Saturday, December 16, 2006


ANAK YATIM ( 1 )

Allah subhanahu wata’ala menciptakan alam dengan segenap isinya, kemudian mengaturnya dengan kebijaksanaan, kemurahan, dan kasih sayang-Nya. Maka menjadi kewajiban setiap hambaNya adalah ta’at, bersyukur, bersabar, dan memohon rahmat serta ampunanNya.
Anak-anak yatim ditaqdirkan oleh Allah subhanahu wata’ala lahir dan berkembang tanpa bapa adalah berdasar kebijaksanaan Allah subhanahu wata’ala yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Ketiadaan orang tua bukan berarti kekurangan bagi mereka, akan tetapi terdapat banyak hikmah yang diatur oleh Allah subhanahu wata’ala di antaranya:

1. Sebagai anjuran bagi orang mukmin untuk saling tolong-menolong, saling memperhatikan dan cakna terhadap nasib bersama, terutama terhadap anak yatim.
2. Sebagai sarana kepada orang beriman untuk menghidupkan sunnah nabi dan menegakkan ajaran Allah subhanahu wata’ala, tentang perhatian terhadap anak yatim.
3. Sebagai gesaan kaum mukminin menuntut dirinya memenuhi janji Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yaitu duduk berdamping dengan beliau bagi sesiapa yang memelihara anak yatim.
4. Sebagai bukti kebenaran iman seorang mukmin dan ibadat mereka kepada Allah dengan memperhatikan anak yatim. .
5. Sebagai saluran memperhalus dan memperindah akhlaq kaum mukmin dengan cara bergaul dengan mereka/sebagai benteng kaum mukmin dari api neraka.

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan ANAK-ANAK YATIM dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)".
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #215)

Friday, December 15, 2006

STESEN TV INDONESIA HENTIKAN RANCANGAN SMACK DOWN


JAKARTA: Siaran program gusti popular ’Smackdown’ dihentikan sebuah stesen televisyen Indonesia selepas timbul kontroversi ekoran kematian dua kanak-kanak dan tujuh lagi cedera, yang dikatakan akibat tindakan rakan sebaya mangsa meniru aksi ahli gusti profesional.Keputusan itu diambil berikutan tekanan selama berminggu-minggu daripada ibu bapa dan pendidik yang menyalahkan program itu kerana dikatakan mempengaruhi kanak-kanak berkelakuan ganas.Seorang kakitangan stesen TV berkenaan dipetik akhbar online thejakartapost semalam sebagai berkata, tayangan Smackdown ditamatkan bagi mengelak kontroversi yang menyemarak, bukan disebabkan syarikat berkenaan mengakui ‘pertalian’ antara kematian kanak-kanak itu dengan program yang disiarkannya.Menurut rekod persatuan bagi Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (NACP), mangsa yang meninggal dunia membabitkan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Bandung pada 16 November lalu dan seorang lagi berumur lima tahun di Ciputat.Antara yang cedera pula ialah anak lelaki seorang wakil rakyat wilayah di Balikpapan. Mangsa yang berumur tujuh tahun, dikatakan dihentak tiga rakan sedarjahnya yang lebih besar ketika sedang membaca buku dalam kelas, mengakibatkan paha kanannya patah, tulang paha teranjak kira-kira lima milimeter dan tulang bahunya terkehel.Dalam kejadian lain, seorang pelajar Tingkatan Satu di Kendari dimasukkan ke hospital akibat kecederaan teruk selepas dijadikan sasaran rakan sekelas yang menerajangnya dari belakang, menendang dan duduk di atas dadanya dan secara berterusan serta tanpa belas kasihan menghentak kepalanya di atas lantai simen.Sambil menggesa stesen TV menghentikan segera program berkenaan, seorang bapa saudara mangsa, yang dipetik agensi berita Antara, percaya anak saudaranya dibelasah rakan sedarjahnya yang mendapat pengaruh buruk program itu yang disiarkan berterusan empat jam selama enam malam setiap minggu.Kebimbangan itu turut disuarakan seorang ulama Cirebon, Syariff Muhammd Syech, yang membidas Smackdown serta menggesa agar siaran program itu ditarik balik.Beliau juga mahu polis membuat serbuan dan merampas semua CD serta VCD Smackdown yang dijual dengan meluas.Pakar motivasi terkemuka, Abdullah Gymnastiar juga menggesa stesen TV yang berhadapan saingan sengit untuk rating serta pendapatan daripada iklan, supaya menimbangkan kesan negatif program yang tidak mendidik seperti itu.Malah bekas ahli gusti antarabangsa Indonesia, Dimas Suyono, 29, yang lebih popular dengan panggilan “Indonesian Commando” percaya program itu perlu dihentikan segera sebelum mengakibatkan lebih banyak kesan buruk dan lebih ramai kanak-kanak menjadi korban.Setiausaha Agung NACP Arist Merdeka Sirait berkata banyak kanak-kanak yang menjadi ketagih untuk menonton Smackdown yang membawa kesan buruk kepada mereka dengan aksi ganas sehinggakan seorang kanak-kanak kecil pun tahu bagaimana untuk membunuh rakannya.

INFO Rancangan gusti di Malaysia
WWE Smackdown - TV3
WWE RAW – Astro Super Sport (saluran 80)
TNA Xplotion – Star Sports (saluran 82)

Sumber : Pemuda Wilayah

Sunday, December 10, 2006

PASTI BERTEMU TIMBALAN MENTERI PELAJARAN


Pemuda PAS yang diketuai oleh YB. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS bersama Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Pemuda PAS serta saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan juga saudara Kamarul Arif Ambak, Setiausaha PASTI telah membuat kunjungan hormat kepada YB. Dato' Noh Omar, Timbalan Menteri Pelajaran dan Pegawai-pegawai kanan kementerian Bahagian Sekolah Swasta. Pertemuan tersebut diadakan bertujuan memberi taklimat dan diskusi berkaitan pra sekolah yang dimiliki oleh Pemuda PAS iaitu PASTI, ianya berlangsung pada hari ini (4 Disember)
Sumber : Pemuda PAS Pusat

Saturday, December 09, 2006


DOHA , SUKAN ASIA, OIC & PERANG IRAQ

Pada masa ini peminat-peminat sukan Asia tertumpu ke Qatar. Sukan berprestige itu sedang berlangsung selama 15 hari. Doha berhak mendapat penganjuran setelah puas melobi negara-negara Asia (OCA) . Acara pembukaan yang disiarkan secara langsung ke beberapa negara pada 1 Dis 2006 turut mendapat pujian sebagai acara yang penuh gemilang.

Doha telah mengeluarkan belanja yang besar dengan sejumlah RM2.66 bilion (AS$700 juta) untuk membangunkan sebuah bandar raya Olimpik di mana dalamnya terdapat 1,050 rumah sehinggalah kepada vila mewah - kesemuanya untuk atlet dan pegawai Sukan Asia 2006.
Malaysia turut beraksi di Sukan Asia Doha dengan jumlah kontinjen negara 232 atlet dan 113 pegawai. Selain negara sukan kaya seperti China, Korea dan Jepun , negara-negara miskin terutama yang baru merdeka selepas Soviet berpecah seperti Kazakstan turut serta. Bahkan negara yang sedang bergolak seperti Iraq dan Palestine tidak ketinggalan. Penyertaan mereka sebagai menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih lagi wujud. sebagaimana yang ditegaskan oleh Liza Agasi dari Iraq mewakili acara bola tampar pantai wanita bersama adiknya sebagai regu.

Seperti biasa, derita umat Islam di Palestine , Iraq, Afghanistan dan lain-lain akan dilupakan semasa pesta sukan Asia ini. Umat Arab sibuk di stadium Doha atau di hadapan TV. Kalau kita masih ingat , di saat bola sepak Piala Dunia sedang rancak berlangsung di German baru-baru ini , Israel pada yang sama menganyang Palestine. Tetapi umat Islam tetap leka bercakap tentang bola.

Mungkin kita lupa siapa sebenarnya Qatar dalam Perang Teluk yang menjatuhkan Saddam Hussin dan Iraq terus hancur hingga hari ini.

Qatar adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ketika itu. Pada masa yang sama merupakan antara negara yang menyediakan kemudahan ketenteraan kepada kuasa besar AS dan sekutunya untuk melancarkan serangan ke atas Iraq. Bayangkan senario ini, negara Pengerusi OIC yang sepatutnya menjadi penaung kepada negara-negara anggota pada masa yang sama menjadi tempat operasi tentera dan salah satu pusat pelancaran serangan ke atas Iraq. Ia bukan sahaja akan menampakkan krisis identiti kepada OIC dan Qatar bahkan akan mencerminkan betapa lemahnya pertubuhan itu dalam menangani isu Iraq.
Selain tentera AS dan Britain mempunyai markasnya di pangkalan As Sayliyah di Qatar, - Bahrain, Arab Saudi dan Kuwait turut membenarkan negara mereka digunakan untuk operasi peperangan itu. Lebih dari 200,000 tentera asing berpengkalan di negara umat Islam mengelilingi Iraq

Sidang tergempar OIC yang diadakan di Qatar sebelum AS menyerang Iraq telah diboikot oleh negara anggota ,cuma enam ketua kerajaan dan negara bersetuju hadir sementara kebanyakan negara lain menghantar perwakilan peringkat pegawai kanan. Manakala Sidang Kemuncak Liga Arab di Mesir juga dilaporkan panas dengan perang mulut antara pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Arab Saudi, Putera Mahkota Abdullah Abdul Aziz tentang polisi Arab Saudi menjadi `sekutu' Washington.

Belum pernah AS dan sekutunya mendapat gelombang bantahan kuat dari seluruh dunia termasuk beberapa negara maju lain seperti Perancis, German dan lain-lain berhubung isu Iraq. Misi menentang kerakusan AS dan sekutunya kemungkinan besar berjaya jika seluruh anggota OIC bersatu padu dan berkongsi pendirian yang sama termasuk tidak membenarkan negara mereka digunakan bagi memerangi Iraq. Tetapi sayangnya Qatar, Pengerusi OIC sendiri menjadi sekutu kuat AS dan menyediakan tapak melancarkan serangan

"Kami akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia pada 2006 yang dibanggakan oleh seluruh rakyat tetapi yang terdekat ini sebagai penganjur sidang tergempar OIC dan salah satu pusat pelancaran serangan ke atas Iraq,'' kata seorang rakyat Qatar, Ahmed Jaham secara sinis pada masa itu.

Realitinya cukup memeritkan kerana masih banyak negara OIC yang merasa terikat dan takut terhadap kuasa besar itu atas pelbagai faktor daripada yang bersifat pentingkan negara sendiri, menjaga status quo rejim pemerintahan, hutang yang banyak dan mengharapkan bantuan ekonomi hinggalah untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman negara Islam lain ( lakonan kuasa besar )

Apabila Malaysia mengambil alih tanggungjawab sebagai pengerusi OIC pada Oktober 2003 iaitu selepas Iraq selesai ditakluk oleh AS dan sekutunya, ramai mengharapkan PM Malaysia Datuk Abdullah Ahmad Badawi akan memberikan suntikan baru dalam mengatasi banyak kelemahan pertubuhan itu. Malaysia yang dilihat oleh banyak pihak sebagai kuasa baru Islam, bukan lagi dari bumi Arab.
Tetapi apa yang berlaku tidak sebagaimana diharapkan. Ketika Lubnan berantakan diserang Israel, Pak Lah selaku pengerusi OIC sibuk bercuti keluar negara. Malaysia tidak mampu menghadapi tekanan AS supaya menidurkan OIC

Wednesday, December 06, 2006

TIPS MENGHADAPI BANJIR


Musim banjir kebiasaannya melanda negeri-negeri Pantai Timur pada bulan Disember, ditambah pula dengan ancaman tempias taufan Durian. Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa mungkin berlaku. Disini diperturunkan beberapa tips yang mungkin berguna.

Sebelum Banjir

1.Simpan dokumen penting di tempat yang selamat atau dibawa bersama dalam bekas yang kalis air.
2. Simpan / lekat nombor telefon yang penting.
3. Pastikan ahli keluarga anda tahu cara bertindak di saat kecemasan di rumah.
4. Buat pelan perpindahan kecemasan dan latih keluarga anda cara bertindak secara kecemasan. 5. Dapatkan maklumat banjir di tempat anda
6. Memasang back flow valve atau plug untuk mengelakan air masuk kedalam longkang, salur pembentungan & tandas.
7. Bersedia menutup suis elektrik, injap utama bekalan gas dan air paip
8. Letak barangan elektrik di tempat yang tinggi.
9. Kenal pasti pusat perpindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda.
10. Sediakan peralatan kecemasan

Semasa Banjir

1. Gunakan radio batteri untuk mengikuti maklumat banjir
2. Isikan air bersih kedalam bekas –bekas sebagai langkah berjaga—jaga jika air tercemar.
3. Tutup suis utama , suis barangan elektrik dan tong gas
4. Jangan sentuh dawai elektrik yang terputus, tergantung dan terjatuh.
5. Letakkan kenderaan anda di tempat yang tinggi . Jangan harungi air dengan kenderaaan anda.
6. Segera berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa atau apabila keadaan perlu.
7. Bawa bersama dokumen penting dan barangan berharga.
8. Jika tidak sempat berpindah , naik ke tingkat atas atau ke atas bumbung..
9. Pastikan rumah dikunci apabila hendak berpindah untuk mengelakkan kecurian.
10. Jangan berjalan di tempat arus deras atau berhampiran sungai dan longkang besar. Jangan biarkan anak-anak bermain air banjir.
11. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran terutama haiwan buas seperti ular dan buaya.
12. Bersedia dengan peralatan kecemasan.

Ketika Ribut

1. Jangan keluar dari rumah ketika terjadi angin kencang. Jika terpaksa keluar, pakai topi keselamatan untuk melindungi kepala.
2. Jangan mendekati tiang elektrik yang tumbang dan kabel elktrik.
3. Perhatikan imformasi cuaca. Jika diarah berpindah, segera ketempat perpindahan terdekat.
4. Untuk mengelakan tercecer pecahan kaca , gunakan film kaca yang biasa digunakan pada kereta atau masking tape. Tutup juga jendela dan pintu dengan kemas dan rapat.
5. Ikat barangan di rumah seperti benda-benda yang panjang, pasu bunga, barang-barang di halaman dan beranda agar tidak berterbangan dilanda ribut.
6. Sediakan peralatan kecemasan.

Selepas Kg. Beremban, Chubadak pula

Begitulah nasib orang Melayu perneroka bandar. Mereka dihalau seperti pendatang asing, walaupun mereka telah meneroka dan mendiami tempat tinggal mereka sudah puluhan tahun. Pihak berkuasa Tempatan dan Bandaraya tidak lagi menjadi agensi kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat marhaen. Mereka lebih merupakan barua taukeh pemaju, sedangkan mangsanya adalah terdiri rakyat yang sebangsa dengan mereka.
UMNO dalam Mesyuarat Agung mereka baru-baru ini sibuk melaung terpekik dan terlolong dengan kononnya agenda membela Melayu. Tiga hari selepas mesyuarat Agung UMNO, kampung orang Melayu Islam, Kg.Beremban diganyang. Tiada seorang pun muka pemimpin UMNO datang tunjuk muka termasuk yang menghunus keris semasa mesyuarat agung ( Mesyuarat Tingkap ) . Rupanya keris UMNO dihunus untuk menikam dan membunuh bangsanya sendiri.
Peristiwa yang sama berulang di Chubadak pada 5 Dis 2006. Seperti biasa penduduk kampong bertahan sehingga polis dan FRU turut memaksa mereka meninggalkan rumah mereka. Dan seperti biasa jaguh Melayu ahli mesyuarat tingkap tidak nampak batang hidung mereka. Akhirnya drama yang sama berulang , orang Melayu Islam Chubadak tewas. Menurut penduduk Kg. Chubadak , mereka telah membayar cukai tanah selama 29 tahun, tapi pada 1998 dinafikan hak sebagai penduduk asal kampung berkenaan.
Selepas ini kampong Melayu mana pula ?

Monday, December 04, 2006

BERKHATAN LEBIH BAIK DILAKUKAN KETIKA MASIH BAYI
BERKHATAN atau juga dikenali sebagai bersunat merupakan satu prosedur pembedahan kecil biasa dan ia perlu dilakukan oleh seorang Islam tanpa mengira jantina.
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
Adat ini akan dijalankan oleh bidan dan kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan khidmat khatan untuk bayi atau kanak-kanak perempuan .
Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.
Bagi kanak-kanak lelaki pula, majoriti ibu bapa memilih umur kanak-kanak antara 7 hingga 12 tahun untuk bersunat, tetapi ada juga ibu bapa yang menyunatkan anak mereka dalam tempoh sebulan selepas anak itu lahir.
Ketua pegawai perubatan merangkap penasihat perubatan antara bangsa Sunathrone Bio-Medical Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Tasron Surat berkata, amalan perubatan moden melihat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Ini kerana hari kedua selepas bayi dilahirkan adalah waktu terbaik kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi.
“Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, kesakitan yang dirasai tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’ katanya.
Menurut Dr. Mohd Tasron, kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.
“Bagi bayi, proses penyembuhannya lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja,’’ tambahnya. Selain dapat menjimatkan kos kenduri, anak-anak yang disunatkan pada usia 10 hingga 12 tahun juga sudah pandai meminta hadiah seperti alat permainan video apabila disunatkan, tentunya ini akan memeningkan kepala ibu bapa,’’ katanya sambil bergurau.