Monday, January 08, 2007

ANAK YATIM ( 2 )

Adab Terhadap Anak Yatim

Menunaikan hak-haknya, antaranya :



  1. Menjamin makanan yang cukup bagi mereka sebagaimana kebiasaan makanan masyarakat setempat . Pastikan mereka diberi makanan yang halal dan baik (berzat)

  2. Menyediakan pakaian yang baik, Perlu diberi perhatian supaya mereka berpakaian sopan dan menutup aurat.

  3. Memberi mereka tempat tinggal yang sepatutnya sebagaimana yang biasa dimiliki masyarakat setempat, termasuk peralatan-peralatan asas di dalam sesebuah rumah

  4. Menjaga, mengembangkan, dan mengembalikan harta mereka apabila mereka mencapai umur “rasyid” iaitu pandai menguruskan harta. Wali patut mendidik dan menguji mereka untuk mempastikan mereka mampu menjaga harta.

  5. Selain memperhatikan makanan, pakaian, dan tempat tinggal mereka, kita juga harus mengambil berat tentang kesehatan mereka. Segera membawa mereka ke hospital apabila terdapat tanda sakit.

  6. Berikan kasih sayang terhadap mereka sebagai ganti ibubapa mereka sebagai tempat mengadu. Selalulah mengusap rambut dan kepala mereka dengan kasih sayang .
  7. Latihlah mereka dengan adab-adab Islam dalam kehidupan harian .
  8. Menjauhkan mereka dari lingkungan yang kotor dan penyakit.

  9. Latihlah mereka membina jasmani yang cergas dengan aktiviti sukan, relah megembara dan lain-lain
  10. Mendidik mereka dengan sebaik-baiknya
  • Hantarlah mereka ke tempat pendidikan yang berdasarkan pendidikan Islam, yang bertujuan membina ketaqwaan, mencintai Al-Qur'an dan membina akhlaq yang mulia.
  • Penuhi keperluan peralatan pendidikan mereka,
  • Jauhkan mereka dari tempat, teman dan benda-benda yang menyebabkan mereka berakhlaq buruk. Seperti kaset, CD, film, majalah yang merusakan akhlaq mereka.
  • Tunjukkan contoh teladan yang baik bagi mereka.


Tempat Pendidikan Anak Yatim

Oleh kerana mulianya kedudukan mereka di kalangan umat Islam, maka syariat menganjurkan agar mereka dididik di tempat yang penuh tanggung jawab, seperti berikut:

  1. Rumah tangga keluarganya sendiri, keluarga terdekat.
  2. Rumah tangga keluarganya sendiri, keluarga jauh.
  3. Pusat penjagaan anak yatim berteraskan Islam.

  4. Individu yang memiliki kemampuan dan amanah.

Sesungguhnya niat baik orang beriman yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat balasan dan pertolongan dari Allah subhanahu wata’ala. Insya Allah.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan ANAK-ANAK YATIM dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #215)

No comments: