Friday, May 01, 2015
Thursday, April 30, 2015
KARNIVAL SUKAN PASTI KAWASAN DUNGUN 2015
Tahun ini, Dun Rantau Abang menjadi tuan rumah bagi Karnival PASTI Sukan 2015. Karnival yang gilang gemilang ini menyaksikan 7 kumpulan bola sepak dan 8 kumpulaan bola jaring dari Dun Rantau Abang, Paka, Sura & Bukit Besi berlawan bagi menjuari Sukan PASTI Kawasan Dungun 2015.
Antara acara yang dipertandingkan adalah :
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Mewarna
- Khemah Berhias Tercantik
Jom Ibadahkan Sukan!!
Posted by
tunas
at
1:07 AM
3
comments
Monday, March 30, 2015
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI
Mac 2015 - Persiapan Sukan PASTI Kawasan Dungun
PASTI Cawangan-cawangan pada bulan ini bersiap melatih pemain bola sepak & bola jaring di PASTI masing-masing utk berentap di Kanival Sukan PASTI Dungun bulan April nanti.
Jom Ibadahkan Sukan!!
Posted by
tunas
at
12:45 AM
2
comments
Sunday, March 15, 2015
PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN PELAJAR PASTI DUNGUN
Pelajar-pelajar PASTI cawangan di Kawasan Dungun mejalani pemeriksaan pergigian.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Klinik Pergigian Dungun... :)
Posted by
tunas
at
10:24 PM
5
comments
Saturday, February 28, 2015
SIMPOSIUM JEMAAH PENGURUS PASTI DUNGUN
21 Febuari 2015 - Madradah Darul Bayan, Paka
Semua pengurus PASTI Dungun berada di Simposium Pengurus PASTI Dungun hari ini bagi mendapat taklimat dan halatuju PASTI Sesi 2015 oleh Pengerusi PASTI Dungun, En Khairul Ismail.
Di antara agenda simposium ini adalah sesi dialog bersama pimpinan harian PASTI Dungun. Di akhir program ini, satu Resolusi telah dihasilkan bagi memantapkan pegurusan PASTI Dungun disemua peringkat cawangan, dun dan kawasan.
~ PASTI Memartabatkan Peranan Pengurus ~
Posted by
tunas
at
10:02 PM
3
comments
Friday, February 20, 2015
BENGKEL PRAKTIKAL PNP PASTI DUNGUN 2015
19 Febuari 2015 - Madrasah Darul Bayan, Paka
Hari ini, semua guru & pembantu guru PASTI Kawasan Dungun berkumpul di Dewan Seminar Madrasah Darul Bayan bagi menghadiri Bengkel Praktikal PNP yang dikendalikan oleh dua orang pakar pendidikan PASTI Malaysia, Cikgu Fatimah & Cikgu Shukri.
Objektif bengkel adalah untuk memantapkan kaedah pengajaran & pembelajaran guru-guru di samping mendapat teknik terkini paling berkesan dalam mendidik pelajar PASTI.
PASTI MENDIDIK GENERASI BERTAQWA :)
Posted by
tunas
at
9:48 PM
8
comments
Sunday, February 15, 2015
KURSUS PERSIAPAN MENGAJAR GURU PASTI DUNGUN 2015
6 Feb 2015 - Sura
Pada hari ini, guru-guru PASTI Dungun berkumpul di Bangunan PAS Dun Sura bagi menjalani kursus Persiapan Mengajar Guru PASTI untuk sesi baru 2015.
Kursus yang dianjurkan oleh Majli Guru PASTI (MGP) Dungun ini adalah kursus tetap setiap awal tahun untuk menyiapkan guru bagi menghadapi sesi baru. Kursus kali ini dibawa oleh Cikgu Razak, pakar pendidik daripada Kemaman. Sasaran PASTI Dungun agar guru-guru PASTI adalah yang terbaik.. terlatih.. mendidik anak-anak yang pintar soleh.
Siru 'ala barakatillah.. Teruskan & Istiqamah dalam Perjuangan.
Posted by
tunas
at
9:35 PM
3
comments
Thursday, January 15, 2015
Thursday, January 01, 2015
PENDAFTARAN PASTI DUNGUN SESI 2015
Posted by
tunas
at
10:00 AM
0
comments
Monday, May 05, 2014
Sunday, April 20, 2014
Monday, March 03, 2014
Tujuh kaedah mendidik anak cemerlang - Dr. Fadzillah Kamsah.
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah...
Gambar : Carian Google
Posted by
tunas
at
12:00 AM
0
comments
Saturday, February 08, 2014
Gotong Royong Mengecat PASTI Batu Tiong
Batu Tiong, Rantau Abang - Kerja-kerja gotong royong mengecat PASTI dilaksanakan bersama dengan AJK PASTI Cawangan. Mural dilukis oleh ameerah. Inilah indahnya kehidupan berjemaah.
Posted by
tunas
at
6:40 AM
0
comments
Tuesday, January 14, 2014
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan,
mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan
anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula
menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk
mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah
boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa
terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada
fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi,
Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya
bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang
akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin
dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya
mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya
ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab
dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya
punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya
untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan
memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau
terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar
oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak
mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru
mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka
bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan
yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan
apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim
berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang
salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan
dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta
tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi
dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
Posted by
tunas
at
3:32 AM
0
comments

























al 