Monday, June 15, 2009

Pesta Sukan PASTI Kawasan Dungun

Perkarangan Masjid Sura Lama sekali lagi dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan tahunan PASTI Kawasan Dungun antaranya bolasepak, bolajaring dan sukaneka pada 23 Mei 2009.

Latihan selama 2 bulan, akhirnya membuahkan hasil apabila PASTI Dun Sura dinobatkan Juara Bolasepak dan Bolajaring Sukan PASTI Kawasan Dungun pada 23 Mei baru-baru ini.
Dun Sura ditentang hebat oleh Dun Bukit Besi dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan kemenangan 2 - 1.

Lebih manis lagi ianya sebagai hadiah istimewa buat Ketua Jurulatih Bolasepak PASTI Dun Sura, Tg Wahiazizie @ Wahi yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama.

PASTI Dun Sura Vs PASTI DUN Rantau Abang


PASTI DUN Sura & PASTI DUN Bukit Besi bergambar sebelum perlawanan akhir



Perlawanan akhir

Pasukan bola sepak PASTI DUN Sura bersama jurulatih Tg. Wahiazizie, beberapa minit sebelum majlis walimatul urus.

Saturday, June 13, 2009

Selamat Pengantin Baru


Majlis aqad nikah Sdr. Tg. Wahiazizie ( Setiausaha PASTI DUN Sura) dengan Norhidayah Isa pada 21 Mei 2009

Thursday, June 11, 2009

Wednesday, March 25, 2009

25 Tahun PASTI


Alhamdulillah..
PASTI di tanahair tercinta ini sudah berusia 25 tahun. Tentunya banyak sekali suka duka yang telah dilalui oleh para pejuang, pendokong, guru, mahupun warga PASTI sejak dari peringkat awal penubuhannya hinggalah sekarang.
Difahamkan, Sambutan 25 Tahun PASTI akan diadakan sepanjang tahun 2009 dan acara kemuncaknya nanti akan diadakan pada 16-17 Oktober nanti di Kota Bharu.

Memetik ucapan Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin suatu ketika dulu :-"Warga PASTI kini perlu mengenang susah payah generasi awal yang mengurus dan mentadbir PASTI di masa lalu, terutama guru-guru yang gigih mendidik anak menjadi generasi pejuang yang beriman dan berakhlak mulia tanpa imbuhan yang sewajarnya"Semoga semua warga PASTI dapat bersama-sama mengembeling tenaga untuk menjayakan Sambutan 25 Tahun PASTI dengan jayanya.

Katalog Buku

Tarikh kemaskini : Oktober 2009

Monday, February 02, 2009

Trauma Perang; Kanak-Kanak Gaza Cipta Alfabet Baru


Perang ganas Israel yang dilancarkan ke Jalur Gaza selama 22 hari melekat kuat dalam ingatan anak-anak Gaza. Sehingga anak-anak Gaza memaknai susunan abjad dalam alfabet dengan kata-kata yang berkaitan dengan peperangan yang baru saja mereka alami.

Shaimaa, seorang pelajar sekolah rendah di Gaza berusia 10 tahun, tidak lagi menuliskan huruf A misalnya, untuk kata "Apple" atau huruf B untuk kata "Ball". Shaimaa lebih memilih kata "Apache" (jenis helikopter tempur yang digunakan Israel ketika menyerang Gaza) untuk huruf A, kata "Blood" (darah) untuk huruf B, kata Coffin (keranda) untuk huruf C dan kata "Destruction" (kehancuran) untuk huruf D dan seterusnya.

Shaimaa menuliskan kata-kata semacam itu untuk semua alfabet dalam buku catatannya yang berwarna-warni. Shaimaa bahkan menyatakan, alfabet yang dibuatnya itu harus dipadukan ke dalam kurikulum sekolah karena lebih cocok digunakan untuk belajar sehari-sehari di sekolah.

Hampir semua anak-anak Gaza melakukan hal yang sama dengan Shaimaa. Mereka membuat membuat kata-kata dari susunan alfabet berdasarkan pengalaman yang mereka lihat dan merasakan sendiri kekejaman Israel dalam perang yang baru selesai (?).
Seorang guru di Gaza bernama Amal Yunis mengakui ramai anak-anak peringkat tadika di kelasnya yang juga menggunakan kata-kata yang hampir sama dengan yang digunakan Shaimaa. Ia menceritakan pengalamannya ketika mengajar di dalam kelas, ia melekatkan gambar apel (Apple), bunga (Flower) dan arnab (Rabbits) dengan warna-warna yang terang dengan maksud membuat anak-anak senang melihatnya. Amal lalu bertanya pada murid-muridnya,"Anak-anak, siapa yang tahu kata yang diawali dengan huruf 'F'?
Seorang muridnya bernama Amgad menjawab,"Saya tahu, Bu. 'F' untuk 'F-16' (jenis pesawat tempur yang digunakan Israel)."
Yunis berusaha menjelaskan dan meyakinkan murid-muridnya bahwa jawaban yang benar adalah "Flower". Tapi ia makin terkejut ketika pelajar-pelajar perempuan kecilnya malah memberikan kata-kata yang lain seperti "Fear" (takut), "Flee" (pelarian) dan "Fire" (api, kebakaran).

Serangan keji Israel ke Gaza membuat anak-anak di Gaza kini akrab dengan bahasa-bahasa yang menggambarkan pengalaman ngeri mereka selama perang berlangsung. Seorang ibu bernama Umi Faras mengatakan, anak-anaknya kini lebih banyak memperbincangkan tentang perang, pemboman dan kematian. Salah seorang anak lelaki Umi Faras yang masih berusia tiga tahun, sampai sekarang bahkan masih suka gementar dan menjerit ketakutan jika mendengar suara-suara bising di luar rumah.
"Dia akan menangis dan berteriak, 'ibu .. bom, bom'," tutur Umi Faras.

Lain lagi dengan Alaa Al-Shawwa, seorang anak perempuan Gaza berusia 6 tahun. Ia tidak percaya dengan dongeng penglipulara yang diceritakan ibunya sebelum ia tidur. Alaa selalu mengatakan pada orang tuanya, "Tidak Bu. Anak perempuan berbaju merah itu tidak dimakan oleh srigala. Tapi dia dibunuh oleh orang-orang Israel."

Perilaku anak-anak di Gaza, seperti Shaimaa atau Al-Shawwa menunjukkan bahwa mereka mengalami masa-masa yang menakutkan dan penuh tekanan selama berminggu-minggu serangan ganas Israel. Trauma akibat perang telah merampas sifat anak-anak mereka.
"Mereka lupa apa itu damai, gembira dan lucu. Mereka cuma ingat tentang perang, darah dan kematian," kata Fadl Abu Hayen, Pengarah Center for Social Rehabilitation and Crisis Management.

Itulah gambaran anak-anak di Gaza sekarang, mereka kehilangan masa kanak-kanak yang seharusnya bisa mereka nikmati dengan keriangan dan kehangatan. Sebuah kajian yang dilakukan Universitas Queen, Kanada menyebutkan bahwa pola kekerasan yang dialami anak-anak Palestine mengakibatkan kesan psikologis yang sangat serius dan memerlukan waktu bertahun-tahun untuk memulihkannya.

sumber : http://www.eramuslim.com/

Katalog Beautiful Telekung

Tarikh kemaskini : Oktober 2009