Monday, May 28, 2007

Pesta Sukan Negeri

Pesta Sukan PASTI Negeri Terengganu telah diadakan dengan meriahnya pada 25 & 26 Mei 2007 di Kg. Gong Kiat Kuala Terengganu. Pertandingan bola jaring bagi pelajar perempuan dan bola sepak bagi pelajar lelaki telah diadakan pada hari pertama. PASTI Kawasan Kuala Terengganu telah menjuarai kedua-dua acara ini. Bagi pertandingan bola jarring, Kuala Terengganu telah mengalahkan Pasukan Dungun dalam perlawanan akhir. Manakala acara bola sepak pula Kuala Terengganu menewaskan Marang 2- 1 dalam pertandingan akhir. Terdahulu daripada itu Kuala Terengganu telah menewaskan Hulu Terengganu 2 – 0 dan Marang menewaskan Dungun dengan sepakan penalty 8-7 dalam perlawanan separuh akhir.

Acara sukaneka diadakan pada hari kedua iaitu sabtu 26 Mei 2007. Acara dimulakan dengan perbarisan kontinjen daerah-daerah dan dikuti dengan ikrar PASTI serta pelepasan belon Pesta Sukan sebagai pelancaran yang dilakukan oleh Pengarah PASTI negeri. Ust Soud b Said. Sebanyak 8 acara sukaneka pelajar perempuan dan juga lelaki dipertandingkan. Kuala Terengganu sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Negeri Terengganu 2007. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato Ust Abu Bakar Chik , Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Dalam ucapan penutupnya beliau mengingatkan supaya umat Islam tetap bersama dengan jemaah Islam bagi perjuangan menegakkan Islam walaupun menghadapi pelbagai ujian dan fitnah.
Majlis penutup diakhiri dengan penyerahan bendera sukan PASTI kepada kawasan Dungun yang akan menjadi tuan rumah Pesta Sukan PASTI 2008.
MAJU SUKAN MAJU PASTI










No comments: