Wednesday, May 16, 2007

Sukan PASTI

Acara Sukan PASTI Kawasan Dungun sempena Sambutan 20 Tahun PASTI berlangsung pada 12 Mei 2007 Sabtu. Bermula jam 8.00 pagi, pelajar serta ibubapa telah pun memenuhi dataran Masjid Sura Lama. Pertandingan mewakili DUN masing-masing DUN Sura, Paka, Rantau Abang dan Bukit Besi.
Sebanyak 8 acara sukaneka pelajar perempuan dan bola jaring dipertandingkan. Pelajar lelaki pula dengan acara bola sepak dan juga 8 acara sukaneka. Pasukan PASTI DUN Sura telah muncul sebagai johan keseluruhan dengan memungut 590 mata dan diikuti oleh DUN Paka dengan 450 mata. Manakala DUN Bukit Besi dan DUN Rantau Abang berkongsi tempat ketiga dengan masing-masing 390 mata. Pasukan yang menang akan mewakili PASTI Kawasan Dungun ke Pesta Sukan PASTI Negeri pada 25 & 26 Mei 2007 di Gong Kiat Jalan Kuala Berang Kuala Terengganu. Dua acara iaitu bola sepak dan bola jaring akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan di Kota Bharu Kelantan pada bulan Jun 2007









No comments: