Tuesday, May 22, 2007

Kem Guru PASTI

Guru-guru PASTI seluruh negeri Terengganu telah mengadakan perkhemahan di pantai rekreasi Merang, Setiu pada 26 & 27 Mei 2007 , Program ini merupakan acara tahunan Majlis Guru PASTI (MGP) negeri Terengganu. Lebih dari 350 orang guru turut serta dalam perkhemanahan pada kali ini dan kawasan Kuala Terengganu telah menghantar peserta paling ramai.. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ust. Abu Bakar Chik. Antara lain beliau mengingatkan guru-guru PASTI agar turut serta dalam aktiviti masyarakat dan program jemaah Islam, kerana PASTI tidak berdiri sendirian bahkan didokong oleh seluruh masyarakat qaryah masing-masing. Pelbagai acara sukan persembahan, masakan dan lain-lain telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu.

Pasukan MGP negeri telah mengungguli acara puzzle dan ‘Perah Keringat’. Permainan bola tampar, persembahan nasyid, bercerita dan pertandingan memasak telah dijuarai oleh kawasan Kuala Nerus. Guru PASTI dari kawasan Dungun telah dinobatkan sebagai juara bagi acara ‘Big Foot’ dan rekacipta uniform PASTI. Perlawanan bola jaring telah dijuarai oleh kawasan Kemaman dan deklamasi sajak telah dimenangi oleh kawasan Marang. Khemah tercantik dianugerahkan kepada PASTI kawasan Hulu Terengganu.
Pengerusi Majlis Guru PASTI negeri, Puan Zamidah Mohamad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu bagi menjayakan program perkhemahan kali ini. Objektif program pada kali ini untuk mengeratkan silaturahim guru-guru dan membina budaya kerja berpasukan dikalangan guru –guru PASTI





No comments: