Wednesday, November 28, 2007

Tanggungjawab Bapa

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak


1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:

) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
credited to megatramli

Tuesday, November 27, 2007

Mengapa Bayi Dilahirkan Kenan atau Cacat

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
Walau apa pun sebabnya, ia adalah ketentuan Allah. Suami dan isteri tidak patut menyalahkan antara satu sama lain dalam perkara ini. Ibubapa mesti bersabar dan redha dengan taqdir yang diterima Tentu ada hikmah dan rahmat disebaliknya yang tidak atau belum diketahui.
credited to megatramli

Monday, November 26, 2007

Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

credited to megatramli

Saturday, November 24, 2007

Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

credited to megatramli

Monday, November 19, 2007

Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba dsbg.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Credit to Megatramli

Note; Suruhan dan larangan Islam perlu dipatuhi pada setiap masa, bukan pada masa mengandung sahaja.

Sunday, November 18, 2007

Tips Untuk Pengantin

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."


Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir! ), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.
Caranya:
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan.Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
Credit to Megatramli

Sunday, November 04, 2007

Nikmat Makan Perlahan

BANYAK masalah kesihatan dialami penduduk dunia hari ini berpunca daripada makanan dan sikap terlalu banyak makan. Dalam semua aspek kehidupan, termasuk bab makan, Islam menyarankan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kesederhanaan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.” Baginda juga menasihatkan:
“Berpuasalah! Nescaya kamu akan sihat.” Dalam sebuah hadis lain ada menyebut: “Janganlah dibunuh hati kamu seumpama buah, malah seumpama ladang yang binasa akibat terlampau banyak air. Begitulah hati akan binasa dengan banyak makan dan minum.”
Malah, Islam memberi garis panduan terhadap adab sopan ketika makan iaitu mengecilkan suapan, kunyah perlahan-lahan, makan tidak berselang seli dengan minum manakala ketika minum, air hendaklah diteguk sedikit demi sedikit


Ada juga yang menyarankan supaya makanan dikunyah sehingga betul-betul hancur dengan kiraan sekurang-kurangnya 30 kali kunyah. Ada juga yang mengatakan 40 kali. Tidak kira berapa kali pun, saranan ini ada manfaat terselindung kerana makanan dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia memudahkan proses pencernaan. Masalah berat badan berlebihan dan obesiti yang semakin berleluasa menyebabkan ada penyelidik barat mencuba pendekatan makan secara perlahan-lahan dalam kajian mereka. Dalam kajian dijalankan penyelidik Universiti Rhode Island, Amerika Syarikat itu, 30 peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang makan cepat diberi sudu besar, makan secepat mungkin dan tidak berhenti ketika mengunyah. Manakala kumpulan kedua diberi sudu lebih kecil, suapan mereka juga kecil, mengunyah makanan antara 15 hingga 20 kali dan meletakkan sudu di atas pinggan setiap ketika mengunyah. Setiap peserta diberi jumlah dan berat makanan sama iaitu sepinggan besar pasta dengan sos tomato dan keju parmesan serta segelas air. Hasil kajian mendapati: Apabila makan cepat, wanita mengambil 646 kalori dalam masa sembilan minit. Apabila makan perlahan-lahan, purata pengambilan kalori hanya 579 kalori dalam masa 29 minit.Ini bermakna orang yang makan cepat mengambil lebih banyak kalori dalam masa singkat. Walaupun perbezaannya hanya 67 kalori bagi kedua-dua kumpulan, namun jika dinilai bagi tiga waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan malam) bezanya sangat ketara.

Malah, peserta ditanya mengenai kepuasan mereka sejurus selepas makan dan sejam kemudian. Kumpulan yang makan cepat mendakwa mereka tidak puas dan cepat lapar berbanding kumpulan satu yang makan perlahan-lahan. Kumpulan yang makan perlahan berkata, mereka berpeluang menikmati keenakan makanan dan minum lebih banyak air ketika makan. Faktor ini dipercayai menyebabkan mereka puas dan kenyang lebih lama. Makan secara perlahan-lahan juga memberi peluang kepada otak untuk mengenali isyarat bahawa kita sebenarnya kenyang. Ini kerana isyarat kenyang dan puas makan mengambil masa untuk ditafsirkan. Justeru, ada pakar pemakanan menyarankan kita berehat di antara 15 hingga 20 minit sebelum mengambil keputusan menambah makanan ke dalam pinggan — jika masih terasa lapar.

Malah, apabila makan cepat, kita biasanya terdorong untuk kurang minum air. Ada kalanya kita tersilap mentafsir antara rasa lapar dan dahaga. Ramai orang tidak sedar badan mereka sebenarnya mahu air dan bukan makanan, tetapi keinginan itu disalah anggap dengan keinginan untuk makan. Ini sebabnya ada yang menyarankan kita minum sebelum atau selepas makan kerana ia membuat kita berasa lebih cepat kenyang. Kita juga tidak digalakkan minum ketika makan kerana ia mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut berasid. Jika terpaksa, minum dalam tegukan kecil tetapi elak minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana ia menghalang pencernaan. Sebaik-baiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Profesor Madya Dr Norimah Karim, berkata tabiat pemakanan sihat mempunyai tiga ciri iaitu makan secara perlahan-lahan (melebihi 20 minit untuk menghabiskan sesuatu makanan), makan apabila terasa lapar dan berhenti sebaik saja terasa kenyang sedikit.Jika terlalu sibuk sehingga kadangkala tidak makan, buat jadual makan yang bersesuaian dengan kerja bagi memastikan anda ada waktu makan teratur kerana ia ‘mengajar’ badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

Makan cepat bukan saja memperlihatkan sikap gelojoh, tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah pencernaan yang mengakibatkan beberapa masalah seperti:
-Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa).
-Kembung.
-Cepat penat.
-Mudah berparut.
-Keradangan kulit.
-Berat badan bertambah dengan cepat.
-Sering sendawa.
-Pedih ulu hati.
-Makanan tidak hadam.
-Keradangan lain.

Sememangnya kajian berkenaan mengesah dan menguatkan lagi amalan Islam yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Didapati amalan makan perlahan-lahan dapat membantu:
Mengurangkan berat badan. Makan perlahan-lahan memberi badan masa untuk mengenal pasti bahawa kita sebenarnya kenyang dan ia secara tidak langsung dapat mengelak kita terlebih makan.
Memberi kepuasan dan keseronokan menikmati makanan. Sememangnya apabila kita makan secara perlahan-lahan, kita dapat menikmati rasa sebenar makanan.
Memperbaiki proses pencernaan. Ramai menyangka makanan hanya dicernakan apabila sampai ke perut. Sebenarnya pencernaan makanan bermula di dalam mulut iaitu ketika kita mengunyah dan menghancurkan makanan. Lebih lama makanan dikunyah, lebih banyak enzim daripada air liur masuk ke dalam makanan dan ia membantu memudahkan proses pencernaan di dalam perut.
Mengurangkan tekanan. Waktu makan boleh menjadi ‘sesi menenangkan fikiran’ bagi sesetengah orang, terutama yang terlalu sibuk dan tiada waktu untuk bersenam. Makan perlahan-lahan membolehkan anda berasa lebih seronok dan tenang.
Lebih banyak masa berinteraksi dengan orang lain. Berbual ketika makan bukan saja membuatkan kita makan lebih perlahan, tetapi ia juga memberi ruang untuk merapatkan hubungan dengan orang lain. Kaedah ini lebih baik jika dapat diamalkan dalam keluarga untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak.