Monday, December 31, 2007

Selamatkah Tahun Baru ?

Selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, sama ad yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...Hari berganti hari, bulan berganti bulan, usia meningkat dan mungkin kematangan berjalan seiring pertambahan usia...Namun, sedar atau tidak, semakin bertambah usia sebenarnya semakin mendekatkan kita pada kematian...bersedialah untuk sesuatu yang pasti!!
Dan kini, bertambah setahun lagi tahun masihi...manusia merayakan seolah-olah mereka meraikan satu pesta kemenangan...dan sesuatu yang pasti, umat Islam tidak ketinggalan dalam merayakannya...bermula dengan sekecil-kecil unit keluarga sehingga sebesar-besar unit kerajaan, tahun baru disambut dengan penuh kelalaian. Dengan penuh keyakinan, si ayah membawa anaknya menonton pertunjukan bunga api yang baginya sesuatu yang dapat mengembirakan anaknya...tetapi tanpa sedar, si ayah sebenarnya sedang meracun minda anaknya supaya mencintai dunia...kerajaan pula, waktu-waktu begini berlumba-lumba membuat pelbagai acara untuk melalaikan rakyat di samping terus-menerus membazirkan wang rakyat dengan membuat pertunjukan bunga api...( dan rakyat yang kagum melihat tidak sedar duit mereka yang digunakan untuk mengadakan semua majlis tersebut)...
Jika habis disitu, mungkin boleh dimaafkan dan dianggap sebagai hiburan ringan, namun...hakikatnya malam sambutan 1 januari ini, pelbagai maksiat berlaku...bermula dengan mat rempit menghurung minah rempit kehulu kehilir membuat bising dan akhirnya diakhiri dengan penzinaan, kutu-kutu rayau berkumpul lelaki perempuan dan akhirnya juga akan ada penzinaan, acara minum arak berlansung, berhimpun secara yang kerajaan katakan halal sambil terpekik terlolong dan sebagainya...
Mungkin inilah yang dikehendaki sebagai falsafah menyambut tahun baru...1 januari lebih menggembirakan berbanding 1 muharram tahun hijrah...permulaan kiraan tahun dalam Islam dipandang sepi dan tidak ada apa-apa berlaku..sedang banyak sekali kebaikan dan kemulian yang diberikan dalam bulan muharram ini...Hari Assyura' pada 10 muharram dilupakan atau mungkin ramai yang tidak pernah tahu...apatah lagi cuba untuk berpuasa...
Entahlah...mungkin ini juga petanda akhir zaman yang banyak sekali kelihatan disana-sini...Hanya mampu berdoa semoga kita masih dibawah redha Allah hendaknya...selamat tahun baru 1 Muharram!!

article asal tulisan BERG dari laman http://www.tranungkite.net/

Monday, December 24, 2007

Anak-anak adalah Generasi Pewaris Dakwah

Di samping mendidik anak-anak menjadi anak yang saleh, mereka perlu diproses dengan rapi agar bersedia memikul dan melaksanakan tanggung-jawab dakwah dan jihad. Anak-anak kita adalah pewaris perjuangan yang sedang kita laksanakan hari ini. Mereka akan dipertanggung jawabkan untuk meneruskan perjuangan suci dengan lebih berkesan karena kesadaran yang telah ada di dalam hati kita. Di atas hajat ini juga Allah menyebutkan doa nabi Zakaria di dalam Surah Maryam, ayat 5 yang artinya:

"Anugerahkanlah aku seorang putera, yang akan mewarisi sebagian keluarga Ya'kub."

Oleh itu kita perlu bertanya kepada diri kita secara serius, adakah kita peka atau prihatin dengan tanggungjawab mendidik anak-anak kita? Kita perlu melihat anak-anak kita sebagai mad'u (orang yang diseru) yang perlu dibentuk melalui satu proses tarbiyah, iaitu proses penyucian diri, pembentukan kefahaman, kesadaran dan pembinaan syakhsiyah.

Friday, December 21, 2007

Kumpulan Dewa - Agen Yahudi ?

Pada 10 April 2005, Indonesia telah digemparkan dengan insiden kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.

Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal yang secara kebetulan menonton siaran langsung itu telah membuat aduan ke stesen TV tersebut, mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH'. "Orang yang mengenal huruf Arab dan sedikit faham mengenai seni akan langsung mengetahui bahawa logo di lantai yang diinjak- injak itu adalah kalimah ALLAH," katanya.
Aduan itu terus diberi perhatian oleh Pengarah Trans TV, Ishadi SK dan sudut penggambaran kamera diubah serta merta sehingga akhir pementasan. Pihak Trans TV bagaimanapun mengundang Ustaz Wahfiuddin ke stesen tersebut untuk berdepan dengan Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan Dewa bagi merungkai kekusutan dan menjernihkan semula keadaan yang bersebab pada kaligrafi dan dakwaan pendakwah tersebut. Wahfiuddin telah menunjukkan sendiri kepada Ishadi dan Ahmad Dhani sendiri sebuah buku berjudul 'The Cultural Atlas Of Islam' karya Prof. Dr Ismail Faruqi yang memaparkan imej bintang yang sama berupa tulisan kaligrafi Arab dari ungkapan 'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH).
Ahmad Dhani berusaha menafikan dengan mengatakan terdapat perbezaan antara 'LAFDHUL JALALAH' dan Laskar Cinta kerana lambang yang dipijak itu sudah dimodifikasikan. "Dhani telah memodifikasikannya dengan mengisi bahagian tengah dari huruf terakhir (ha). Tapi bagi orang yang mengenal huruf Arab, modifikasi itu tidak mengubah bentuk dan maknanya secara signifikan," kata Ustaz Wahfiuddin. Didin Sirajuddin AR dari Lembaga Kaligrafi Al Quran (LEMKA) bersetuju bahawa lambang kaligrafi Laskar Cinta adalah simbolik dari kaligrafi Arab 'LAFDHUL JALALAH'. Apabila ditanya mengenai perbezaan seperti yang dinyatakan Ahmad Dhani, Didin berkata, lambang itu tidak sepenuhnya mirip tapi ia boleh dibaca dengan tulisan kufi (kubisme) sebagai ungkapan ALLAH.
Selepas pertemuan Wahfiuddin dan Ahmad Dhani, pengurus Dewa, Dian menganggap isu tersebut telah selesai. Kemelut itu bagaimanapun tidak reda sebagaimana yang dijangka. Berakar daripada konsert di Trans TV itu, ada pihak lain yang mahu menyelongkar cerita di belakang pentas muzik Dewa. Tokoh Budayawan, H Ridwan Saidi yang juga bekas Ahli Parlimen (DPR), pada 2 Mei 2005 lalu telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa, meminta supaya kumpulan Dewa disiasat kerana disyaki menjadi AGEN PENYEBAR PROPAGANDA ZIONIS YAHUDI di repulbik itu. "Ini harus disiasat. Ada apa di belakang Dewa?" kata Ridwan dipetik dari majalah Saksi keluaran 22 Mei 2005. Menurut Ridwan lagi, Laskar Cinta bukan satu-satunya tindakan Dewa yang boleh dilihat sebagai usaha memperlekehkan Islam, bahkan telah bermula sejak album mereka yang pertama lagi dengan simbol yang membawa imej ZIONIS YAHUDI.
Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,"Saya sebagai orang yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan bahawa ini (Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi yang terbesar dalam sejarah Indonesia." Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi. Ridwan mendakwa, gambar piramid yang terdapat pada kulit album DEWA 19 (1992) adalah mirip lambang gerakan rahsia Zionisme (Illuminati) yang dicipta oleh Adam Weishaupt (1748-1830).
Weishaupt adalah pemimpin gerakan 'Ancient and Illuminated Seers of Bavaria' (AISB), sebuah gerakan rahsia Masonic yang memperjuangkan doktrin Luciferic di bawah payung pertubuhan Freemason antarabangsa. Logo yang sama juga boleh ditemui pada wang kertas US$1 dengan moto NOVUS ODO SECLORUM yang bermaksud Tata Dunia Baru (New World Orde). Ini secara tidak langsung telah memberi maksud akan usaha gerakan Zionisme untuk menguasai dunia, apa yang telah mereka capai dalam pelbagai bidang termasuk muzik dan hiburan pada masa ini!!! Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu Tuhan mereka.
Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah > yang dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu. YEhweh (Allah) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE LORDS)??? "Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap dengan judul dan logo." katanya yang memang menguasai bahasa tersebut. Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis untuk 'memerhati' dunia dan menguasainya. Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah 'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).
Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme antarabangsa melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS NAMA CINTA I & II (2004).
Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi yang berasal dari mitologi Mesir Purba.Selain itu, banyak terdapat simbol mata gerakan Freemason. Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005) turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ. Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan :"THANKS TO: AL-HALLAJ" manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :"THANKS TO SYEKH LEMAN ABANG". 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!
Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan kata-kata aluan menulis :"DHANI THANKS TO...JAN PIETER FREDERICH KOHLER (THANKS FOR THE GEN)" yang bermaksud :"DHANI BERTERIMA KASIH KEPADA...JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA). Ridwan mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang Jerman. "Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu." kata Ridwan.
Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana memakai loket simbol yang sama).Renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlajak jauh. Seluruh negara, bangsa dan agama di dunia ini menakui alam nusantara , terlalu kuat pegangan Islamnya. Dikatakan sehingga kini bangsa paling berpengaruh iaitu bangsa yahudi terlalu sukar untuk menembusi akal pemikiran bangsa melayu di alam nusantara untuk mengikut agama mereka. Ini juga merupakan salah satu cara gerakan yahudi untuk menghancurkan Islam di sebelah Timur. Jangan kita menjadi bangsa Arab, telah lemah segala-galanya dengan tekanan Zionisme. Perlu diingat, selepas rantau timur Tengah telah dapat mereka kuasai, Zionis akan datang ke Timur atas sebab-sebab yang telah mereka rancangkan ratusan tahun dahulu. Sekian.
Hentikan concert Dewa!!!

Tuesday, December 18, 2007

Pelik Tapi Benar ; Pinggan Mangkuk Tidak Halal

Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua.
Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay’. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.

Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit. Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif.

Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal. Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memengang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu.

Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
Next time kena berhati2 kalau makan kat hotel or resort yg nampak pinggan dia mcm class jer tu….????
p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan "Bone China", sila lihat definasinya;

Bone China; The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at hightemperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highestquality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England


e-mail dari juhaida husin diambil dari article mymasjid.com

Tuesday, December 11, 2007

Tib Nabawi

Doa merawat kesakitan dari Hadith Sahih al Bukhari.

1. Baca doa ini:
(أُعِيْذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّة، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍِ ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ)(1).
2. Ludah ke tempat sengatan dan baca al fatihah. (2).
3. Letak jari di tanah kemudian mengangkat semual dan baca doa ini;
(بِسْمِ اللهِ ، تُرْبَةُ أَرْضِنَا، بَرِيْقَةُ بَعْضِنَا، يُشْفِيْ سَقِيْمَنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا)(3).
4. Sapu dengan tangan kanan di tempat sakit dan membaca doa ini;
(اَللَّهُمَّ رَبُّ النَّاسِ، أَذْهِبِ البَأْسَ، وَاْشْفِ أَنْتَ الشَّافيِ، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاءُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا)(4).
5. Letak tangannya di tempat sakit dan sebut(بسم الله) tiga kali. Kemudian baca tujuh kali doa ini pula;
(أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ)(5).
(أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبِّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ)(6).
Kaifiyat : Pilihlah salah satu dari cara di atas atau sebahagiannya atau semuanya.
Semua muslim berhak melakukan rawatan ini.

(1) صحيح البخاري، أحاديث الأنبياء، (3371). (2) صحيح البخاري، كتاب الإجارة، (2276). (3) صحيح البخاري، الطب، (5745)، وصحيح مسلم، السلام، (2194). (4) صحيح البخاري، الطب، (5743). (5) صحيح مسلم، السلام، (2202)، والترمذي، الدعوات، (3588)، وأبو داود، الطب، (3891)، وابن ماجه، الطب، (3522). (6) سنن الترمذي، الطب، (2083)، وسنن أبي داود، الجنائز، (3106)، وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب.

credited to Syakir Hassan

Monday, December 10, 2007

Erti Anak


Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang solat
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
credited to megatramli

Sunday, December 09, 2007

Khitan

Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering dijadikan sebagai pembeza antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam

Saturday, December 01, 2007

Aqiqah

Penyembelihan aqiqah


Untuk mensyukuri kelahiran anak, Islam menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Aqiqah sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad".

Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah dalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
credited to megatramli

Panduan Menamakan Anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makruh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.