Friday, May 18, 2007

Aqidah Islamiah -Teras Keluarga Bahagia (1)

1.Muqadimah.
Setiap aktiviti kehidupan termasuklah berumahtangga, bermasyarakat dan bernegara akan menuju ke arah kebahagian dan kesempurnaan sekiranya berteraskan aqidah yang luhur dan ibadah yang betul. Kita sungguh bertuah kerana menerima Islam sebagai cara hidup. Kecaknaan Islam dalam soal berumahtangga melalui dua sumbernya; al Quran & al Sunnah adalah satu keajaiban.
Al Quran dan al Sunnah memberi panduan dan suluhan dalam soal penubuhan rumahtangga sehinggalah penceraian dan pembubaran, pengisian dalam sebuah rumahtangga yang berbentuk tanggungjawab sebagai suami,isteri,ibubapa,anak samada dalam bentuk material atau spritual, sehinggalah kepada soal pendidikan yang sempurna yang boleh menyelamat zuriat keturunan di dunia dan akhirat.
Islam mengubah persepsi tentang kehidupan rumahtangga daripada satu adat dan kerutinan kepada ibadat dan pengabdian, daripada nafsu dan mainan kepada amanah dan pertanggungjawaban. Justeru, mempelajari kosep kekeluargaan yang sebenar adalah fardhu ‘ain bagi setiap muslim dan muslimah yang berada di gerbang perkahwinan.

2. Pengenalan Aqidah.

Aqidah bermaksud keyakinan yang jitu dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala perkhabaran yang datang dari Allah dalam perkara uluhiyyat (ketuhanan ), nubuwwat (kenabian ) dan ghaibiyyat (alam ghaib seperti malaikat dan qiamat ).

3. Kesempurnaan Aqidah:

Ikhlas memperhambakan diri kepada Allah.
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ . سورة البينة : 5
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. "

Kufur kepada semua yang menyesatkan.
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ . البقرة :256
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "

Memelihara diri dari syirik.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا . سورة النساء : 116
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. "

4. Tuntutan Utama Aqidah:
Membenarkan segala perkhabaran dari Allah dan Rasul.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ . سورة الحجرات : 15
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). "

Mentaati Allah dan Rasul dalam semua situasi.
قُلْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ فإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْكَافِرِينَ . سورة آل عمران : 32
"Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. "
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ . سورة محمد : 33
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! "

Memberi kesetiaan kepada sesama mu’minin.
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ . سورة 55 .
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." Al Maidah 55

Melakukan tugasan menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran.
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ. سورة التوبة : 71
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "

5. Asas Aqidah Islam:
Beriman kepada Allah; Bahawa Dia bersifat dengan segala kesempurnaan, suci dari dari sebarang kekurangan, tiada sekutu baginya.
Beriman kepada Malaikat; Bahawa mereka adalah hamba Allah yang mulia, pantas melaksanakan perintah Allah swt tanpa mengenal erti maksiat.
Beriman kepada Kitab; Bahawa ianya adalah perkataan Allah swt dan segala kandunganya adalah benar.
Beriman kepada rasul; Bahawa mereka semuanya benar dan jujur.Mereka telah menyampaikan segala perintah Allah swt.
Beriman kepada hari Qiamat; Bahawa ia adalah suatu yang pasti berlaku, bermula dengan kebangkitan semula selepas mati ( ba’ath), perhintungan (hisab), timbangan (mizan), titian (sirat), Syurga, neraka.
Beriman kepada Qhada’ dan Qadar; Bahawa Allah telah mengetahui ketentuan sesuatu perkara dan masanya sebelum ianya berlaku. Maka semua perkara yang berlaku samada baik atau buruk adalah berlaku dengan ilmu,qudrat (kuasa) dan iradat(kehendak) Allah swt. Manusia terlepas dari qhada’ dan qhadar.

Article kiriman Syakir Hassan

No comments: