Monday, August 23, 2010

Ramadhan yang Rugi


Oleh Ramli Abdul Halim

Allah SWT memberi pahala berganda kepada hamba-Nya yang mengambil kesempatan keberkatan Ramadan.

SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur.

Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula.

Juallah apa sahaja, termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, acar pisang butir banyak, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa.

Sekali gus bulan Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.

Pagi-pagi lagi di ruang-ruang pejabat atau bila dua sahabat bertemu di mana-mana sahaja, paling lazim yang menjadi tajuk utama percakapan ialah tentang apa yang mahu dijadikan juadah berbuka. Juga juadah untuk bersahur.

Kononnya sekian-sekian juadah mesti kena ada sewaktu berbuka atau bersahur di samping akan diceritakan kedai mana yang paling bagus untuk berbuka, untuk bersantai sementara tunggu mata mengantuk dan juga kedai yang mampu membuka selera ketika bersahur.

Jarang yang bertanya atau berbincang tentang berapa surah daripada 114 surah al-Quran, berapa juzuk daripada 30 juzuk kitab suci itu dan berapa ayat daripada 6,236 ayat keseluruhan al-Quran dengan 4,780 daripadanya diturunkan di Mekah dan dinamakan surah/ayat Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi diturunkan di Madinah dan dinamakan surah/ayat Madaniyyah yang sudah dibaca dihayati.

Juga jarang ditanya pada malamnya pula apakah diisi dengan sembahyang sunat terawih, dilipatgandakan sembahyang sunat tahajud, sunat tasbih dan macam-macam sembahyang sunat atau masih kekal pada bulan-bulan Ramadan yang lepas-lepas, banyak masa dihabiskan dengan bersantai di warung-warung menikmati pelbagai hidangan santai ketika rakan-rakan yang lain di masjid, surau atau madrasah, berterawih.

Pada siang harinya pula apakah ditukar tabiat daripada bercakap tentang hal-hal keduniaan yang bersifat mengumpat individu-individu tertentu, kepada membanyakkan berzikir dan beristighfar dan juga menyambung bacaan al-Quran yang dibaca pada malam hari atau menjelang pagi serta selepas sembahyang subuh supaya cepat khatam.

Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tahap menyumbang kepada pembaziran.

Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.

Selain para penjual mendapat laba hasil larisnya jualan juadah berbuka dan bersahur, kita tidak akan dapat laba apa sepanjang Ramadan kalau kekalkan tabiat menjadikan ia sebagai pesta juadah sedangkan dari sudut amal ibadahnya tidak meningkat pun dan tetap juga kekal pada tahap biasa.

Apatah lagi jika yang berdosa membiarkan diri kekal dengan dosa tanpa bertaubat nasuha. Semalas mana pun kita, kena usahakan juga supaya khatam al-Quran sekali dalam bulan puasa yang mana kalau bulan-bulan biasa setiap ayat yang dibaca akan dibayar dengan 10 kebajikan oleh Allah dan jika dibaca keseluruhan ayat al-Quran yang mengandungi 1.2 juta huruf dibaca kita akan dapat 12 juta kebajikan, bila al-Quran dibaca pada bulan puasa, maka jumlah kebajikannya tentulah berlipat kali ganda lagi.

Demikian juga dengan amalan-amalan lain termasuk bersedekah, sembahyang sunat, berzikir, beristighfar, memulakan penghidupan baru yakni meninggalkan kehidupan mungkar kepada kehidupan yang diredai-Nya akan diberi juga pahala yang berganda.

Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan.

e-mail dari Ikhwan Fahmi

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan di Pakistan


TAROO JABBA, Pakistan. August 11 – Pada bulan Ramadhan tahun ini, Nazia dan suaminya Sheraz, seorang tukang masak , hampa dalam mencari keperluan untuk bulan Ramadhan . Mereka hilang rumah dan kedai makan mereka dalam banjir besar yang melanda Pakistan awal Ogos menjelang Ramadhan. Banjir terbesar sejak 80 tahun , dan menenggelamkan 1/5 bumi Pakistan disebelah barat laut.

Sekarang keluarga ini tiada makanan untuk berbuka puasa. Kawan-kawan dan jirannya dahulu di wilayah Khyber Pakthunkhawa yang sentiasa tolong menolong telah hilang entah kemana. Banjir ini bukan sahaja memusnahkan masyarakat kampungnya bahkan cara hidup mereka.

"Kami tidak kaya," kata Sheraz, sambil berehat di sebelah isterinya Nazia dibawah teduhan pokok tepi jalan di Taroo Jabba, pekan kecil di pinggir Peshawar. "Tapi kami ada rumah sendiri – rumah dibuat dari tanah."

"Saya tidak dapat bayangkan yang satu hari kami terpaksa tinggal ditepi jalan."

"Ramadan adalah bulan semangat untuk berkongsi," Nazia menerangkan dalam kesedihan. "Dahulu jiran-jiran kami akan bertukar-tukar makanan sekalipun kami memasak sedikit makan yang paling ringkas untuk berbuka puasa. Tetapi sekarang mereka semua telah tiada . Mereka tinggal di khemah atau dengan saudara-mara di tempat yang jauh entah di mana"

Nazia masih trauma dengan kejadian banjir dan kehilangan rumah: "Saya terkejut di tengah malam kerana pekikan orang ramai," dia menceritakan. "Saya mencapai anak-anak saya dan tinggalkan rumah. Adalah sangat sukar berjalan di tengah malam yang gelap dan mengharungi air separas dada. Dalam arus yang deras itu terasa ada orang menolak saya dengan kuat untuk melawan arus. Saya seperti hilang upaya dan terasa hampir hanyut bersama anak –anak saya" Alhamdulillah, suaminya membantu dan memebawanya ketempat yang lebih tinggi.

Di seluruh Pakistan, jutaan ( lebih 10 juta ) mangsa banjir yang terselamat menghadapi masaalah ketiadaan makanan dan air bersih untuk minum. Mereka berpuasa tetapi hampir tidak mampu untuk berbuka- tiada makanan. Mereka bersembahyang dan sujud di atas lumpur separas buku lali. Ditambah lagi sebahagian mereka mengalami tekanan ketiadaan tempat tinggal dan makanan untuk keluarga. Demikian menurut lapuran seorang sukarelawan perubatan.

Sebahagian mereka bernasib baik. Abdul Karim 35, sebagai contoh, ayah kepada empat orang anak tinggal di kem mangsa banjir mendapat bekalan makanan untuk berbuka puasa setiap hari. Ramadan iftar mengandungi tea, beras, gula, garam, kurma, rempah, juice dan tepung susu , gandum untuk roti dan pakora. Ini adalah sebahagian dari 20,000 yang diagihkan oleh UNHCR dan didermakan oleh Arab Saudi kepada tiga kem – Jalozai, Togh Sarai, dan Kem Benazir Complex dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa .

BANJIR PAKISTAN MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

Tuesday, May 18, 2010

Dungun juara bola sepak Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2010

Alor Lintah, Besut - 15 Mei 2010

TAHNIAH !! TAHNIAH !!

PASTI Kawasan Dungun telah menjadi juara pertandingan bola sepak di Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2010 yang diadakan di Alor Lintah, Besut. Pertandingan akhir bola sepak belangsung di antara PASTI Dungun vs. PASTI Marang yang mana seri dengan 2-2. Kemenangan akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti dengan kemenangan berpihak pada pasukan bola sepak Dungun dengan 3-2. Takbir!!

Pihak PASTI Dungun mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan syabas terutamanya kepada jurulatih (Wahi & Shahir) yang telah berusaha sungguh-sungguh dalam memastikan strategi kemenangan yang disusun berhasil. Syabas !!

Bagi pertandingan bola jaring, PASTI Dungun memperolehi tempat ke-4, namun insyaAllah beriltizam akan lebih baik pada tahun hadapan.. insyaAllah.

Pihak PASTI Dungun juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan ibu bapa yang memberi kebenaran untuk anak mereka bertanding ke peringkat negeri. Tidak kurang juga, ibu bapa yang bersemangat dan menjadi supporter kepada pasukan PASTI Dungun. Jazakumullahukhairan !!

InsyAllah, selepas ini pemain-pemain daripada pasukan bola sepak PASTI Dungun yang terpilih akan mewakili pasukan PASTI Negeri Terengganu ke Karnival Sukan PASTI Kebangsaan 2010 di Pulau Pinang.

Siru 'ala barakatillah !! Takbir !! Takbir !!



Monday, May 10, 2010

Karnival Sukan Pasti Kawasan Dungun 2010


Pada 2hb Mei baru2 ini, Jabatan Pasti Kawasan Dungun telah menganjurkan Karnival Sukan PASTI peringkat kawasan. Karnival ini melibatkan pertemuan diantara 4dun yakni Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi. Karnival bermula pada jam 8pagi dan tamat pada waktu Zohor.

Di bawah adalah sebahagian gambar2 sepanjang karnival ini berlangsung.

Awal pagi perkarangan masjid pulau serai telah dipenuhi dengan ibu bapa, anak2 serta guru2 pasti yg terlibat dalam sukan.


pendaftaran aktiviti ibubapa dan cabutan bertuah di kaunter urusetia


suasana ketika karnival

Urusetia sedang melakukan 'last setup' utk gelanggang bola jaring


pertemuan pertama bola sepak iaitu diantara pasukan paka & sura

pasukan paka

pasukan sura


wahi, juruletih pasukan sura

meja urusetia sibuk dengan kehadiran ibubapa


orang ramai turut hadir utk menyaksikan kehebatan pelajar2 pasti bermain bola sepak

aksi jurulatih muslimat, cg aisyah

itu diaaa...danial merembat...

pertemuan kedua iaitu diantara pasukan bt besi & rantau abang

berehat sebentar bersama cikgu...

kehebatan pelajar2 pasti dungun bermain bola jaring diakui

acara lari dalam guni juga mencuri perhatian penonton

sana..sana.. amik bola tu, kata cikgu...

dengan kusyuknya masing2 melihat..

acara untuk bapa

acara utk ibu

acara tarik upih

acara kepit bola

serrraannng.. amik gula2 tu..

final : Team Sura vs Team Rantau Abang

block die.. jangan bagi die shot...

melepaskan lelah bersama keluarga

keputusan berpihak kepada pasukan bola sepak dun Sura


Final: Team Rantau Abang vs Team Sura


Team Sura memenangi pertandingan bola sepak


Johan keseluruhan berpihak kepada Dun Sura dan dianugerahkan Piala Pusingan oleh Cikgu Li wakil JPNT yang turut hadir merasmikan Karnival Sukan PASTI kali ini.