Saturday, July 25, 2009

Thursday, July 23, 2009

Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Negeri Terengganu

Sempena memperingati jasa guru-guru PASTI, jawatankuasa PASTI Negeri telah menganjurkan Program Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri di Markaz Tarbiyyah, Kuala Ibai pada 20 Julai baru-baru ini. Program dihadiri oleh lebih kurang 400 tetamu dimana melibatkan guru dan jawatankuasa PASTI di sekitar Negeri Terengganu. Program dibuka dengan alunan Dikir oleh pelajar bimbingan salah seorang ustaz yang pernah menjawat jawatan dalam PASTI sebelum ini. Program ini diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Ust Mohd Nor Bin Hamzah selaku Ketua Pemuda Dun Bukit Payung.


Setelah itu, kami telah dihidangkan dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran dari seorang pelajar PASTI. Sungguh terharu apabila mendengar bacaan adik ini, betapa hebatnya kesan didikan oleh seorang guru terhadap pelajarnya sehingga dapat melahirkan kanak2 yang berjiwa Islam. Tidak setakat itu, kami juga amat terasa bangga apabila mendengar 2pelajar PASTI dibawah mengalunkan sajak yang pernah dideklamasikan oleh Usman Awang, Tokoh Ilmuwan Negara. Amat petah sekali. InsyaAllah, jika berpeluang ana akan uploadkan rakaman slot penyampaian sajak oleh 2orang adik ini.



Apabila pelajar membuat persembahan, gurunya juga tidak mungkin ketinggalan untuk sama-sama membuat persembahan. 2 kumpulan guru telah tampil mengalunkan nasyid yang berunsurkan dakwah untuk dihayati oleh semua tetamu yang hadir.




Setelah diselitkan dengan hiburan mendidik jiwa, program diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada tokoh guru dan jawatankuasa PASTI yang cemerlang dalam pengurusan serta pencapaian. Gambar kenangan bagi kesemua penerima anugerah bersama jawatankuasa PASTI Negeri diambil setelah semuanya selesai.





(Disini juga dipamerkan gambar guru-guru PASTI yang penuh komited dalam mendidik anak generasi kita, agar dapat melahirkaninsan soleh yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan)



Monday, July 20, 2009

Durian Merah

Sekarang adalah musim durian di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri selatan baru sahaja habis musimnya.
Ini satu durian spesis yang lain, dari nun jauh di hutan Kalimantan

Nampak macam durian
Bau macam durian
Rasa macam durian

... ia benar-benar durian...


Khabarnya sekarang ada ditanam oleh pekebun di Johor. Rasanya sedap... sudah tentu harganya sedap juga.


Thursday, July 16, 2009

Apasal La Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang.
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang.
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang.
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang.
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Ingat masih muda remaja, lambat padam ?
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang .
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang.
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Main bola aku sanggup sampai petang.
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque.
Tengok tv & internet berjam-jam.
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang …

Apasal la aku malas sembahyang.
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam.
Negara pun dah merdeka, terbilang.
Berkawan malam dan siang.
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Aku kena ingat, umur makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang.
Pagi kita sihat, petang boleh kejang.
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa neraka aku tak terbayang.
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!
Apasal la aku malas sembahyang

Kembara Jalanan
edited by tunas

Friday, July 10, 2009

Konspirasi Selsema Babi (2)

Tak lama lagi, penawar Selsema Babi akan beredar di seluruh dunia. Dulu Selsema Burung, kini Selsema Babi. Pengarah filem blockbuster ini akan terus mainkan peranannya. Pelakon utama akan terus beraksi. Penawar Selsema Babi diumumkan oleh Barack Obama sebagai Tamiflu. Dari mana datangnya Tamiflu ini? Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh zionis yahudi, yang mana salah seorang pemegang saham terbesar ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Menarik bukan? Filem Blockbuster antarabangsa ini ditayangkan secara percuma di rangkaian media antarabangsa. Itulah konspirasi antarabangsa zionis untuk mengawal dunia sekaligus mengaut keuntungan atas kesengsaraan penduduk dunia. Rumsfeld merupakan ahli aktif dan orang berpengaruh dalam Syarikat Gilead Science(salah seorang Lembaga Pengarahnya), pengeluar utama vaksin Tamiflu, penawar kepada selsema babi yang kemudiannya dikenali sebagai H1N1 ataupun Influenza A.

Kita harus mengetahui bahawa Gilead Sciences merupakan syarikat milik Zionis Yahudi. Gilead itu sendiri bahasa Hebrew yang membawa makna,”Tempat Suci” (Holy Place).

Dr. Ali-Reza Mehrabi, Shaid Beheshti University mendakwa bahawa Rumsfeld telah membeli saham baru syarikat Gilead Sciences pada tahun lalu dengan nilai US18 billion dolar.

Katanya lagi, “Kalau kita terima tanggapan bahawa kerja-kerja yang dikendalikan di Makmal di Mexico, sama ada di ladang ternakan babi atau tempat lain, adalah menjadi fakta bahawa penyakit itu tersebar sama ada kerana kesilapan manusia, menunjukkan bahawa memang Amerika Syarikat sedang menjalankan eksperimen di negara pinggiran(Mexico), sebagai ganti negaranya sendiri. Dalam kes ini(selsema babi), Amerika Syarikat mungkin hilang kawalan (terhadap penyebaran virus itu).”

……………………………………………

Percaya ? Terpulang kepada anda…Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Ali-Reza Mehrabi ketika ditemuramah oleh Iranian TV yang disiarkan ke udara pada 6 Mei 2009 lalu.

Tuesday, July 07, 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (1)

http://ibnuyaacob.com/?p=870

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Monday, July 06, 2009

Monolog e-mail

La Tansa ZikraAllah

bacalah sehingga habis.....
Saya hampir membuang e-mail ini namun
saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini,
saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi sibuk study.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang..sebenarnya ,
menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat..Mungkin malam JUMAAT?Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH
waktu bekerja atau bermain?

Kerana.. Kita merasakan diwaktu itu kita mampu
dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA..
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka. .
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalamhidup ku. (nauzubillah).

Kita sepatutnya senantiasa mengenangkan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH!

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!
Ya aku CINTA ALLAH!! Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.

TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu
akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada orang dan kepada pengirim anda.
Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID
tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi kita bangga mem "forward"kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes:
Tidak kah melucukan betapa
mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH
setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH"
TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak
yang akhirnya tersebar bagai api yang tidakter kawal.,
tetapi bila anda hantar e-mail mengenai ISLAM ,
ramai orangfikir 10 kali untuk berkongsi.

catatan dari e-mail

Sunday, July 05, 2009

Apakah Selsema Babi ( Swine Flu ) & Virus H1N1

Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.