HIJRAH DAN KANAK-KANAK
Bagaimana ibubapa dapat menerangkan pengajaran hijrah kepada anak-anak.
Ibubapa boleh memilih beberapa kisah dari peristiwa hijrah yang dapat merangsang mereka supaya cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Islam. seperti kisah Saidina Ali kw.
Saidina Ali yang masih muda pada waktu itu sanggup berkorban dan berani mempertahankan Islam dengan tidur di tempat Rasulullah s.a.w. untuk mengelirukan orang-orang Mekah yang hendak membunuh Nabi.s.a.w. Bayangkan Ali tidur di tempat yang paling merbahaya .
Sy. Ali juga ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. supaya mengembalikan barang-barang yang diamanahkan kepada Nabi s.a.w. ,ketika orang- orang Mekah sedang memburu untuk membunuh Nabi s.a.w. Saidina. Ali sanggup dan berani menjalankan tugas yang bahaya itu.
Anak-anak dididik supaya menjadi orang yang sanggup berkorban dan berani mempertahankan Islam
Asma bt. Abu Bakar seorang muslimah yang cekal dalam menolong Rasulullah s.a.w dengan membekalkan mereka dengan makanan sehingga ia digelar Pemilik dua tali pinggang.
Anak-anak juga perlu diasuh supaya sentiasa berkerja untuk membantu dakwah Islam sebagaimana Asma
Lain-lain pengajaran

- Para sahabat berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan tanah air (Mekah) , rumah keluarga dan harta sebagai satu tanda kepatuhan dan pengorbanan mereka untuk Islam.
Anak-anak perlu ditanam sikap sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri . - Perjalanan hijrah penuh dengan perancangan rapi, seperti berjalan menuju ke gua Thur di selatan Mekah, tidak ke arah Madinah di utara. Asma bt. Abu Bakar menghantar makanan secara sulit dan Abdullah anak Saidina Abu Bakar menjadi penyampai berita kepada Rasulullah s.a.w. mengenai pergerakan penduduk Mekah dalam memburu Rasulullah s.a.w.
Anak-anak perlu dilatih supaya teliti dalam melakukan sesuatu perkara, berfikiran tajam dan berperancangan jauh. - Rasulullah s.a.w menggunakan orang musrik Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan. Ini bukan bererti Rasulullah s.a.w redha dengan kekafirannya.
Anak-anak perlu diberitahu bahawa tidak salah bergaul dengan orang-orang bukan Islam Di samping itu mereka perlu dilatih bagaimana untuk menerangkan Islam kepada kawan-kawan mereka yang belum Islam.
No comments:
Post a Comment