Tuesday, February 05, 2008

Sungguh Indah PASTI al-Fatonah


Sesekali ke bandar Dungun berkunjunglah ke Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam(PASTI) al-Fatonah yang tersergam indah, berkembar dengan surau almarhum Ustaz Omar Shukri di Bukit Chatak 1. Zaman telah berubah, PASTI kini bukan lagi institusi pra-sekolah yang asing kepada rakyat, ia menjadi pilihan utama kepada ibu bapa terutamanya golongan pasangan muda. Walaupun begitu, sesuatu yang masih kekal pada PASTI, iaitu jatidiri.

Sejak penubuhan PASTI yang pertama, lebih 25 tahun lalu, PASTI menjadi institusi rakyat, dijana oleh rakyat dan didokong oleh rakyat. Dimasa menang, dimasa kalah, dimasa senang dan dimasa susah, ‘jantung’ PASTI adalah rakyat.
Begitulah dengan PASTI al-Fatonah yang indah. Bangunan ‘konkrit’ setingkat mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjungnya, tunas-tunas Islam yang akan menjadi pewaris perjuangan meninggikan kalimah Allah di mukabumi ini.
Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Sheikh Hanafi berkata pembangunan PASTI al-Fatonah adalah hasil usaha sokongan dan dokongan masyarakat setempat, terutamanya Jamaah Surau almarhum Ustaz Omar Shukri, cawangan PAS serta orang ramai.

Susunan batu-batu blok warna kemerah-merahan dihalaman PASTI al-Fatonah, disesuaikan dengan warna dinding merah muda dan atap genting berwarna merah. Warna hijau ‘awning’ dan ‘peles’, menaikkan lagi seri al-Fatonah, yang pastinya menjadi tarikan kepada anak-anak yang dididik disitu.
Di sudut kanan halaman, diletakkan meja dan kerusi batu, yang berpayungkan ‘payung bulan’ untuk istirehat sementara menunggu-nunggu. Kompleks PASTI al-Fatonah dilengkapi dengan kedai fotostat dan alatan sekolah, selain kemudahan asas kelas-kelas pengajian, dewan serbaguna, dapur dan tandas.



“PASTI al-Fatonah diletakkan dibawah tanggungjawab Dewan Pemuda DUN Sura,”
“sokongan dari masyarakat sangat menggalakkan, kita menerima sumbangan material dan dokongan spiritual orang ramai” jelas Sheikh Hanafi
Pemuda PAS DUN Sura sebagaimana pemuda-pemuda PAS yang lain, adalah contoh pemuda-pemuda berdikari, yang berusaha menggunakan pemikiran dan tenaga untuk memastikan PASTI menjadi satu institusi pendidikan peringkat pra-sekolah yang unggul.
PASTI merupakan satu misalan dan perbandingan kepada program pra-sekolah yang lain yang wujud di negara ini. Mengukuhkan kedudukan dengan keikhlasan para pendokongnya, menjana pelbagai sumber untuk pembangunan fizikal, PASTI tidak menggunakan mana-mana kemudahan kerajaan walau di zaman pemerintahan PAS di Terengganu, mahupun masakini di Kelantan.

Bukan seperti Tadika Kemas, satu organ parti UMNO, namun digerakkan dengan peruntukan kerajaan. Menumpang kelas-kelas pengajian dengan menyalahgunakan bangunan Balai Raya milik kerajaan negeri.
Kemas tidak ada jati diri dan mengharapkan ihsan dan subsidi. Mungkin dari sinilah asas pemikiran mengharapkan semuanya dari kerajaan, bercambah dan berkembang kepada orang-orang Melayu, kerana pra-sekolah merupakan pendidikan asas yang membentuk pemikiran paling awal kanak-kanak.
Untuk rekod, pada akhir era Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu, Tadika Kemas telah diarahkan untuk berpindah kerana kerajaan negeri ketika itu berhasrat untuk mengembalikan fungsi asal pembinaan sesebuah Balai Raya, menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bukan pusat pendidikan. Apabila kerajaan PAS memerintah dan meneruskan polisi sedia ada terhadap KEMAS, pembangkang ketika itu telah mengambil kesempatan memanipulasi isu tersebut dan menipu seluruh rakyat dengan tuduhan PAS menghalau pelajar tadika.

Ratusan ribu anak-anak didik PASTI di Terengganu dan seluruh Malaysia kini sudah dewasa dan memliki jati diri tulin. Sumbangan PASTI terhadap pendidikan pra-sekolah didalam pembangunan negara pernah mendapat anugerah khas dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong.
PASTI al-Fatonah yang indah, di Bukit Chatak 1, Dungun. Dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, moden dan mesra membuktikan bahawa PAS lebih dari hanya sebuah parti politik. Ia mendokong aspirasi Islam yang sentiasa berkebajikan, selaras dengan pembangunan dan relevan sepanjang zaman

sumber: Buletin Online

Saturday, February 02, 2008

Malaysia - Apa Sudah Jadi

Dalam sibuk orang mencari Sharlinie, mungkin ramai tidak menyedari ada satu kes cubaan menculik seperti Sharlinie berlaku di Pucong.
Akhbar Sin Chew Daily melaporkan (dan dipetik oleh The Star On Line)

Khamis 31 January 2008
Satu kejadian culik kanak-kanak perempuan berusia 5tahun telah digagalkan. Kejadian berlaku di Puchong di luar sebuah restoran. Seorang lelaki di dalam van telah mengumpan kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan gula-gula.

Apabila lelaki tadi menarik kanak-kanak perempuan tadi, kakaknya berusia 12 tahun yang nampak kejadian tersebut berlari cuba menyelamatkan adiknya. Kakaknya juga cuba ditarik lelaki tadi. Tetapi apabila lelaki tadi nampak seorang perempuan lalu, lelaki tadi melarikan diri meninggalkan adik beradik tadi.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat lapuran polis berhubung dengan kejadian itu.

The Star Thursday January 31, 2008
Sisters almost abducted by man offering sweet from van TWO children were almost abducted by a man sitting inside a van who lured them with candy while they were playing outside a restaurant in Puchong, Sin Chew Daily reported. He tried to pull the five-year-old girl into the vehicle when the girl came to get the candy but the girl’s sister, 12, who saw the incident, ran to her rescue. He tried to drag the older sister in as well. However, when he saw a woman coming by, he abandoned his attempt and drove off.
A police report had been lodged by the girls’ parents, it reported.

http://thestar.com.my/news/story.asp "