepimpinan MGP Kawasan Dungun.

Siru 'ala barakatillah. Teruskan perjuangan !


Sumbangan kebajikan kepada Guru & Pembantu PASTI Kaw Dungun

 Ustaz W Hassan memberi ucapan pembukaan dan kata semangat

Ucapan daripada Ketua Lajnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Cikgu Hussin Ismail


Cikgu Hussin menyampaikan sumbangan kepada guru-guru PASTI Dungun

Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan kepada guru-guru PASTI Dungun


Cikgu Wan Hapandi yang juga Pengarah MTD Sura turut menyampaikan sumbangan kepada guru-guru PASTI Dungun


17 Mac 2012, Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Terengganu dengan bermurah hati telah memberikan sumbangan kebajikan kepada semua guru dan pembantu PASTI Kawasan Dungun yang semuanya seramai 72 orang. 

Program ini dilaksanakan di Dewan Kafa, Masjid Lama Sura dengan dirasmikan oleh Cikgu Hussin Ismail selaku Ketua Lajnah Kebajikan Negeri. Turut serta Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun Ustz Wan Hassan merangkap Adun Sura.
 
Alhamdulillah dengan sumbangan dan infak ini dapat meringankan tanggungan guru-guru untuk terus berjihad dalam mendidik tunas Islam. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada para penderma infak fi sabilillah.

PASTI ceriakan Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Dungun


PASTI mempersembahkan cilik-ciliknya yang hebat

Acaran susun puzzle untuk ibubapa dan pengunjung gerai PASTI

Perlawanan Persahabatan Bolasepak 4 penjuru PASTI

DUNGUN Feb 2012, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menyambut Ulangtahun Jubli Emas nya pada 19-21 Jan 2012 bertempat di dataran orang mude, Batu 5 Dungun. Sambutan ini padat dengan program orang mude serta dimeriahkan lagi dengan program-program PASTI antaranya cilik corner, perlawanan persahabatan bola sepak, mewarna, jigsaw puzzle, teka lada dan gerai pameran.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz M Nor Hamzah berkesempatan menyampaikan hadiah dan menyempurnakan penutup Jubli Emas ini di pentas cilik corner PASTI.
Diucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS. Allahhuakhbar !

Saturday, October 27, 2012

FELDA KERTEH 3 DAPAT PASTI BARU



 








 PAKA, Jan 2012,  Dengan usahasama PASTI kawasan Dungun, Pemuda dan PAS Cawangan Felda Kerteh 3, Alhamdulillah Pasti baru telah berjaya dibuka di qaryah Felda Kerteh 3, Paka.
Pasti baru ini telah diberi nama PASTI As-Syakirin sempena nama surau bersebelahan Pasti. Bermula dengan pelajar sulong seramai 6 orang dengan seorang guru, pengurus PASTI qaryah beriltizam meningkatkan jumlah pelajar Pasti pada masa akan datang serta yakin tunas Islam akan gemilang dan syiar Islam akan menyinari Felda.
Syabas diucapkan.