Tuesday, May 15, 2007

Tahnik

Sebelum hadir dimajlis perasmian Sambuatan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun, Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang telah singgah di rumah Hj. Shariff untuk berehat dan makan malam. Dalam kesempatan itu Tuan Guru telah melakukan tahnik ( membelah mulut) tiga orang bayi, iaitu anak Sdr Hanafi Sh Hassan bernama Izzudin Abdul Salam, anak Sdr Luqman bernama Nurin Ain, dan cucu tuan rumah bernama Muhammad Uwais Al Qarni bin Roszainuddin




Perasmian

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah meluangkan masa bagi merasmikan program Sambutan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun pada sebelah malam. Turut serta dalam ceramah perasmian pada malam 11 Mei ialah Sdr. Mazlan Aliman , Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, dan Ust Saiful Bahri Mamat, Timbalan YDP Kawasan Dungun. Majlis penyampaian anugerah PASTI Perintis telah disempurnakan oleh Dato Seri Presiden kepada dua buah PASTI; iaitu PASTI Al Fatonah Bukit Chatak 1 dan PASTI An Nur Sura Tengah. Kedua-dua PASTI ini ditubuhkan pada tahun 1986. Enam orang Guru Perintis turut menerima anugerah pada malam itu. Tuan guru mengingat sidang hadirin tentang pentingnya berjuang menegakkan negara Islam, supaya Islam berdaulat dan umat Islam diberi keselamatan di dunia dan akhirat. Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera.
Sebanyak RM 2690.00 berjaya dipungut dalam derma kilat yang dilancarkan pada malam itu bagi mengisi Tabung Pembangunan PASTI .




Persembahan Pelajar

Pelbagai acara persembahan pelajar telah diadakan pada petang 11 Mei 2007 sementara menunggu keputusan pengadil bagi acara mewarna dan melukis . Bacaan Al Quran telah disampaikan oleh pelajar PASTI AnNurin Pinang Merah . Pelajar –pelajar PASTI DUN Rantau Abang telah mencuri tumpuan pengunjung dengan cat walk pakaian beragam. Ikrar pelajar PASTI telah dibacakan oleh pelajar PASTI Sura dan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar PASTI Bukit Chatak 2






Larian Amal PASTI

Acara Larian Amal PAST 2007 pada 11 Mei 2007 jam 5.30 petang telah memeriahkan lagi sambutan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun. Ustaz Azaman Shapawi Abd Rani, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu telah melepas peserta larian sejauh 4 km. Lebih dari 120 orang peserta pelbagai peringkat umur telah mengambil bahagaian.




Melukis

Pertandingan melukis turut diadakan pada hari jumaat, jam 3.00 petang sebagai acara pembukaan Sambutan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun bagi pelajar-pelajar berusia di bawah 12 tahun. Lebih 100 peserta dari pelbagai sekolah rendah telah turut mengambil bahagian.


Mewarna

Sempena Sambutan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun, satu pertandingan mewarna telah diadakan di Masjid Sura Lama. Seramai lebih dari 300 pelajar-pelajar PASTI berdekatan telah mengambil bahagian. Memandangkan sambutan diluar jangkaan, sebahagian peserta terpaksa dimulakan lewat kerana bilangan peserta melebihi kertas lukisan yang sediakan. Acara pembukaan ini telah diadakan pada pukul 3.00 petang , hari jumaat 11 Mei 2007.





Friday, May 04, 2007

Sambutan 20 Tahun & Sukan PASTI Dungun

PASTI Kawasan Dungun insyaAllah akan menganjurkan Sambutan 20 Tahun PASTI dan Sukan PASTI pada hari Jumaat & Sabtu, 11 & 12 Mei 2007 di Dataran Masjid Sura Dungun. Aturcara akan bermula jam 3 petang dengan acara mewarna dan melukis serta Larian Amal PASTI pada jam 5.30 petang Jumaat 11 Mei 2007. Antara pengisian menarik bagi pelajar PASTI termasuklah pertandingan bolasepak,bola jaring, sukaneka dan persembahan. Orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai jenis sukan rakyat antaranya Larian PASTI, Pentonque Bergu, Sepak Bulat, Orang Kuat ( Tarik Kereta ) dan lain-lain. Pelbagai acara untuk muslimat turut disediakan. Ceramah perasmian akan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 11 Mei 2007 jam 9.30 malam. Acara kemuncak Sukan PASTII akan diadakan pada 8.30 pagi Sabtu 12 Mei 2007. Ibubapa dan orang ramai dijemput hadir. PASTI pasti berjaya!