Thursday, September 27, 2007

Umrah Ramadhan

UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadan di mana Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan, mengenai kelebihan umrah pada bulan puasa.

Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?” Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.” Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain.

Diriwayatkan, pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf.Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi.Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Menjadi kebiasaan jemaah Malaysia akan berumrah dalam bulan Ramadhan selama dua minggu. Harga pakej akhir Ramadhan lebih mahal daripada awal Ramadahan dan juga berbanding di bulan- bulan yang lain. Ramai juga yang mengerjakan umrah Ramadhan selama sebulan bermula 1 Ramadahan hingga 1 Syawal.
Biasanya jemaah akan dibawa singgah di Madinah selama 3 atau 4 hari. Sembahyanag di Masjid Nabawi, solat di Raudhah, ziarah makam Rasulullah saw, melawat Medan Badr, Uhud dan beberapa masjid seperti masjid Quba , Qiblatain dan lain-lain adalah aktiviti -aktiviti di Madinah.
Jemaah akan bertolak ke Makkah pada sebelah petang , niat ihram di Bir Ali dan berbuka puasa dalam bas ( makan kurma dengan air mineral aje le ).
Sampai di Makkah pada jam 9.00 malam. Check in hotel dan kemudian melakukan umrah. Bilangan jemaah pada bulan Ramadhan adalah antara 2 hingga 3 juta. Ini adalah perhimpunan jemaah kedua terbesar di Makkah selepas musim haji. Hari yang paling ramai jemaah ialah pada 27 Ramadhan, dimana mereka percaya pada malam itu adalah Lailatul Qadr. Aktiviti Ramadhan di Masjidil Haram tertumpu di masjid sahaja. Sebab itu masjid sentiasa penuh dengan jemaah yang beribadat , samaada tawaf, sai, sembahyang membaca al Quran dan lain - lain, berbanding musim haji. Berbuka puasa di dalam Masjidil Haram hanya dibenarkan kurma dan air zam-zam. Teh dibenarkan dibawa masuk dari luar. Sementara jemaah yang berbuka puasa di luar masjid dihidangkan dengan juadah yang lebih berat.
Azan Isya pada bulan ramadhan dilewatkan setengah jam daripada biasa untuk memberi peluang jemaah berehat selepas berbuka.
Selepas habis Ramadhan ( 1 Syawal ), jemaah mula pulang. Bagi yang kaki raya, termenung aje la teringat raya di kampung. Di Makkah tiada suasana raya seperti di Malaysia. Selepas solat sunat Eid mereka pulang ke rumah masing-masing.

SELAMAT BERUMRAH RAMADHAN

No comments: