Friday, May 04, 2007

Sukan PASTI Hulu Terengganu

Jabatan PASTI Hulu Terengganu insya Allah akan menganjurkan SUKANEKA PASTI pada hari Sabtu 5 Mei 2007 di Padang Kg Tajin, Kuala Berang bermula jam 8 pagi. Antara pengisian menarik termasuklah pertandingan bolasepak,bola jaring dan sukaneka. Orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai jenis sukan rakyat. Khidmat pemeriksaan kesihatan juga ada dibuka. Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Mohd Noor Hamzah. Ibubapa dan orang ramai dijemput hadir. PASTI pasti berjaya!

No comments: