Sunday, January 11, 2009

Terkini : Israel akan meneruskan serangan fasa ke 3 di Gaza ?

Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009),

Dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.
Terdapat desas-desus bahawa Majlis Keselamatan Israel telah membincangkan kemungkinan meneruskan pelaksanaan operasi serangan kepada “Fasa III” , satu langkah yang akan menyaksikan tentera rejim Zionis akan terus menggasak Semenanjung Gaza.

Ahad ,11/01/2009 - Pada petang Sabtu (10/1/2009),

Satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.
Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.
Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.

No comments: