Friday, May 04, 2007

Sambutan 20 Tahun & Sukan PASTI Dungun

PASTI Kawasan Dungun insyaAllah akan menganjurkan Sambutan 20 Tahun PASTI dan Sukan PASTI pada hari Jumaat & Sabtu, 11 & 12 Mei 2007 di Dataran Masjid Sura Dungun. Aturcara akan bermula jam 3 petang dengan acara mewarna dan melukis serta Larian Amal PASTI pada jam 5.30 petang Jumaat 11 Mei 2007. Antara pengisian menarik bagi pelajar PASTI termasuklah pertandingan bolasepak,bola jaring, sukaneka dan persembahan. Orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai jenis sukan rakyat antaranya Larian PASTI, Pentonque Bergu, Sepak Bulat, Orang Kuat ( Tarik Kereta ) dan lain-lain. Pelbagai acara untuk muslimat turut disediakan. Ceramah perasmian akan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 11 Mei 2007 jam 9.30 malam. Acara kemuncak Sukan PASTII akan diadakan pada 8.30 pagi Sabtu 12 Mei 2007. Ibubapa dan orang ramai dijemput hadir. PASTI pasti berjaya!

No comments: