NASIHAT LUQMAN ( 1 )
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيد
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
( Surah Luqman - ayat 12 & 13 )وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيد
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Beberapa pengajaran
Ilmu
Kebijaksanaan ( hikmah ) perlu dimiliki oleh ibu bapa dan para pendidik dalam mentarbiyyah keluarga. Luqman telah dikurniakan hikmah oleh Allah, lantaran dengan itu ia menjadi orang yang bersyukur. Tidak dinyatakan dengan jelas samaada Luqman dikurniakan hikmah melalui belajar atau kurniaan langsung dari Allah sebagaimana Nabi Khaidir. Namun kita sebagai manusia biasa perlu mendapatkan ilmu dengan belajar.
Ilmu hendaklah dicari dengan bersungguh-sungguh oleh ibubapa sebagaimana bersungguhnya kita dalam mencari nafkah hidup. Ramai yang beranggapan, setelah tamat persekolahan atau universiti maka tamatlah dunia pendidikan kita. Apa yang perlu sekarang ialah menumpukan comitment kepada kerja mencari nafkah.

Kita sanggup menghadiri kursus berkaitan dengan profesion kita berminggu-minggu. Tanya sahaja kepada sesiapa yang terlibat dengan MLM , berapa kali seminar yang ia hadiri (kadang-kadang perkara yang sama ) , jauh mana, lama mana masa yang diperlukan. Tetapi kita tidak mampu untuk membeli buku, hadir majlis-majlis ilmu di surau atau masjid di qaryah kita, apatah lagi untuk hadir seminar Membentuk Anak yang Soleh .
Tanpa ilmu keibubapaan (parentship ) yang baik , kita mungkin gagal dalam membentuk permata hati menjadi anak yang pintar soleh
Kasih sayang
Dengan kebijaksanaan kurniaan Allah, Luqman menasihati anaknya. Perhatikan bagaimana bahasa yang digunakan oleh Luqman terhadap anaknya Ya bunaiya (wahai anak kesayangan ku ) . Satu bahasa yang lembut dan penuh dengan rasa kasih sayang kerana Allah. Luqman tidak mahu anaknya mendapat kemurkaan Allah yang mungkin akan menghumbankanya ke dalam seksaan api neraka.

Kita biasa menggunakan bahasa ucapan yang manja dan sayang hanya kepada anak-anak yang masih kecil . Jarang terdapat ibubapa menggunakan bahasa yang lembut dan melambangkan kasih sayang kepada anaknya yang telah besar terutama umur remaja yang penuh dengan cabaran. Kebiasaannya ibu akan berleter dan bapa pula marah-marah apabila menasihati anak remajanya, istimewa pula apabila anaknya sedikit nakal. Leteran dan marah akan menyebabkan anak remaja kita tidak sempat untuk berfikir tentang apa yang dinasihatkan. Ditambah pula dengan mereka mempunyai persepsi yang berbeza dengan ibubapa.
Ia akan merasa tidak dihargai dan sentiasa bersalah. Ini akan menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah dengan kawan-kawan.
Apa salahnya ibu menasihatkan anak permpuannya sambil memegang tangannya , menatap wajahnya degnan mesra dan memeluknya dengan penuh kasih sayang. Dan nasihatkanlah dia. Ayah pula menasihati anak lelakinya sambil berbincang dengan dengan perasaan kasih sayang.
Layanlah anak semasa kecil dengan dimanja dan dididik , layan ia sebagai seorang kawan apabila ia besar.
Sungguhpun begitu bukan bererti ibubapa tidak boleh memarahi anak-anaknya apabila mereka melakukan kesalahan. Marah juga adalah satu kemahiran mendidik.
Apa yang dinasihatkan oleh Luqman.
Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Inilah perkara besar , iaitu dosa syirik. Disinilah pentingnya ibu bapa mempunyai ilmu untuk menerangkan syirik dan bentuk-bentuk syirik akhir zaman ini bagi menyelamatkan anaknya dari seksa neraka. Luqman tidak menasihatkan anaknya dengan perkara- perkara kecil hal keduniaan . Oleh itu nasihatkanlah anak remaja kita supaya menjaga dirinya daripada perkara yang boleh merosakkan agamanya. Nasihat tentang gejala murtad hendaklah sentiasa diberi penekanan. Masaalah sosial yang melanda umat Islam yang semakin parah , serangan dan penghinaan terhadap umat Islam perlu diberi peringatan supaya membangkitkan rasa cinta mereka kepada Islam.

No comments:
Post a Comment