Saturday, April 28, 2007

Kelab Komputer

Jemaah Pengurus PASTI qaryah Kuala Dungun (DUN Sura) telah mengadakan majlis penyerahan bahan bantu mengajar berupa set TV dan computer kepada empat buah PASTI di bawah pengurusannya iaitu PASTI As Syakirin, PASTI Al Mawaddah, PASTI Al Fatonah dan PASTI Al Munawwarah. Majlis tersebut telah diadakan pada 6 April 2007 di PASTI Al Fatonah qaryah Bukit Chatak 2. Pihak PASTI Kuala Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individi dan pihak yang telah memberikan sumbangan tersebut. PASTI akan sentiasa menambah baikan lagi kemudahan IT supaya dapat memberi pendedahan awal asas teknologi maklumat kepada pelajar-pelajar PASTI. Lebih 100 orang ibu bapa turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ybhg Ust. Wan Hassan Mohd Ramli , YDP PAS Kawasan Dungun. Serentak dengan itu juga, Pengerusi Jemaah Pengurus PASTI Kuala Dungun, Saudara Ahmad Yani telah melancarkan Kelab Komputer PASTI.



No comments: