Sunday, April 25, 2010

Apa itu Leptospirosis

Dalang penyakit 'demam lumpur'

Pada tahun 2007 sahaja, kes leptospirosis telah meningkat secara mendadak kepada 929 berbanding 527 kes pada tahun sebelum itu. Wartawan YEO LI SHIAN merungkai permasalahan yang diakibatkan oleh air kencing tikus ini


KUAN EE (bukan nama sebenar), 35, seorang tukang paip yang banyak menghabiskan masa membaiki paip-paip di sekitar ibu kota. Dalam tempoh setahun bekerja, pernah beberapa kali dia mengambil cuti sakit ekoran ‘penyakit’ yang memperlihatkan simptom-simptom biasa. Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah adalah antara yang dialaminya.

Hampir setiap kali kunjungannya ke klinik, jawapan doktor yang diterimanya ialah: “Tak apalah, mungkin cuaca atau tersalah makan. Lepas makan ubat ini, kalau tak sihat lagi, datang balik.”

Walaupun selepas satu ketika demam panasnya mulai reda, Kuan Ee kini dibimbangi pula dengan pelbagai masalah lain. Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerangnya. Penglihatannya pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom kali ini yang disangkakan berlanjutan sehingga beberapa hari rupa-rupanya berterusan selama berminggu-minggu.

Akhirnya, Kuan Ee disahkan menjadi mangsa leptospirosis, satu perkataan yang tidak pernah terlintas di ruang fikirannya.

Seperti juga Kuan Ee, leptospirosis adalah istilah yang terlalu asing bagi kebanyakan kita. Mengapa agaknya pengetahuan terhadap leptospirosis begitu rendah?

“Simptom-simptom leptospirosis lazimnya nampak begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia tersalah didiagnosis sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

“Hanya sebahagian kecil iaitu lima hingga 10 peratus kes ini bertambah teruk sehingga menjurus kepada penyakit Weil,” kata Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr. Christopher Lee ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


Menurutnya, leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis leptospirosis tahap serius.

Pada tahun 1870, hasil penemuan bersejarah Adolph Weil telah direkodkan iaitu selepas beliau mengesan kehadiran penyakit ini pada empat orang pesakitnya.

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam swamp atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Tahun 1907 pula memperlihatkan satu kaedah staining khas yang digunakan untuk mengesahkan sejenis spirochete iaitu leptospira sebagai dalang penyakit ini.

Tidak tertakluk kepada jenis etnik tertentu, Christopher menjelaskan jangkitan leptospirosis boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung atau tidak langsung dengan air kencing binatang tercemar.

“Organisma seakan bakteria iaitu spirochete yang biasanya mudah ditemui di persekitaran, misalnya tanah adalah dalang penyakit ini. Leptospira mungkin ditelan tanpa sengaja sewaktu seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti beriadah.

“Luka pada kulit atau membran mukus dalam mata ataupun hidung juga merupakan tempat yang mudah dijangkiti,” jelasnya yang juga seorang pakar perunding kanan penyakit berjangkit.

Jika anda peminat sukan rekreasi khasnya yang melibatkan air, ini mungkin berita yang kurang menyenangkan anda. Meskipun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mempunyai data yang menunjukkan tahap pencemaran leptospira di sungai atau tempat awam, ini tidak bermakna anda bebas risikonya.

“Aktiviti berisiko tinggi termasuk berenang sewaktu banjir atau di sungai, berakit, berkayak, menyertai aktiviti di kawasan berlumpur, misalnya berkhemah serta mendaki gunung.

“Berenang merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak boleh dicegah daripada kecenderungan tertelan air atau terkena kulit. Bagaimanapun, hanya dalam air masin seperti di laut sahaja bakteria tersebut tidak akan bertahan,” katanya.

Satu laporan pada November lalu menunjukkan wabak leptospirosis berlaku di Ireland selepas berakhirnya satu pertandingan berkanu di sebuah sungai.

Biarpun leptospirosis merupakan sejenis ‘penyakit universal’ dan boleh berlaku di mana-mana di dunia, ia bagaimanapun lebih biasa ditemui di kawasan beriklim tropika yang mencatatkan taburan hujan dan banjir tertinggi.

Menyentuh tentang hujan, Christopher pantas menegaskan bermain atau berenang dalam air banjir bukan sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya sering kali terkejut melihat sesetengah ibu bapa membiarkan anak bermain dalam air banjir. Waktu air hujan melimpah, pelbagai bakteria dan penyakit dibawa masuk ke dalam air banjir. Ibu bapa patut menghalang anak mendekati air banjir,” katanya.

Tentu ada yang tertanya-tanya apa pula risiko mereka yang menjadikan tikus sebagai makanan, ini jawapan beliau: “Bakteria ini telah pun mati selepas tikus dimasak.”

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kadar kelaziman wabak leptospirosis telah dilaporkan di negara-negara berbeza seperti di India, Peru, Hawaii, Amerika Syarikat (AS), Thailand dan Malaysia.

Di AS sahaja, kira-kira 100 hingga 200 kes leptospirosis dilaporkan setiap tahun oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu. Kira-kira 50 peratus kes itu berlaku di Hawaii.

Mungkin sebab itulah, tidak patut kita memperlekehkan kekecilan bakteria ini kerana hanya setitik air sahaja sudah mampu menjejaskan hidup anda.

Bercerita lanjut, Christopher berkata, masyarakat urban yang tinggal di kawasan dengan persekitaran yang kotor sehingga mengundang kehadiran tikus secara semula jadinya lebih berisiko.

Andainya hanya kerana kes leptospirosis jarang kedengaran di bumi Malaysia, itu tidak bererti kita tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Satu data yang diperoleh daripada KKM baru-baru ini mungkin akan membuka mata anda. Jumlah keseluruhan kes leptospirosis yang dimasukkan ke wad dalam tempoh sedekad ini (dari tahun 1999 sehingga 2007) adalah sebanyak 3,161 kes. Jika diamati pada perangkaan tahun demi tahun, bilangan kes penyakit ini nyata menampakkan peningkatan.

Thursday, March 25, 2010

6 Pesanan Rasulullah SAW

1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA
AZAN DILAUNGKAN

-wanita hendaklah solat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu:
i.Ajal yang datang tanpa di sangka2
ii.datang bulan yg tidak dijangka waktunya
iii.kedatangan tetamu ke rumah
-sebenarnya, sebaik2 tempat solat bg wanita adalah di rumahnya sendiri

2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR

a.Al-Quran
-Sabda Nabi Muhammad saw..
'Tetaplah kamu mmbaca Al-Quran kerna ia adalah NUR untk kehidupan & bekalan untk hari akhirat. ia merupakan kekasih d dalam kubur & pemberi syafaat d akhirat kelak.."
-hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerna kite wajib mengkhatam Al-Quran 2 thn sekali..ia juga merupakan hak Al-Quran..dikatakan jika kite ingin menghabiskan bacaan kita,kita hendaklah membaca 4muka @2helai
-Ajarkan Al-Quran kpd anak2 dan membiasakan mereka membacanya stiap hari, & jdkan salah seorg drpd anak kita hafiz Al-Quran

b.Zikir
-Kita hendaklah istiqamah mengingat Allah tdak kira dlm apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yg mungkin seolah2 kite melihat Allah & Allah melihat kita
-kita kena berusaha untk habiskan zikir 300x pagi & 300x petang iaitu selepas waktu subuh & asar

3) ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM

-merupakan 1 pr0ses blaja & mengajar
-hdupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah scara istiqamah kerna ia akan mendatangkan kesan yg baik pd diri kita
-majlis ini dihadiri oleh para malaikat & ia merupakan sunnah rasullullah saw..
-fadhilatnya :
i.rumah yg istiqamah mngadakn majlis ini akan bercahaya seperti bintang2 bg penduduk langit..
ii.Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dlam rumahtgga kita.
iii.Syaitan2 akan keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kita..

4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM

-Kite kne pastikan supy kite wujudkan suasana madrasah dlm rumah kite untk kite dpatkan suasana iman & amal,supaya senang untuk kita didik anak2 kite..
-Dekatkanlah anak2 kita dgan kisah2 para sahabat supaya akhlak mereka seperti sahabiah2 dahulu..
-ajarkan mereka juga doa2 masnun & supaya mereka yakin dengan Allah, dan terapkan sunnah2 rasullullah saw dlm kehidupan mereka..
-''didiklah anakmu dengan 3 prkara iaitu, Cinta kpd nabi mereka,cinta kpd ahli keluarga dan bacalah Al-Quran

5) HIDUP BSEDERHANA

-hiduplah secara bersederhana,ikut kemampuan..
-luangkan masa untuk melakukan banyak amal ibadat..
-lihat org yg lebih miskin supaya kita akan merasa syukur dengan kurniaan Allah SWT..

6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH

-galakkan suami untuk keluar brdakwah untuk menegakkan agama Allah supaya
iman & amal dpt wujud dalam rumahtangga kita..

Lawatan ALP PASTI Kawasan Dungun Ke PASTI Bestari Al-Hikmah, penerima anugerah Johan PASTI 3K peringkat Kebangsaan

Sebahagian gambar2 di sekitar program lawatan ke PASTI Bukit Kuang, Kemaman.




















Saturday, December 26, 2009

Pengganas Israel Penjara 306 Kanak-kanak

Ramallah (Palestine) 9 Dec 2009 . Jumlah kanak-kanak Palestine dari usia semuda 12 tahun yang ditahan oleh regim Israel sehingga Nov 2009 ialah 306 orang, demikian menurut lapuran Defence For Children International – Palestine ( DCI-Palestine ) dan sumber dari Israeli Prison Services ( IPS ). Kanak-kanak ini ditempatkan di penjara Israel dan juga di penjara dalam kawasan Palestine yang diceroboh Israel.
Angka purata ini meningkat sebanyak 13% berbandi
ng 2008 dan menurun kepada 306 pada Nov. 2009.

Berikut adalah bilangan kanak-kanak yang di penjara sepanjang bulan dalam tahun 2009

Jan 389

Feb 423

Mar 420

Apr 391

May 346

Jun 355

Jul 425

Aug 339

Sep 326

Okt 325

Nov 306

Dis belum ada data

Seorang mangsa, Hamdi al Tamari masih ditahan tanpa sebarang tuduhan. Dia telah ditahan sebanyak empat kali.

Menurut satu lapuran lain kanak-kanak Palestine yang ditahan telah diseksa dengan kejam oleh tentera dan polis Israel. Mereka dipukul, tendang dan pelbagai jenis deraan lain dan ada yang mati disiksa.. Lebih dari 600 bantahan dibuat terhadap Agensi Keselamatan Israel berhubung dengan penyiksaan terhadap tahanan kanak-kanak, tetapi tiada satu siasatan pun dijalankan.

Saturday, December 05, 2009

7 Tol Melalui Sirat

Sirat atau titian yang merintangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada sesiapapun yang akan terkecuali daripada merintangi titian ini. Dalam titian ini, manusia akan menghadapi tujuh sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

1. Sekatan pertama, manusia akan diperiksa dengan syahadah mereka. Adakah benar mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya seperti dalam lafaz syahadah. Manusia juga mestilah bebas dari syirik.

2. Sekatan kedua, manusia akan diperiksa dengan solat mereka. Solat hendaklah sempurna dengan rukun-rukun, syarat-syarat serta khusyuk hati mereka.

3. Sekatan ketiga, manusia akan ditanya mengenai ibadah puasa mereka. Adakah puasa mengikuti rukun-rukunnya serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa atau merosakkan pahala puasa.


4. Sekatan keempat, manusia akan ditanya mengenai zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat seperti yang disyariatkan.

5. Sekatan kelima, manusia akan diperiksa dengan ibadat haji.

6. Sekatan keenam, manusia akan ditanya dengan wudhuk dan mandi wajib. Kecuaian dalam melaksanakan kedua-dua ibadah ini menyebabkan sesetengah ibadah tak boleh dilaksanakan. Perlu belajar, tidak boleh ikut-ikut orang dalam melaksanakan ibadah bersuci. Tidak boleh sekadar membaca buku, perlu berguru agar tidak sesat dan diganggu syaitan.

7. Sekatan ketujuh, manusia akan ditanya sama ada mereka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Tidak boleh disembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap manusia lain.
Jika tol atau sekatan jalan raya (road block) di dunia mampu dihadapi dengan mudah oleh manusia. Masuk jalan bertol, kena bayar tol. Kalau kena saman kat road block, boleh bayar. Boleh buat rayuan lagi. Namun di akhirat tidak semudah itu. Hanya amalan, keikhlasan dan keimanan manusia yang mampu menghadapi sekatan-sekatan yang bakal dikenakan. Sebuah kisah dalam Al-Quran dalam surah Al Kahfi sebagai renungan.

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Surah Al Kahfi: 32-33

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh. Dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

Surah Al Kahfi: 34

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Surah Al Kahfi: 35-36

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Surah Al Kahfi: 37-38

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Surah Al Kahfi: 39

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakan dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Surah Al Kahfi: 40-41

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Surah Al Kahfi: 42

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan Yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Surah Al Kahfi: 43-44


-ibnuahmad-

Rujukan:

1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Buku Harakah, Kuala Lumpur.
2. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majidy, (2008), Kisah Cinta dalam Al-Quran, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.

Tuesday, December 01, 2009

10 Tabiat yang menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, November 15, 2009

PASTI Akan Buang Hadis Palsu Dalam Teks Prasekolah

Malaysiakini, 26 Oktober 2009 -

Jabatan pendidikan prasekolah PASTI akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.

Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.

"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.

"Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.

Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI pada asalnya bercadang menerbitkan edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.