Monday, October 08, 2007

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar antara kepercayaan Masyarakat Melayu Dengan tuntutan al-Sunnah

Soalan 1: Malam Lailatul Qodar itu jatuh pada hari ke berapa?

Jawab: Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang
artinya):
“Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu subuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan solat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Hadits di atas menunjukkan bahwa malam Lailatul-Qodar pada saat itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rasulullah melihat dalam mimpi mereka bahwa malam Lailatul-Qodar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari sahabat Abdullah bin ‘Umar ).

Yang sahih dari perbedaan para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul-Qodar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, terkadang pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.
Adapun hikmah berpindah-pindahnya malam Lailatul-Qodar supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadhan. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah.
(Syaikh Utsaimin)

Soalan 2 : Apa alamat/tanda malam Lailatul-Qodar?
Jawab: Lailatul-Qodar mempunyai beberapa alamat/tanda, baik secara langsung (yaitu pada malamnya) maupun setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya).
Adapun alamat secara langsung (yaitu pada malamnya) di antaranya:
1. Sinar cahaya sangat kuat pada malam Lailatul-Qodar dibandingkan dengan malam-malam yang lainnya. Tanda ini pada zaman sekarang hanya boleh dirasakan oleh mereka yang tinggal ditempat yang jauh dari cahaya lampu eletrik atau sejenisnya.
2. Bertambah kuatnya cahaya pada malam itu.
3. Thuma’ninah. Yaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan
oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang yang
lainnya.
4. Angin dalam keadaan tenang pada malam Lailatul-Qodar, tidak berhembus kencang (tidak ada badai) dan tidak ada guntur. Hal ini berdasarkan hadits dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya
Rasulullah saw. bersabda (yang artinya): “Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Romadhan) yaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan dishohihkan oleh keduanya).

Kemudian hadits dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

5. Terkadang Allah memperlihatkan malam Lailatul-Qodar kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana hal ini terjadi pada diri para sahabat Rasulullah .
6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul-Qodar lebih tinggi dari malam-malam yang lainnya. Adapun alamat setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya) di antaranya: Matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeda dengan hari-hari biasanya.
Hal ini berdasarkan hadits dari sahabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan: “Sesungguhnya Rasulullah saw. mengkhabarkan kepada kami: “Sesungguhnya Matahari terbit pada hari itu dalam keaadaan tidak tersebar sinarnya”. (HR. Muslim no.762, 2/828)

Adapun alamat yang menyebutkan bahwa tidak ada atau sedikit salakan anjing pada malam Lailatul-Qodar adalah tidak benar, karena terkadang dijumpai pada 10 malam terakhir di bulan Romadhan anjing dalam keadaan menyalak.

Berhubung dengan tanda pokok-pokok akan tunduk pada malam itu, itu adalah kepercayaan masyarakat melayu yang tidak mempunyai sandaran yang kukuh daripada al-Qur'an dan juga al-Sunnah. Ia juga bukan bukti menunjukkan berlaku lailatul qadar pada malam itu. Mungkin juga pokok-pokok itu tunduk kerana angkara ribut atau binatang ternakan manusia. Mungkin juga ia merupakan petanda lailatul qadar yanag ditunjukkan oleh Allah kepada orang-orang tertentu sahaja dan tidak kepada semua orang.
Apa yang penting ialah seseorang bersungguh untuk beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan dan Insya' Allah dia pasti akan menemui lailatul qadar itu, walaupun dalam keadaan tidak menyedarinya. Sebenarnya apa yang disebutkan di dalam al-sunnah di atas, lebih wajar diikuti.

article oleh : Syakir Hassan

Monday, October 01, 2007

Hazaimudi Dalam Kenangan Ramadhan


Pihak warga PASTI Kawasan Dungun mengucapkan takziah kepada keluarga terdekat Ustaz Hazaimudi Mat Hassan, AJK PASTI qaryah Kuala Dungun yang terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan ngeri di selekoh Kelulut Marang. Semoga roh beliau diletakkan bersama orang yang soleh.

Kereta yang dipandu beliau telah dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas akibat tidak sempat memotong di selekoh berkenaan.
Jenazah beliau, ibu dan dua anak saudaranya telah sampai ke Surau Taman Rakyat, Gong Pasir Dungun kira-kira jam 2.10 pagi dari Hopital Sultanah Nur Zahirah K. Terengganu. Keluarga dan kenalan serta orang ramai berhimpun di Surau Taman Rakyat sejak jam 10.00 malam menunggu jenazah . Solat jenazah diadakan pada jam 2.40 pagi diimamkan oleh Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, YDP PAS Kawasan Dungun. Kira-kira 250 orang mengerjakan solat Jenazah termasuk Ustaz Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Jenazah dikebumikan di Kubur Gong Pasir dan semuanya selesai pada pukul 3.20 pagi.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Tabung Khairat Kematian Taman Rakyat yang mengurus Jenazah 2 anak saudaranya dan Pemuda PAS Kawasan Dungun yang mengurus semua perbelajaan untuk pengkebumian beliau dan ibunya.

Hazaimudi Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Mudi di kalangan kawan-kawan rapatnya adalah seorang tenaga pengajar di Sekolah Rendah Bersepadu (Islam) Zainal Abidin. Beliau telah mula mengajar di sekolah berkenaan sejak mula ditubuhkan ( tiga tahun lalu ). Mudi adalah lulusan Diploma Kaunseling dari Kolej Jaipetra Kota Bharu.

Sebelum itu beliau aktif mengajar fardhu ain bagi kanak-kanak di beberapa buah surau antaranya : Surau Padang Jambu, Surau Bunga Raya dan Surau Kubur Kg. Molek. Mudi juga aktif bersama Pemuda PAS sebagai AJK Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu dan AJK Pemuda DUN Sura ( Ketua Lajnah Tarbiyyah ) .

Kali terakhir saya sempat bertemu beliau ialah pada hari rabu ( dua hari sebelum kemalangan ) . Mudi datang ke pejabat PASTI bagi mengedarkan pamphlet kemasukan pelajar Sek. Ren. Zainal Abidin sesi 2008. Tiada apa - apa yang luar biasa pada wajahnya. Seperti biasa dengan joke nya yang sedikit mengena. Itu kebiasaan beliau. Saya merasa sedikit terkilan selepas kejadian malang itu kerana semasa beliau datang saya tidak banyak melayan nya kerana sedang asyik melakukan kerja-kerja lain. Menurut sahabat yang sempat bersama beliau pada pagi jumaat, tiada apa yang ganjil pada Mudi. Beliau solat jumaat di masjid Pulau Serai sebelum bertolak ke Manir, K. Terengganu. Namun begitu menurut cerita rakan –rakan guru di Sek Ren Zainal Abidin, pada hari rabu, Mudi pernah mencadangkan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajarnya pada hari khamis (esoknya). Tetapi guru-guru lain mencadangkan pada hari isnin kerana tidak sempat membuat persiapan. “ Kalau hari isnin dok dang ( tak sempat )”, jawab Mudi. Guru-guru lain tidak faham apa yang di maksudkan . Mungkin Mudi sendiri pun tidak tahu mengapa dia menjawab begitu.
Mudi adalah seorang yang peramah, tetapi tidaklah talkative. Antara hobinya memelihara binatang. Kucing dan burung adalah kegemaranya yang dipelihara di rumahnya di Kg. Binjai Stesen
Semoga roh beliau diletakkan bersama orang yang soleh.



Dalam kenangan, Hazaimudi sedang membuat balingan dalam acara pentonque semasa Sambutan 20 tahun PASTI Kawasan Dungun pada 11 Mei 2007


Empat sekeluarga, satu lain maut nahas tiga kereta

Oleh: IRMAN HASHIM (UM)
MARANG 28 Sept
. – Lima orang termasuk empat sekeluarga dan seorang pengantin baru terbunuh manakala lima yang lain cedera parah dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 24, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berdekatan Kampung Alur Tuman di sini.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.50 petang ketika sebuah kereta Honda Ferio yang dinaiki tiga lelaki yang dikatakan dipandu laju dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas ketika melalui satu selekoh.
Kereta itu kemudiannya memasuki laluan bertentangan dan menghentam sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki tujuh sekeluarga sebelum terhenti di tengah-tengah laluan. Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey yang dinaiki enam sekeluarga yang mengekori kereta Proton Wira berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh Honda Ferio berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, mangsa yang terbunuh ialah empat orang yang menaiki kereta Proton Wira iaitu pemandunya, Hazaimudi Mat Hassan, 28, bersama ibunya, Siti Fatimah @ Zainun Yusop, 53, dan dua beradik yang merupakan anak saudaranya iaitu Nurul Nabila Azmi, 10, dan Rabiatul Adawiyah, 3.
Seorang lagi yang meninggal dunia, kata beliau, ialah penumpang belakang kereta Honda Ferio, Mohd. Izzy Akmal, 25, dari Taman Purnama, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang baru sebulan melangsungkan perkahwinan.
Menurutnya, ketika kejadian Hazaimudi dan anggota keluarganya sedang dalam perjalanan dari Kampung Binjai Stesen, Dungun ke Manir, Kuala Terengganu untuk berbuka puasa di rumah kakak Hazaimudi, Sabrina Mat Hassan, 36, di Kampung Kesom.
Beliau memberitahu, mereka yang cedera parah pula adalah kakak Nurul Nabila, Nurul Shafikah, 12, sepupunya, Zulhilmi Zulkifli, 21, dan bapa saudaranya, Husnu Tajudin, 17. Turut cedera parah ialah pemandu Honda Ferio, Idris Husin, 29, dari Taman Bukit Mentok, Kemaman dan penumpang kereta itu, Fadil Mohd. Nor, 26, dari Manir, Kuala Terengganu manakala enam sekeluarga yang menaiki Honda Odyssey terselamat.
Kesemua jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, seorang saksi, Mohd. Shahril Ismail, 24, yang menunggang motosikal di belakang kereta Honda Ferio itu berkata, dia melihat kereta itu memandu dengan laju dan kelihatan sedang berlumba dengan sebuah kereta BMW berwarna perak sebelum kemalangan itu berlaku.
Katanya, apabila tiba di selekoh jalan sebelum tempat kejadian, kereta Honda Ferio terbabas lalu melanggar kereta Proton Wira menyebabkan ia melambung sebelum tersadai di tepi jalan raya. “Kereta Honda Odyssey yang berada di belakang kereta Proton Wira cuba membrek tetapi gagal lalu merempuh kereta Honda Ferio itu,” katanya.

Thursday, September 27, 2007

Umrah Ramadhan

UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadan di mana Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan, mengenai kelebihan umrah pada bulan puasa.

Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?” Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.” Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain.

Diriwayatkan, pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf.Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi.Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Menjadi kebiasaan jemaah Malaysia akan berumrah dalam bulan Ramadhan selama dua minggu. Harga pakej akhir Ramadhan lebih mahal daripada awal Ramadahan dan juga berbanding di bulan- bulan yang lain. Ramai juga yang mengerjakan umrah Ramadhan selama sebulan bermula 1 Ramadahan hingga 1 Syawal.
Biasanya jemaah akan dibawa singgah di Madinah selama 3 atau 4 hari. Sembahyanag di Masjid Nabawi, solat di Raudhah, ziarah makam Rasulullah saw, melawat Medan Badr, Uhud dan beberapa masjid seperti masjid Quba , Qiblatain dan lain-lain adalah aktiviti -aktiviti di Madinah.
Jemaah akan bertolak ke Makkah pada sebelah petang , niat ihram di Bir Ali dan berbuka puasa dalam bas ( makan kurma dengan air mineral aje le ).
Sampai di Makkah pada jam 9.00 malam. Check in hotel dan kemudian melakukan umrah. Bilangan jemaah pada bulan Ramadhan adalah antara 2 hingga 3 juta. Ini adalah perhimpunan jemaah kedua terbesar di Makkah selepas musim haji. Hari yang paling ramai jemaah ialah pada 27 Ramadhan, dimana mereka percaya pada malam itu adalah Lailatul Qadr. Aktiviti Ramadhan di Masjidil Haram tertumpu di masjid sahaja. Sebab itu masjid sentiasa penuh dengan jemaah yang beribadat , samaada tawaf, sai, sembahyang membaca al Quran dan lain - lain, berbanding musim haji. Berbuka puasa di dalam Masjidil Haram hanya dibenarkan kurma dan air zam-zam. Teh dibenarkan dibawa masuk dari luar. Sementara jemaah yang berbuka puasa di luar masjid dihidangkan dengan juadah yang lebih berat.
Azan Isya pada bulan ramadhan dilewatkan setengah jam daripada biasa untuk memberi peluang jemaah berehat selepas berbuka.
Selepas habis Ramadhan ( 1 Syawal ), jemaah mula pulang. Bagi yang kaki raya, termenung aje la teringat raya di kampung. Di Makkah tiada suasana raya seperti di Malaysia. Selepas solat sunat Eid mereka pulang ke rumah masing-masing.

SELAMAT BERUMRAH RAMADHAN

Tuesday, September 25, 2007

Pintu Ar Rayyan

Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Monday, September 24, 2007

Carilah Kelebihan Ramadhan

Imam Ahmad meriwayatkan suatu hadits dari Abu Hurairah Rodliallohu anhu bahwa Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya:


“Di dalam bulan ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan pada umat- umat sebelumnya :(1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah Azza wa Jalla dari pada minyak kastiri (2) para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hinga berbuka. (3) setiap hari Allah menghiasi surga-Nya sambil berkata hamba-hamba-Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaan yang mereka rindu untuk memasukinya (4) Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehinnga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lainnya (5) Mereka diampuni oleh Allah Azza wa Jalla . pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para shabat bertanya wahai Rasulullah, apakah itu malam lailatul qadar ? Beliau menjawab, tidak karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikannya pekerjaannya”.

Inilah 5 perkara yang Allah simpan dan anugerahkan khusus hanya untuk kita, bukan diperuntukkan untuk umat yang lain, karena ia hendak menyempurnakan nikmatnya atas kita

Pertama: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah Azza wa Jalla daripada bau minyak kesturi. Padahal, bau yang keluar dari mulut ketika perut dalam keadaan kosong merupakan bau yang tidak disenangi orang, namun disisi Allah Azza wa Jalla hal ini lebih harum dibandingkan parfum jenis apapun. Hal ini disebabkan bau tersebut timbul dari ketaatan beribadah kepada-Nya. Segala seesuatau yang timbul dari beribadah dan sikap menaati Allah disukai oleh-Nya dan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih mulia. Tidakkah kita lihat orang yang mati syahid karena membela agama Allah?. Dia akan datang pada hati kiamat dengan luka yang mengucurkan darah dan pakaian yang berlumuran darah pula, tetapi dengan aroma yang harum semerbak.
Demikian pula dalam pelaksanaan haji, Allah Azza wa Jalla membanggakan malaikat tentang orang-orang yang berwukuf dengan mengatakan: Lihatlah hamba-hamba-Ku ini, mereka datang kepada-Ku dengan keadaan kusut dan berdebu (HR ahmad dan Ibnu Hibban di dalam shahihnya.). kekusutan mereka pada saat seperti itu sangat disukai Allah karena itu timbul dari ketaatan mereka kepada-Nya dengan meninggalkan semua yang dilarang di dalam ihram dan meninggalkan segala sikap kemewahan.

Kedua: Para malaikat memintakan ampun bagi mereka hingga mereka berbuka, sedangkan malaikat adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan disisi-Nya, yang tidak pernah melanggar perintah-Nya, dan selalu melaksanankan apapun yang diperintahkan-Nya. Maka sudah sewajarnya kalau Allah mengabulkan permohonan mereka untuk orang-orang yang bepuasa itu, yang memang sudah diizinkan oleh-Nya. Allah mengizinkan para malaikat untuk memintakan ampunan buat orang-orang yang beriman dari kalangan umat islam ini adalah semata-mata demi menghormati mereka, meningggikan sebutannya, dan menampakkan keutamaan puasa mereka.
Istighfar adalah permohonan ampunan, yaitu menutup dosa di dunia dan di akhirat serta menghapuskannya. Istighfar merupakan permohonan yang paling tinggi dan puncak segala tujuan, karena semua manusia pasti mempunyai kesalahan dan sering kali pula melakukan tindakan yang berlebihan terhadap dirinya sendiri sehingga mereka benar-benar memerlukan pengampunan Allah.

Ketiga: Allah menghiasi surga-Nya setiap hari sambil berkata, "Hamba-hamba-Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka sangat ingin memasukimu".. Allah menghiasi surga-Nya setiap hari merupakan persiapan untuk menyambut hamba-hamba-Nya yang baik dan untuk menambah semangat mereka agar semakin berkeinginan untuk memasukinya. Sedangkan perkataan-Nya: hamba-hamba-Ku yang saleh ingin melepaskan beban dan penderitaannya, berarti penderitaan dunia. Adapun mereka bersemangat melakukan amal saleh karena dalam amal saleh inilah terletak kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat, dan ini pula yang akan menyampaikan mereka ke tempat kesejahteraan dan kemuliaan.
Keempat: Setan-setan diikat dengan rantai dan belenggu sehingga meteka tidak dapat menyesatkan hamba hamba Allah yang saleh dari kebenatan dan tidak bisa menghalangi mereka dari kebaikan. Hal ini termasuk pertolongan Allah kepada meraka dengan cara menahan musuh-musuh mereka yang senantiasa mengajak para pengikutnya menuju neraka. Oleh karena itu, didapati orang-orang yang saleh pada bulan ini lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran di bandingkan dengan bulan lainnya.

Kelima: Allah mengampuni seluruh dosa umat Muhammad saw. pada akhir bulan ini apabila mereka melaksanakan apa-apa yang seharusnya mereka laksanakan pada bulan yang penuh berkah ini, baik berupa puasa maupun shalawat sebagai suatu keutamaan dari-Nya. Dalam hal ini Allah menyempurnakan pahala mereka setelah mereka selesai melaksanakan amalan-amalan mereka, karena sebagaimana orang yang bekerja, tentulah akan disempurnakan upahnya setelah pekerjaannya selesai.
Allah memuliakan hambanya dengan pahala yang besar seperti ini melalui tiga jalan.

Pertama, dia telah mensyariatkan kepada mereka amalan-amalan soleh yang menyebabkan mereka diampuni dosanya dan diangkat derajatnya. Seandainya Allah tidak mensyariatkannya niscaya mereka tidak dapat melakukan ibadah kepada-Nya seperti ini, karena suatu bentuk ibadah tidak dapat atau tidak boleh dilakukan kecuali berdasarkan wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasul-Nya. Oleh sebab itu Allah mengingkari orang-orang yang membuat syariat selain syariat yang diturunkan-Nya, dan menyebabkan perbuatan demikian sebagai syirik. Firman-Nya: "Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Asy-syura:21).

Kedua, bahwa dia telah memberi taufik kepada mereka untuk melakukan amal saleh, maka sudah barang tentu mereka akan mau melakukannya. Maka kepunyaan Allah-lah segala keutamaan dan karunia, Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah :janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar. (al-Hujurat:17).

Ketiga, Allah telah memberikan penilaian lebih dengan menganugerahkan pahala yang banyak, yaitu setiap kebaikan mendapatkan balasan sepuluh sampau tujuh ratus kali lipat, bahkan sampai yang tiada terbilang. Segala puji kepunyaan Allah, Rabb seluruh alam.
Saudara-saudaraku, datangnya bulan suci ramadhan merupakan nikmat yang paling besar bagi orang yang mendapatinya dan menunaikan hak-haknya dengan kembali kepada Rabb-nya; lepas dari kemaksiatan menuju kepada ketaatan, terhindar dari kelalalian menuju kepada zikir, dan yang jauh dari-Nya kini kembali mendekat kepada-Nya

(Sumber Rujukan: dari Risalah Sahru Ramadhan, Ibnu Utsaimin)

Pesanan Luqman Al Hakim

Catatan dari e-mail
KATA Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."

Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.
Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.

Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya." Lukman Al-Hakim berkata lagi: "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."
~amirhamzah~

Tuesday, September 11, 2007

Pohon Syuhada

Catatan dari e-mail


Ahad, 5 Ogos 2007 - Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, nama baru Untuk Bint Jbeil: "Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah" (Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut. Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai. Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel. Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut. "Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk. "Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi ( seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa". Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia, sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

Isnin, 6 Ogos 2007. Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

Subhaanallah...Jelas kelihatan daun-daun segar tumbuh di celah-celah pohon yang telah mati...Sungguh! Ia menjadi tanda bagi orang-orang berfikir...



Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu; Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad)...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...

Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...

wallhua'lam
Salam, ~amirhamzah~