Tuesday, May 15, 2007

Perasmian

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah meluangkan masa bagi merasmikan program Sambutan 20 Tahun PASTI Kawasan Dungun pada sebelah malam. Turut serta dalam ceramah perasmian pada malam 11 Mei ialah Sdr. Mazlan Aliman , Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, dan Ust Saiful Bahri Mamat, Timbalan YDP Kawasan Dungun. Majlis penyampaian anugerah PASTI Perintis telah disempurnakan oleh Dato Seri Presiden kepada dua buah PASTI; iaitu PASTI Al Fatonah Bukit Chatak 1 dan PASTI An Nur Sura Tengah. Kedua-dua PASTI ini ditubuhkan pada tahun 1986. Enam orang Guru Perintis turut menerima anugerah pada malam itu. Tuan guru mengingat sidang hadirin tentang pentingnya berjuang menegakkan negara Islam, supaya Islam berdaulat dan umat Islam diberi keselamatan di dunia dan akhirat. Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera.
Sebanyak RM 2690.00 berjaya dipungut dalam derma kilat yang dilancarkan pada malam itu bagi mengisi Tabung Pembangunan PASTI .




No comments: